Insurans/medical card untuk anak...Keperluan di waktu kecemasan……

Assalammualaikum...... Kali ini mama tergerak nak buat entry ini. Bukan apa, di zaman kos sara hidup tinggi ini, semuanya perlu berkira.... Baik makan, pakai, minyak kereta, bla..bla... semua perlukan wang ringgit, dan semua perlu dikira dan ditimbang. Akan datang, bila anak-anak kita dewasa, entah macammana pula kos hidupnya pula, kan?
Insurans kesihatan atau medical card, sekarang ni kita tengok ramai yang berlumba-lumba mempromote untuk kita kedua-dua produk ni. Kalau ditengok dari segi zahir, mesti kita fikir, "ermm...buat apa? Saya kerja kerajaan / syarikat saya dah sediakan, tak perlulah". Betul...mula-mula itulah yang mama fikir. Tak perlu. Kalau mama atau abah sakit, pergi jer klinik panel. Agensi bayar. Kalau abah, ermm, pegi jelah klinik kerajaan atau hospital, free apa. (Tapi luck mama dekat spital kerajaan selalu bad luck ler. Asyik jumpa doktor/nurse yang sengal, jarang dapat yang OK.)
Masa mengandung dulu, lepas Raniah disahkan songsang, mama berkira-kira nak bersalin di hospital kerajaan. Yelah, bersalin di swasta, kos yang paling murah, RM4,000. Pada mama, wang itu agak besar nilainya. Tetapi selepas beberapa insiden yang tak begitu menyenangkan di hospital dan klinik kerajaan, serik rasanya nak ke sana. Mama dah tulis salah satu dalam previous entry. Satu lagi insiden tak sanggup mama tulis, sebab keadaan mama dimalukan dan dimarahi sangat teruk oleh Doktor di HOSPITAL SELAYANG. Nasib baik doktor tu tak pakai tag, kalau tak mama dah report pada KKM.
Berbalik pada medical card @ insurans ni, di waktu Raniah berusia 5 bulan dalam kandungan, mama tertarik dengan satu skim yang ditawarkan oleh Prudential, iaitu PruMyChild. Insurans ni cover baby seawal 18 minggu di dalam kandungan yang mana mama discover di Expo Baby 2010. Coverage untuk insurans ini sangatlah menarik hati di mana sekiranya terdapat complications sewaktu bersalin, dia akan cover. Tetapi disebabkan ejen Prudential waktu itu tak follow up  dengan mama, jadinya perkara ini mama ignore, disebabkan tak faham benefitnya.
Selepas Raniah dilahirkan, tiba-tiba kawan mama yang merupakan ejen Prudential, approach mama tentang PruMyChild sekali lagi. Selepas kelahiran Raniah, rezeki mama dan abah agak murah, terus bersetuju untuk membeli insurans ini. Salah satu yang menarik hati mama adalah kerana Insurans ini merangkumi Simpanan, Medical Card dan juga Pendidikan. Walaupun simpanan dari jumlah pembelian premium ini agak sedikit, tetapi masih berbaloi dari takder simpanan langsung, kan?
Bila dah beli,mama dapatlah pamplet dan buku premium tersebut. Bila dah baca, dan dah fahamkan, mama rasa nak hantuk kepala kat dinding kerana menyesal. Menyesal bukan menyesal kerana beli, tetapi kerana lambat beli. Iyelah, seperti yang mama cakap, dia cover complications sewaktu bersalin, dan juga premature baby, membuatkan kami dah rugi besar. Uhuhu.... Kalau tak, sedikit sebanyak dah boleh bantu kewangan kami sewaktu bersalin dulu..... Rugi sungguh saya…..
Oklah, stop tentang kekesalan mama tentang itu. Ini pendapat mama tentang medical card@insurans.......
Benda ni sebenarnya ramai ibu bapa pandang remeh. Kalau yang kerja kerajaan macam mama, biasanya akan bergantung harap pada klinik kesihatan atau klinik panel. Pada yang company cover insurance satu family tu, memang tak perlu fikir dah. Tapi untuk yang berkemampuan, tapi masih bergantung harap pada klinik kerajaan, cuba lah kita fikir, kalau mengharapkan pada hospital kerajaan, takdirnya kalau anak kita ditimpa kemalangan (Nauzubillah hi minzalik), bawaklah ke hospital kerajaan, tiba-tiba di hospital, pembedahan untuk anak kita terpaksa ditangguhkan kerana menunggu giliran. Terpaksa pulak kita bergolok gadai untuk bawa anak ke hospital swasta. Waktu inilah medical card@insurance comes to handy. Kita takkan pernah tahu masa depan, jadinya, mama ambil inisiatif untuk sentiasa bersedia. Mana tahu, satu hari tiba-tiba Allah menduga kita, sekurang-kurangnya dengan adanya perlindungan insurans ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan kita waktu itu.
Mama ambil inisiatif untuk ambil medical card/insurans ni selepas mama tengok kawan-kawan mama menghadapi sedikit dugaan dalam hidup mereka. Kemalangan motorlah, anak tiba-tiba dapat asthma dan terpaksa ditahan lama di hospital, dan macam-macam lagi. Ada anak kawan yang mempunyai medical card/insurans ini mendapat kelebihan dimana ditempatkan di hospital swasta (yang kita tahu layanan superb) tanpa perlu membayar satu sen pun kepada hospital tersebut. Bukan mama nak memburukkan hospital kerajaan, tidak, tapi ini reality. Hospital kerajaan dah padat dengan pesakit, memerlukan kita pesakit mempunyai kesabaran yang tinggi, apatah lagi sekiranya kita mempunyai sakit kronik, yang perlukan pembedahan ribu-ribu, confirm giliran menunggu lama…… Alternatifnya, hospital swasta yang mengenakan bayaran mahal.
Kalau kita mampu untuk untuk membelanjakan beratus-ratus ringgit sebulan untuk membeli pakaian, kenapa kita tak boleh nak ketepikan dalam RM100 untuk pembelian premium insurans anak kita? Sekurang-kurangnya kita tahu sedikit sebanyak itu cara kita untuk memastikan anak kita sentiasa dilindungi? Ini sesetengah orang sanggup habiskan beribu-ribu lemon untuk beli tudung Ariani, lepas tu bila anak sakit, bawa ke klinik kerajaan. Bila lambat atau layanan kurang memuaskan, membebel mengamuk macam orang meroyan. Nak keluar duit sikit untuk rawatan anak pun kedekut. (just my 2cents).
Tapi kalau rasa-rasa kita tak mampu, expenses pun cukup-cukup makan, tak perlulah. Ukur baju di badan sendiri lah yer. Jangan pula kerana medical card/insurans, kita sendiri tak der duit nak makan.

P/S : Kalau ada sesiapa yang berminat nak ambil premium PruMyChild ni, PM lah saya yer???? Hahaha….. Motifff!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini