Watching second season of ghost - a drama in 8tv. Played by Cheryll Samad, naz ahmad, andeng and others…. I am a fan for season one, but when it comes to season 2, I really don't have the time to follow the entire episodes, however, whenever I have the time, I will watch it.
Last night is the final episode. I've managed to watch it. Although I've missed some of the episodes, but still I can understand the story line.
Okay, stop about that…. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah macamana tersentuhnya hati aku masa 'ghost' zack imran menghalang eza dari mengorbankan diri sendiri dalam melawan ghost romeo, antagonis season 2 ini. Percintaan Eza dan zack emran lah yang buatkan hati aku betul2 tersentuh…..
Aku pernah mengalami delusi….Selepas orang-orang yang paling aku sayangi (selain mak abah) pergi meninggalkan aku, satu persatu. Aku berhalusinasi dan menganggap mereka masih ada. Saban malam, aku bermimpi melihat mereka. Aku sungguh-sungguh rindukan mereka. Aku tahu, aku tidak kuat dalam menangani kehilangan buat selamanya, tapi aku mencuba. Aku sedar ketika itu aku perlu berpijak di bumi nyata, mengharapkan sokongan dari rakan-rakan, tapi sampai bila? Malahan, high school girls are really mean. Usually all the sorority girls would bully or disseminate the extraordinary girls. Or the mean girl would try her best to stab me behind…… It's really torturing me.
Perkara ni berlanjutan hinggalah aku ke universiti….. Setiap hari merindu, hanya dapat melepas segala lara di dalam mimpi. Dan mimpi yang panjang itu seakan-akan berulang-ulang. Aku hanya mampu melihat, merasa pegangan lembut dan senyuman mereka, tetapi apabila aku terjaga, aku seolah-olah hidup di dalam mimpi ngeri aku sendiri. Setiap hari aku berperang melawan emosi, mengharapkan agar aku akan segera mengikut jejak mereka, agar aku dapat segera bersama-sama mereka. Sungguh, aku beberapa melakukan perkara-perkara yang bodoh, semata-mata tidak mampu menahan perasaan ingin berjumpa dengan mereka. Seolah terlupa bahawa kehidupan alam barzakh bukan seindah yang aku harapkan. Hinggalah suatu hari, apabila aku buat kesekian kalinya melakukan perkara yang hamper serupa dengan eza, hamper mengorbankan diriku semata-mata ingin bersama dengan nya, aku bermimpi, seperti apa yang ditegah oleh zack emran kepada eza, itulah yang berlaku kepada aku…… Dengan senyuman yang aku rindukan, dengan belaian mesranya, dia meminta aku meneruskan hidup aku dengan gembira. Memohon agar aku mengingati mereka di dalam hatiku, tetapi teruskan hidup aku dan gapai apa yang aku impikan. Pada masa itu, aku berkenalan dengan tunangku….. Petanda dia melepaskanku pergi, kerana dia mengetahui tunangku mampu menjagaku dan terbaik untuk diriku. Kali ini aku pasrah…. Kerana, aku benar-benar sudah penat menunggu insan yang kutahu telah tiada.
"There were days when I miss him, but I know he was there. There were days that I can feel him, his breath keeping me warm. Then there are days when I don't think about him, and those are the easiest common day I hope," quoted from ghost episode 1. This quote really makes me think and realized that what I feel all this time…. Days when I don't think about him, its make me easy. I just pray for him to rest in peace….. Now I know what will he feels if I'm dead before the time, when he meet me in the afterlife. Just hope that I wouldn't do something stupid anymore.
Anyway, Kudos to 8TV crew for this fabulous drama….. J
Oh! Satu perasaan/pengalaman yang susah untuk dilupakan. Walaupun nampak bahaya. Tapi, hakikatnya memang susah nak padamkan segala kenangan.
ReplyDeleteApa-apa pun. GHOST memang drama Suspen Thriller melayu yang terbaik. Apa barang Keliwon.
zue..u have me also..
ReplyDelete