Sepuluh tahun dahulu, orang memandangku sebagai seorang yang 'loser'. Sering menimbulkan masalah di sekolah, kurang pandai dan agak degil. Mendapat keputusan SPM yang tidak seberapa, membuatkan beberapa guruku menghina aku. "Kamu tidak akan berjaya," "Saya benci tengok kamu, kamu ini bakal sampah masyarakat. Bila habis sekolah nanti, pastinya kamu akan menyusahkan masyarakat," -> kata paling kejam dari seorang guru kaunseling. Aduhai guru, tugasmu mendidik, memupuk semangat kepada anak bangsa. Yang salah diperbetulkan, yang kurang pandai cuba dididik agar menjadi manusia berguna. Bukannya kamu para guru menjadi pemusnah impian anak didikmu sendiri. Being a dream crasher may harm your soul,and you are always being the poison to the dreamers.....
Aku bukanlah berasal dari keluarga yang lekeh, sudah pasti aku punya visiku sendiri. Keputusan SPM yang tidak begitu memberangsangkan juga bukanlah satu tanda bahawa harapanku terkubur begitu sahaja. Aku punya jalan dan cara, usaha untuk mencapai cita-citaku..... Kiranya para guru (bukan semua, hanya sebilangan kecil yang berfikiran cetek dan dangkal), yang dahulunya menghinaku, kata-kata kalian ku sematkan dan ku percaya, aku pasti hari ini aku tidak akan berada di tahap ini. Aku benar-benar bangga dengan kejayaanku sendiri (walaupun tidak seberapa). Aku benar-benar puas, kerana disebalik hinaan dan kutukan itu, kujadikan cabaran kepada diri sendiri untuk berusaha dan cuba menggapai bintang-bintang di langit.
Andainya aku mendengar kata mereka.....aku tidak akan berada di sini hari ini. Pastinya aku akan melukakakan ayahanda bonda dengan duduk di lorong-lorong kelam dan hanya memandang langit yang tinggi tanpa menaruh harapan untuk menjadi manusia. Andainya aku terkesan dengan kata-kata kejam seorang guru dahulu, kiranya aku kini hanya seorang biasa yang masih menagih simpati dari keluarga, dan kiranya aku termakan hasutan guru itu, ku kira akan ku anggap pelajaran dan kerjaya adalah sesuatu yang tidak mampu aku teruskan dan ku gapai. Alam persekolahan adalah tempat di mana harapan dan impian dipupuk dan disimpan, dan gurulah yang memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuknya. Kubersyukur kedua ayah bonda pendidik, sejahat manapun aku, atau murid-murid ayahbondaku, mereka tidak tergamak menjadi penghancur impian. Kerana kata ayahku, dia tidak mahu hidupnya dibayangi sesalan apabila melihat anak muridnya tidak berjaya dan menyalahkan dia kerana dia yang menjadi punca hancurnya inpian mereka. Betapa bangganya ayahku pabila anak-anak muridnya datang kepadanya dan menyatakan, "kerana kegarangan cikgulah, saya menjadi manusia yang berguna dan berjaya sekarang ini,". Impian dan matlamat itu perlu untuk manusia teruskan kehidupan...... Kerana tanpa impian dan matlamat, hidup kita akan menjadi kosong.
Wahai guru-guru, janganlah kamu menjadi penghancur impian murid kamu sendiri...Kamu itu pendidik. Jagalah tutur katamu, walau kamu marah sekalipun. kerana kamu tidak tahu bahawa kadangkala kata-katamu itu mampu menjadi pemusnah impian anak didikmu sendiri.....
Dan aku benar-benar bersyukur kerana kujadikan kata-kata guru-guruku sebagai satu cabaran dan ingin benar aku kembali bersemuka dengan mereka menunjukkan bahawa kata-kata kejam mereka itu adalah salah......
(Apalah yang aku ngarut tengah-tengah malam ni???)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini