Cara Mengenalpasti Kecacatan Rumah (Untuk yang baru pindah nak masuk rumah baru)

Just something to share to whom intended to buy house, to move to new house or just wanted some informative info....... Got it from Mrs. Armseeker's inbox this morning.......

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate. .
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof. .. jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof)
1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung. ..
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/ pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

 

ADAB & DOA
=========
1. Boleh baca doa yang biasa tu...

Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribada h kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..
4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..
5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..
8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie..
9. Bila nak keluar rumah, semasa nak kunci tu baca bismillahi tawakkal 'alallah dan baca doa nie.. minta Allah lindungi harta kita..

Sangat berguna.....Armsekeer's ni selalu ada intention pindah rumah......so, article sebegini sangat useful untuk kami......

Emotion down turn.....

Sedih, pedih, kecewa dan sakit hati semua bercampur baur.... Kadang-kadang Mrs. Armseeker terfikir, kenapa manusia susah nak memaafkan kesalahan orang lain, suka membesar-besarkan perkara dan sering sangat menjatuhkan orang lain..... Penat, itu yang terfikir dalam kepala sekarang.... Tatkala Mrs. Armseeker mencoretkan nota ini....mata masih lagi bergenang-genang..... Nak menagis tapi tak tahu nak luahkan pada saper.....


Sebenarnya dari minggu lepas lagi Mrs. Armseeker dah melalui mingu yang tidak menyeronokkan, sangat memenatkan. Sangka Mrs. Armseeker, kedatangan minggu ini akan dapat menceriakan sedikit hati yang sedih. Mrs. Armseeker akui, semua tu terjadi di atas kecuaian sendiri, tapi yang menyedihkan apabila perkara yang sangat kecil diperbesarkan, apatah lagi apabila Mrs. Armseeker telah pun memperbetulkan keadaan..... 


Sangka Mrs. Armseeker kejadian itu takkan berlaku lag, tetapi tiba-tiba hari ni, sewaktu seminar, dapat juga berita yang sama.... Aduhai..... Kenapala lepas satu, satu.... Entahlah, mungkin juga salah ku, tetapi luluh hati bila keadaan ini berlaku.... Kerana Mrs. Armseeker  telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Tak payah la Mrs. Armseeker ceritakan secara terperinci, cukuplah asalkan dapat meluahkan sedikit di sini. Kalau diceritakan, khuatir terjadi fitnah yang menyebabkan Mrs. Armseeker disaman. Hati manusia, kan? Kemuncak kesedihan, apabila Mrs. Armseeker ke kelas, tiba2 ada lah pulak pak guard 'hensem' yang minta Mrs. Armseeker untuk mengubah kenderaan..."letak kat kolam renang, itu masalah awak kalau tak dapat parking", aduh, indahnya bahasa. Entahlah, cepat sahaja pula airmata ni nak turun...... Sudahnya, ku ponteng kelas Comm Ethics ku...... Apapun Mrs. Armseeker perlu bersedia dengan dugaan hari esok...



Tuhan, tabahkan lah hatiku ini dalam menempuh segala dugaan. Kuatkanlah semangatku demi membantu suamiku mencari sesuap nasi untuk kehidupan kami berdua......

Wardrobe baru ikea.....

OK..MRS. ARMSEEKER SEKARANG NI BERBLOGGING PKI HP JE, TU YG  SUMER HRF BESAR. MAAFLAH YER, DAH BOSAN SGT. SUSAH ACTUALLY PKI HP UTK BERBLOGGING. OK, MRS. ARMSEEKER ACTUALLY NAK CITER, 2 MINGGU NI ARMSEEKER'S SIBUK MENCARI WARDROBE. ALMARI YG SEDIA ADA TU TAK MAMPU UTK MENAMPUNG BAJU KAMI BERDUA..SPI ROBOH ALMARI KAMI DIBUATNYA.MULANYA CADANG NAK BELI 1 SET BEDROOM, TP FIKIR2 BLK, X DER SAU PUN YG MENARIK HATI. MULANYA PG IKEA HANYA NAK TGK2, TP ADE PULAK YG BERKENAN, N BAJET TAK LARI...MAKA KAMI DECIDE UTK BELI WARDROBE (TANPA PINTU, SBB PINTU MAHAL,SAMER REGA DGN WARDROBE) DI IKEA. KAMI SGT BERPUAS HATI..WLUPUN MAHAL, TP DIA BOLEH UBAH IKUT SELERA. SO, NEXT TIME, KAMI AKAN LETAK GAMBAR DIA,KAY? -END/MRS. ARMSEEKER-

Our life as part-time students and workers.......

Okay, this entry is just to share how hectic our life in within these two weeks... Mrs. Armseeker's writing is not as good as Mr. Armseeker, but i'l try my best to share it as this blog has been our open diary, as we always said to each other.


Mrs. Armseeker sekarang pun dah further study (yang dah ditangguh bertahun-tahun). A mission that i wanted to accomplished in all these years. A fresh new start..... However, as my bosses and my lecturer always ask me, am i capable to juggle things between my career, studies and life? Only God knows.... and only if we, ourselves know.......


Both of us might be lucky, because both of us are studying in the same university. However, to Mrs. Armseeker, it is so damn tiresome. It's only two weeks, and I nearly giving up. I'm thinking to change my mode to research. Everyday to-and-fro from PJ to Shah Alam, sometimes by bus, it drained my energy so quickly. Nearly everyday both of us reached our home during midnight. No time to watch tv, to honeymoon-ing or whatsoever, straight we go to bed and have our rest. No more chatting, no more watching tv together. Its pathetic actually, but that's is what we have to endure if both of us are determined to have better life for our future...... (And now i'm thinking to give??? WTH?)


Don't ask what happen to our house....I think you can imagine it. I just have times during the weekend.... Please don't ask if we already have the sign to be parent-to-be.... It will giving me stress like hell... Who doesn't want to be a mum? I am eager, but still, luck are not with us. It is all God's Will. He will know when we are ready to have babies. Curse to those who kill their own children, as there are couples who are still don't have luck to have their own children, are trying so hard to have babies, but all those Morons who think that the children put them to shame... (Masa ko buat, tak hengat pulak!!! Pastu tunggu spi budak tu lahir, buang macam anak kucing. Bengong punya manusia.)


Anyhow, after a brief discussion with one of my lecturer, deep down i know I have to be strong....... I know I can do this, and I know I am strong to do coursework mode. I'm not so discipline to do research, as i am intended to proscatinate my work. Hope that this is the decision that i will not regret it later. -end/Mrs. Armseeker-

new experience...

ITS ALREADY TWO WEEKS SINCE MY CLASS STARTED. SHOCKED, IS THE BEST WORD TO DESCRIBE.. IT IS A TIRED EXPERIENCE, I PRESUME. NEW EXPERIENCE, AS I HAVE TO TRAVEL TO SHAH ALAM BY BUS, IF MY SIS DUNOT HAVE CLASS ON THAT DAY, RUSHED BACK FROM WORK TO SHAH ALAM IN ORDER TO AVOID MISSING MY CLASS.. GOSH! A VALUABLE EXPERIENCE, ITHINK. AND I HAVE TO FACE IT IN TWO YEARS. HUSH.. PATIENCE MY LOVE. ONLY THIS TWO YEARS. HUHU.. -SLEEPY ALREADY,WILL CONTINUE TOMORROW-

2009 in tribute.....


13 hari di bulan Januari 2010 telah berlalu.2010, bertambah setahun ini menandakan umur semakin meningkat, kematian semakin dekat. Terfikir sejenak, termenung sendirian, pabila memikirkan amalan yang sedikit, itupun belum tentu diterima Yang Esa sedangkan kematian bila-bila masa akan datang menjemput kita. 

Kadangkala hati terdetik, masih adakah waktu aku untuk memberikan kebahagian yang sebenar kepada suamiku yang tercinta, meninggalkan hatta seorang waris untuknya supaya dapat kami terus menyambung keturunan Nabi Adam A.S. Masih adakah kesempatan untukku untuk menyusukan anak-anakku, mendidik mereka sekaligus melihat mereka menjalani kehidupan mereka sendiri? Adakah aku berkesempatan untuk semua itu? Ku tahu, itu merupakan soalan yang takkan ada jawapannya.


2009 kami tinggalkan dengan penuh kenangan. Berdua, kami bersyukur kerana Yang Esa mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada kami berdua. Pekerjaan baru, membeli rumah baru, kereta baru dan berbagai-bagai kenangan manis telah kami kecapi semasa tahun 2009. Yang paling membahagiakan kami, tanggal 9/10/09 kami disatukan dalam ikatan yang sah.Itulah saat yang paling membahagiakan. Sekurang-kurangnya, penat lelah kami membeli barang-barang hantaran setiap kali J-Card Sale berbaloi dengan sekali lafaz. Manisnya ikatan  yang halal dan diredhai Allah. (Mummy Aqil, thanx for your advise all these years).


Manisnya 2009, kami pahatkan dalam ingatan. Indahnya kurniaan Yang Esa semasa 2009, kami benar-benar mensyukurinya. Semoga kedatangan 2010 ini, membuka lembaran baru, dan hidup kami terus dilimpahi Rahmat-Nya.


Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.

Sedikit untuk renungan kita semua.....

Dari inbox yahoo mrs. armseeker..... meanrik dan bermafaat untuk dikongsi bersama kerana apa yang mrs. armseeker perhatikan, ini adalah kesilapan lazim yang kita lakukan sewaktu solat.....

Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa
UTK RENUNGAN BERSAMA....


Baiki cara solat khas utk perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau takdikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah   mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dila kukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.   Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya. Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan   sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2   dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan. 


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dila kukan dgn   penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu" 


5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk   bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam. 
 

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat   ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan   sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).


Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. ** 


Sesungguhnya, kadangkala kita sering melayan rasa suka, rasa bahagia hingga melupakan Yang Esa. Namun kala kita ditimpa bencana, kita menyalahkan takdir Yang Esa. Satu perbuatan lupa daratan seorang hamba kepada PenciptaNya. Semoga kita sama-sama saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain. InsyaAllah. 

My BFF.... The best in my life....


Hari ni Mrs. Armseeker nak ceritakan tentang orang-orang yang sentiasa menyokong mrs. Armseeker dan sentiasa menerima diriku sebaik mungkin. My BFF's...... Kalau Paris Hilton, dia nak sorang jer.... Tp kalau daku, aderla beberapa orang. Ni sume kawan susah senang dan sentiasa memaafkan. Tanpa diaorang tak tahu la apa yang jadi pada diriku......

Puan Rashidah.....

Si cantik manis ni (gambar di ambil masa kenduri dia 2 thn lepas), teman dari tahun 1989. Meaning, dari sekolah rendah lagi. Seingat daku, selama berkawan dengan dia ni, sekali jer bergaduh. Yang lain, semua aman damai. Kalau pegi rumah dia, selalunya buat macam rumah sendiri. Turun naik, suka hati jer nak buat apa. La ni, masing-masing dah kawin, boleh lak menyepi.... Dah ada anak sorang pun..... Rindu sgt kat minah ni. (Yang paling best, dia boleh konpius tarikh kawin ku, datang sehari awal). Time tu baru abih pantang....Hahaha!!!!


Cik Haslinda
 
Ini sahabatku semasa di Sek. Men. Teknik Taiping.  Kawan susah senang ku, penguat semangatku di kala tengah perit..... Kalau dia ni x ada, mahu aku boleh sasau masa kat sekolah dulu..... Hilang sekejap lepas daku masuk UiTM, tapi boleh berhubung kembali masa degree. Betul-betul sahabat yang baik, walaupun daku ni kadang-kadang suka usik dia dengan melampau.....Nakal betul aku ni.... But Ms. leen, I really love you buddy.....


Puan Khalilah Kahar.

 
Haha....ini kawan baikku masa di UiTM Shah Alam......Mula kenal dalam komander, masa pegi OPKIM di Ayer Canal, Kelantan..... Mula-mula tengok, Ya Allah, brutal n kecohnya minah ni. takut nak tegur. Then terus baik lepas sama-sama pegi open house untuk raya  di rumah rakan seperjuangan komander. Masa tu, masing-masing pening kepala dengan pengurusan kolej komander yang tak teratur. Masuk Part 6 Diploma, we all amik keputusan untuk duduk luar dan tinggal di rumah no 605, Blok 38 Seksyen 7 spi habis degree. Sahabatku masa senang dan susah. Pembakar semangat dan tukang marah kalau aku byk tido dari study. Kalau gaduh pun paling lama 3 hari.... Lepas masing-masing buat muka seposen, ajak g kuar makan..... Inilah antara kawan daku yang betul-betul terima baik buruk daku tanpa ada perasaan prejudis. Even lepas masing-masing dah kawin pun, dan dia da dapat hero yang comel lote tu, we still keep in touch. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat, kay mummy aqil???? Luv you so much!!!


Puan Salizawati

 
Kronologi perkenalan lebih kurang sama dengan Puan Khalilah Nama manja cik adik manis ni Sasa.... Ironinya, pn. sasa ni tidaklah segarang Pn. Ila, but terlampau comel. cam mama Sinchan. Tapi kalau marah, huhu, semua orang leh lari.Boleh tahan tau!!! Paling rajin study, paling pandai dan paling comel antara kitaorang (for sure kalau sasa baca ni, mata shining2). Tukang pujuk daku untuk study (lps kn marah dgn ila).  Sekelas dengan ila, yang membuatkan kalau derang dua ni bersembang, aku tercengang-cengang sbb tak paham. Tarikh kawin dia 2 minggu sebelum daku (inipun berebut jugak tarikh). Still keep in touch and hopefully we will be friends forever. Banyak kenangan manis dengan budak berdua ni (budak lagi ker?)


Cik Fadilla (Dil)

 
Miss Dil, gambar ni i cilok dari friendster u tau..... Dil ni daku kenal dari kompani kembara. Masa tu Bomba dan Kembara sangat rapat, jadi memang kenal dia dari part 1 diploma lagi. Masa sem akhir diploma, dia duduk sama di 605. Ibu kepada budak-budak nakal 605. Hahaha.... Paling suka masak, paling rajin kemas rumah dan yang paling best, dia pandai buat cake. Yummy!!! Garang, but very motherly. A good listener to everybody. Suka usik dia dengan ayat, "Dil sayang sasa je". (Sebab dia rajin masak untuk sasa, utk kitaorg dia tak nak sbb banyak songeh).


Puan Farah

 
Perkenalan dengan Puan Farah Farhan ni unik sikit. Actually sekelas dengan dia dari tingkatan 1, dari Sek Men Raja Perempuan Ta'ayah lagi. lepas pindah dari sekolah tu, terus terputus hubungan. Then jumpa balik masa masuk komander di UiTM. Kuasa tuhan, kecil je dunia ni, pusing-pusing jumpa balik. Minah ni sekarang dah jadi usahawan baju baby yang berjaya, tapi still keep in touch and ingat kat kitaorang.... 


Ayie dan Ayu

 
Kenal merpati dua sejoli  ni dalam Kembara.Ayie memang kenal dari part 1 diploma, sebab dia selalu ikut Dedek kalau dedek jumpa daku and he's my best friend. Ayu pula dah dianggap macam adik bila dia join kembara. Selalu menolong aku tak kira apa yang jadi. (Especially Ayie). Dan kalau mereka juga memerlukan, aku takkan teragak-agak untuk membantu kalau mampu. Sangat mengharapkan hubungan mereka akan terus kekal hingga akhir hayat.


Dedek n Azue




Ini bukan pasangan couple yer kawan-kawan....Azue ni dah anggap macam adik.... Tempat melepak sama-sama. Tempat meluah perasaan dan semua la. Sayang sgt kat dia ni. Dedek pulak dah macam abang. Baik, suka bagi nasihat, dan suka buat lawak pelik-pelik.... Sayang sangat kat orang berdua ni.


