Hahaha....mood mengupdate blog sudah tiba...Ni kes dah naik tepu kepala nak buat report la ni......Huhuhu....
Bulan julai hari tu, mama kena outstation di Terengganu. Kebetulan pula di Pantai Timur, kolejnya beroperasi pada hari Ahad, jadi mama ambil kesempatan untuk bawa abah dengan Raniah sekali. Ini merupakan kerja luar kawasan pertama mama, dan I LIKEEE!!!!! Sekurang-kurangnya kami boleh ambil kesempatan untuk bercuti sebelum mama memulakan tugas.
Kami ke Kuala Terengganu pada hari jumaat, selepas visit mama di KTAR. Kelam kabut sungguh waktu tu. Iyelah, selepas saja exit meeting, mama terus bergegas ke lapangan terbang. Nasib baik ambil firefly, jadi kami tak rush sangat ke airport.
Flight mama sepatutnya jam 3.45ptg, tapi delay sampai jam 5.00 petang. Sampai di Kuala Terengganu sudah jam 6.00 petang. Kebetulan mama ada membership dari Global Privilege, jadi mama ada satu bilik free di Primula Beach Resort. Alhamdulillah, selamat duit hotel. Keesokkan harinya iaitu hari sabtu baru mama satu family akan pergi ke Setiu, ditempatkan di Sutra Beach Resort yang sangat awesome viewnya......
Ini sedikit sebanyak memory kami di Kuala Terengganu dan Setiu.... Tulis banyak-banyak rasanya idea dah tepu. Mama tepek gambar jela yer.....
|
Sementara menunggu di Subang Airport |
|
Permandangan dari bilik di Primula Beach Resort |
|
Welcome drink Primula Beach Resort |
|
Roti Tempayang (Roti Naan yang dimasak atas kuali) |
|
|
Sian sayang mama, tertido tunggu mama shopping |
|
|
Sutra Beach Resort |
|
Di Taman Tamadun Islam, naik tren |
|
Masjid Kristal |
|
|
Secara jujurnya, percutian (+ kerja) kali ni memang seronok. Tapi, kesian bila tengok Raniah, yelah, baby kan? Mama dengan abah memang tak gunakan stroller waktu tu, kami selalu pakai carrier, dan bawa untuk bercuti, tanpa kenderaan sendiri (naik teksi ke mana-mana) memang satu pengalaman untuk kami. Memenatkan, tapi itulah memori dan pengalaman untuk kami. Dan yang paling menyeronokkan, Raniah mula makanan pejal sewaktu bercuti..... Huhuhu.....
P/S : Tak sabar pulak rasanya nak ke HK tahun depan dengan memi/Dedi Aqil dan Amni..... I NEED HOLIDAY!!!!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini