Assalammualaikum pada semua.....
Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung Oktober 2011... Lagi 2 bulan, kita dah nak masuk ke tahun 2012. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan saya peluang untuk mendapat gelaran ibu pada tahun 2011 ini. Alhamdulillah kerana Raniah Zawanah sekarang telah menjangkau 9 bulan 2 hari pada hari ini dan telah pandai merangkak ke seluruh rumah. Alhamdulillah kerana bulan ini, 9 Oktober 2011 genap 2 tahun usia perkahwinan.... Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah di atas kurniaan Mu kepada kami sekeluarga.
Semalam (26 Oktober 2011), kami sekeluarga ke jualan gudang My Dear di Puchong. Ramainya orang!!!!! Hari 1st, dan cuti pulak tu, kan? Lama sangat nak tunggu ambil barang yang dibeli. Barang-barang, ada yang murah tapi tak banyak.
Yang lain, hanya kurang 20, 30 ringgit dari biasa. Kalau beli banyak, mungkin berbaloi, tapi kalau dah brand my dear, tak boleh nak expect kualiti dia cam Graco lah, kan? Mama dengan abah ke sana sebenarnya nak mencari car seat untuk Raniah. Disebabkan car seat sekarang ni dah tak muat dan taksesuai utk si Puteri, terpaksalah kami beli yang baru…. Akhirnya setelah bersesak kat sana lebih kurang sejam lebih, kami balik hampa…Cuma dapat beli gate jer, itu pun sebab memang murah….. Potong separuh harga. Car seat? Murah memang murah…Tapi pada mama dengan abah, tak berbaloi kerana kualitinya pada kami, tidak memuaskan. Tambah seratus dua dari harga Car Seat My Dear tu, dah dapat car seat yang berkualiti, dan senang mama nak buka… (Kes tak reti kuat bukak buckle car seat tersebut).
This is just my two cents….Kalau ada yang terasa hati, atau tak setuju, mama minta maaf terlebih dahulu.
Di USA atau UK, car seat atau kerusi bayi di dalam kereta merupakan satu kemestian dan keperluan. Kalau tak salah, ibu bapa boleh didenada jika tidak meletakkan anak di kerusi tersebut. Jadinya memang car seat itu satu kemestian. Ianya juga agak penting dari segi keselamatan untuk mengelakkan bayi dari tercedera sekiranya berlaku hentakan atau kereta yang berhenti secara tiba-tiba (emergency brake)…. Kenapakah bahasaku agak skema akhir-akhir ini?
Di Malaysia, penggunaan car seat ini tidaklah diwajibkan. Ada ura-ura untuk mewajibkan, tetapi setelah mengambil kira faktor kewangan, kebanyakan ibu bapa kurang berkemampuan untuk membeli car seat ini…. Jadinya, penggunaan car seat ini tidaklah diwajibkan. Tetapi, amatlah digalakkan, sekiranya berkemampuan. Untuk keselamatan,bukan? Yelah, anak kita kan fragile? Kemalangan sangat mudah berlaku dan kita pun tak tahu kan, kerana malang tidak berbau. Kalau kita boleh beli handbag prada, kasut crocs ratus-ratus, makan tony romas tiap-tiap bulan lepas dapat gaji… Kenapa kita tak boleh invest untuk anak kita untuk beli satu car seat yang mahal dan berkualiti? Bukan tiap-tiap bulan kena beli pun…. Sekali atau dua kali (yang gunakan baby carrier car seat untuk anak usia 0-9 mth) sahaja sehingga anak itu umurnya mencecah 4 tahun? Tak muat kereta? Huhuhu… Kalau si abang/kakak dah berumur 4 tahun ke atas, tak perlulah nak pakai dua,tiga puluh car seat, kan? Memadailah sebuah untuk anak yang memerlukan……. Kalau dah banyak sampai anak yang umur 12 tahun pun kena duduk dalam tu, tu sengal namanya...... Dah besar, pakai jelah seat belt yang ada. Lainlah kalau anak setahun sorang, kan???? (uppsss....)
Raniah Zawanah pula dua, tiga menjak ni sangat tidak suka duduk dalam car seat yang sekarang ni. Mungkin sebab car seat tersebut susah untuk dia keypochi tengok kiri kanan, tengok luar. Sebenarnya salah kami berdua juga, kerana kami sangat lembut hati. Kalau berjalan satu keluarga, si Puteri tu merengek sikit jer nak keluar car seat, nak berhuru hara dalam kereta, cepat-cepat kami keluarkan. Sudahnya, mulala mengada-ngada. Asal mama atau abah duduk belakang dengan dia jer, mulala nak keluar, tak nak duduk diam-diam… Aduhai anak….
Sekarang ni mama dengan abah tengah survey untuk membeli Car Seat baru untuk Raniah Zawanah. Mama berkenan dengan dua tiga pattern. Disebabkan Raniah Zawanah sekarang ni dah berada depan mata, bukan dalam perut macam masa beli 1st car seat dulu, jadinya banyak dan bertambahlah kriteria pemilihan. Dari material dier, keteguhan dan keselamatan kepadalah kebesaran dan harga. Harga....Ermm....ini nangis sikit sewaktu consider, banyak choice tapi harga boleh nangis dibuatnya. Tapi berbalik seperti yang mama cakap, beli sekali jer kan?
Pada mama, penggunaan car seat ni sangat penting. Ada sesetengah orang akan cakap, "buat aper korang beli? Pegang jelah anak tu. Baru sorang, susah sangat ker nak pegang?" atau "Eeee......Poyonye korang... Siap bercar seat bagai. Heee...., gaya jer lebih. Anak, nakal jugak," Kelas ko Nyah cakap ala-ala mulut longkang, kan?
No, no, no. Pada mama ini unacceptable. Car seat is IMPORTANT, ok???? Gaya apernyer? Beli cradle or stroller riban-riban tapi car seat tak nak beli? Ader sebab kenapa car seat dibuat... Ianya dibuat untuk kesenangan dan kemudahan ibu bapa serta keselamatan anak. Mama sebenarnya setiap kali berjalan, terpaksa memegang Raniah, seriau dibuatnya setiap kali Abah brake. Takut sangat anak tercampak ke depan... Nauzubillah. Tapi, pada mama, biarlah harga mahal, asalkan kualiti elok. Bergolok bergadai untuk anak pun takper. Kalau stroller atau benda-benda lain murah, takper. Jangan car seat. Nak beli pun, kena tengok jugak samada user-friendly atau tidak. Ini kalau padding empuk bak tilam di rumah, harga sangat murah, tapi bahagian buckle, payah giler nak bukak, atau siap kena buat puzzle baru boleh pasang, tak boleh jugak. In-case of emergency, kan bahaya tu??? So, fikir dan ambil kiralah dulu semua perkara sebelum membeli car seat ni.... (Agaknya sebab tulah kitaorg masih lagi tak beli-beli sampai sekarang, kan?)Banyak songeh!!!!
No, no, no. Pada mama ini unacceptable. Car seat is IMPORTANT, ok???? Gaya apernyer? Beli cradle or stroller riban-riban tapi car seat tak nak beli? Ader sebab kenapa car seat dibuat... Ianya dibuat untuk kesenangan dan kemudahan ibu bapa serta keselamatan anak. Mama sebenarnya setiap kali berjalan, terpaksa memegang Raniah, seriau dibuatnya setiap kali Abah brake. Takut sangat anak tercampak ke depan... Nauzubillah. Tapi, pada mama, biarlah harga mahal, asalkan kualiti elok. Bergolok bergadai untuk anak pun takper. Kalau stroller atau benda-benda lain murah, takper. Jangan car seat. Nak beli pun, kena tengok jugak samada user-friendly atau tidak. Ini kalau padding empuk bak tilam di rumah, harga sangat murah, tapi bahagian buckle, payah giler nak bukak, atau siap kena buat puzzle baru boleh pasang, tak boleh jugak. In-case of emergency, kan bahaya tu??? So, fikir dan ambil kiralah dulu semua perkara sebelum membeli car seat ni.... (Agaknya sebab tulah kitaorg masih lagi tak beli-beli sampai sekarang, kan?)
Ini dua tiga pattern yang mama dan abah tengah debate nak beli yang mana... Dan oh.... My advise, beli kat internet lagi murah dari beli kat kedai.... Mama punyer style, pegi kedai survey dulu... Dah puas hati baru beli kat tenet....Hahahaha!!!!
Car seat Raniah sekarang yang bakal digunakan di awal pagi dan diletakkan di Kancil. |
Mama berangan untuk belikan yang ni. Ferrari Cosmo. |
Abah suruh beli yang ni, Halford Premier Neo |
Tapi yang ni pun comel jugak.... Maxi Cosi. |
Ini nak bagi puas hati.... Halford Convertible Zeus.... |
Jadinya, last nasihat dari mama.... Better beli yang combination (size 0 till 4 years). Taklah pening macam kitaorang ni nak kena beli lain. Kan dah membazir tu??? Padan muka mokcik!!!
Just a reminder to myself..... Ini adalah keperluan, bukan gaya... Jadinya, silalah padamkan niat anda untuk membeli Handbag KLS untuk bergaya dan sila beli Raniah punyer car seat, ye mama??? Ahakssss.......
Just a reminder to myself..... Ini adalah keperluan, bukan gaya... Jadinya, silalah padamkan niat anda untuk membeli Handbag KLS untuk bergaya dan sila beli Raniah punyer car seat, ye mama??? Ahakssss.......
.:: Good tips!!! Sebelum beli, buat research & compare harga dulu... Huhuhu!!! ::.
ReplyDelete