Hari ni Mrs. Armseeker nak ceritakan tentang orang-orang yang sentiasa menyokong mrs. Armseeker dan sentiasa menerima diriku sebaik mungkin. My BFF's...... Kalau Paris Hilton, dia nak sorang jer.... Tp kalau daku, aderla beberapa orang. Ni sume kawan susah senang dan sentiasa memaafkan. Tanpa diaorang tak tahu la apa yang jadi pada diriku......
Puan Rashidah.....
Si cantik manis ni (gambar di ambil masa kenduri dia 2 thn lepas), teman dari tahun 1989. Meaning, dari sekolah rendah lagi. Seingat daku, selama berkawan dengan dia ni, sekali jer bergaduh. Yang lain, semua aman damai. Kalau pegi rumah dia, selalunya buat macam rumah sendiri. Turun naik, suka hati jer nak buat apa. La ni, masing-masing dah kawin, boleh lak menyepi.... Dah ada anak sorang pun..... Rindu sgt kat minah ni. (Yang paling best, dia boleh konpius tarikh kawin ku, datang sehari awal). Time tu baru abih pantang....Hahaha!!!!
Cik Haslinda
Ini sahabatku semasa di Sek. Men. Teknik Taiping. Kawan susah senang ku, penguat semangatku di kala tengah perit..... Kalau dia ni x ada, mahu aku boleh sasau masa kat sekolah dulu..... Hilang sekejap lepas daku masuk UiTM, tapi boleh berhubung kembali masa degree. Betul-betul sahabat yang baik, walaupun daku ni kadang-kadang suka usik dia dengan melampau.....Nakal betul aku ni.... But Ms. leen, I really love you buddy.....
Puan Khalilah Kahar.
Haha....ini kawan baikku masa di UiTM Shah Alam......Mula kenal dalam komander, masa pegi OPKIM di Ayer Canal, Kelantan..... Mula-mula tengok, Ya Allah, brutal n kecohnya minah ni. takut nak tegur. Then terus baik lepas sama-sama pegi open house untuk raya di rumah rakan seperjuangan komander. Masa tu, masing-masing pening kepala dengan pengurusan kolej komander yang tak teratur. Masuk Part 6 Diploma, we all amik keputusan untuk duduk luar dan tinggal di rumah no 605, Blok 38 Seksyen 7 spi habis degree. Sahabatku masa senang dan susah. Pembakar semangat dan tukang marah kalau aku byk tido dari study. Kalau gaduh pun paling lama 3 hari.... Lepas masing-masing buat muka seposen, ajak g kuar makan..... Inilah antara kawan daku yang betul-betul terima baik buruk daku tanpa ada perasaan prejudis. Even lepas masing-masing dah kawin pun, dan dia da dapat hero yang comel lote tu, we still keep in touch. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat, kay mummy aqil???? Luv you so much!!!
Puan Salizawati
Kronologi perkenalan lebih kurang sama dengan Puan Khalilah Nama manja cik adik manis ni Sasa.... Ironinya, pn. sasa ni tidaklah segarang Pn. Ila, but terlampau comel. cam mama Sinchan. Tapi kalau marah, huhu, semua orang leh lari.Boleh tahan tau!!! Paling rajin study, paling pandai dan paling comel antara kitaorang (for sure kalau sasa baca ni, mata shining2). Tukang pujuk daku untuk study (lps kn marah dgn ila). Sekelas dengan ila, yang membuatkan kalau derang dua ni bersembang, aku tercengang-cengang sbb tak paham. Tarikh kawin dia 2 minggu sebelum daku (inipun berebut jugak tarikh). Still keep in touch and hopefully we will be friends forever. Banyak kenangan manis dengan budak berdua ni (budak lagi ker?)
Cik Fadilla (Dil)
Miss Dil, gambar ni i cilok dari friendster u tau..... Dil ni daku kenal dari kompani kembara. Masa tu Bomba dan Kembara sangat rapat, jadi memang kenal dia dari part 1 diploma lagi. Masa sem akhir diploma, dia duduk sama di 605. Ibu kepada budak-budak nakal 605. Hahaha.... Paling suka masak, paling rajin kemas rumah dan yang paling best, dia pandai buat cake. Yummy!!! Garang, but very motherly. A good listener to everybody. Suka usik dia dengan ayat, "Dil sayang sasa je". (Sebab dia rajin masak untuk sasa, utk kitaorg dia tak nak sbb banyak songeh).
Puan Farah
Perkenalan dengan Puan Farah Farhan ni unik sikit. Actually sekelas dengan dia dari tingkatan 1, dari Sek Men Raja Perempuan Ta'ayah lagi. lepas pindah dari sekolah tu, terus terputus hubungan. Then jumpa balik masa masuk komander di UiTM. Kuasa tuhan, kecil je dunia ni, pusing-pusing jumpa balik. Minah ni sekarang dah jadi usahawan baju baby yang berjaya, tapi still keep in touch and ingat kat kitaorang....
Ayie dan Ayu
Kenal merpati dua sejoli ni dalam Kembara.Ayie memang kenal dari part 1 diploma, sebab dia selalu ikut Dedek kalau dedek jumpa daku and he's my best friend. Ayu pula dah dianggap macam adik bila dia join kembara. Selalu menolong aku tak kira apa yang jadi. (Especially Ayie). Dan kalau mereka juga memerlukan, aku takkan teragak-agak untuk membantu kalau mampu. Sangat mengharapkan hubungan mereka akan terus kekal hingga akhir hayat.
Dedek n Azue
Ini bukan pasangan couple yer kawan-kawan....Azue ni dah anggap macam adik.... Tempat melepak sama-sama. Tempat meluah perasaan dan semua la. Sayang sgt kat dia ni. Dedek pulak dah macam abang. Baik, suka bagi nasihat, dan suka buat lawak pelik-pelik.... Sayang sangat kat orang berdua ni.
Last but not least......
Herwani (Wani)
Huhu....Sayang kat minah ni. Kenal masa kijer kat RMC. Sangat lembut. Kalau marah pun, paling kuat dia muncung jer....Tempat meluahkan perasaan, kawan tido kat surau tiap2 rehat dan sebagainya.Selalu usik dia tapi dia cool jer. Hopefully our friendship also will last forever.
Actually nak letak sorang lagi, tapi dia x bagi expose. So, i have to respect his wish. Also a best buddy masa di RMC. This is my best buddy, (included my hubby). Really loves them, adores them so much. Tapi, ini bukan bermaksud kawan-kawan lain aku tak sayang, sayang...... But sometimes, yang membuatkan aku frust, once bila bergaduh, they totally turn their back on me, and buat ku sebagai musuh. Unlike my best buddies, gaduhlah macam mana pun, tapi pasti akan cari jalan juga untuk berbaik kembali.
P/S : To Syeeba, sorry darl i tak masukkan gambar you. Nanti kronologi panjang giler, and i x dpt extract gambar you. Nantila bila jumpa i letak gambar you kat sini......
so sweet
ReplyDelete