Last but not least......


Herwani (Wani)


 
Huhu....Sayang kat minah ni. Kenal masa kijer kat RMC. Sangat lembut. Kalau marah pun, paling kuat dia muncung jer....Tempat meluahkan perasaan, kawan tido kat surau tiap2 rehat dan sebagainya.Selalu usik dia tapi dia cool jer. Hopefully our friendship also will last forever.


Actually nak letak sorang lagi, tapi dia x bagi expose. So, i have to respect his wish. Also a best buddy masa di RMC. This is my best buddy, (included my hubby). Really loves them, adores them so much. Tapi, ini bukan bermaksud kawan-kawan lain aku tak sayang, sayang...... But sometimes, yang membuatkan aku frust, once bila bergaduh, they totally turn their back on me, and buat ku sebagai musuh. Unlike my best buddies, gaduhlah macam mana pun, tapi pasti akan cari jalan juga untuk berbaik kembali.


To one of my friend, yang kenal dari sekolah menengah, I'm really sorry if I do hurt you, or you think that aku ni membodek ko. The truth is, i love our friendship. I try to apologise but your ignorant is killling me. Tapi, tak perla. Deep down, i know that you forgive me, just you just don't want me as your friend. Thank you pal.... But still, i welcome you with an open arm.


P/S : To Syeeba, sorry darl i tak masukkan gambar you. Nanti kronologi panjang giler, and i x dpt extract gambar you. Nantila bila jumpa i letak gambar you kat sini......



Cherating with geng 605 in memory....


Entry ni pernah diceritakan dalam blog MyKhalish..... However, mrs. armseeker nak ceritakan jugak....But i wont elaborate it briefly..... Wanted to write but not in the writing mode..... Jadi for sure ayat akan tunggang terbalik.......

Geng 605 : ader 5 orang. 605 ni actually no rumah kitaorg masa student dulu..... But since we all stick together until now, so kitaorang gelar group kitaorg geng 605. (nanti mrs. armseeker buat satu entry kenalkan kawan-kawan yer.)

26 hb yang lepas, me and mummy aqil decide nak g vacation bersama-sama. But only 3 of us yang pergi. Me, mummy aqil and Sasa..... Since i and sasa are newlyweds, so i assume maybe ini boleh jadi our pre-honeymoon....hehe.... Mula-mula ingat nak pg PD, but penuh. Lagipun sumer reluctant, nak pegi bukit tinggi dah penuh...Then mummy aqil came out with cherating. So, sumer setuju. Surf punye surf, kami decide utk menginap di Duta Village. Bukan kat cherating pun ni, dekat Pantai Balok. Aktiviti : Free and Easy. Sebenarnya tujuan vacation ni just untuk bersantai dan spend time together...Almaklumlah, sejak kami dah bekerja ni, susah sangat untuk spend masa bersama-sama....... Inipun just buat dalam short notice..... Apapun, yang penting, we alls sgt enjoy.....

 
Memori daun pisang....


 
Mr. Armseeker berlari-lari tepi pantai


 
Loving couple....

 
Aqil...Kesayangan Maksu n Paksu
(Tapi hero sorang ni nak kat paksu jer....)


 
Mr. Daddy tgh mengepam mr.crab en. Aqil kat tepi swimming pool..

 
Siap pun. Berpeluh-peluh Mr. Daddy


 
Hero sorang ni baru bangun tido.....

 
Merahnya!!!

 
  
Di Lobi Duta Village....

 
Suami-suami terpilih of the year....

 
Group 605....Sedar x sedar dah hampir 10 tahun bersama.....

 
Inilah group kami....

Planning next year, nak pegi Cameron pulak.... Nak g luar negara, 4 dari kami keje gomen. Pross nak bercuti luar negara leceh giler....Pusing-pusing dalam Malaysia je la......Anyway guys, I love you all.... May our friendship last forever. InsyaAllah!!!!