Waktu-waktu Poyo (part 1)



Hahaha………..sengaja ku letak tajuk yang begini untuk menceritakan tentang achievement ku dan tunangku selepas beberapa tahun bekerja. Bukan berniat untuk riak atau aper, Cuma untuk berkongsi kegembiraan aku dengan kawan-kawan ku yang tersayang…..

Enam (6) bulan sebelum tarikh kebesaran aku (yang mana tinggal lagi 2 bulan), rezeki aku sangat mencurah-curah. Termasuklah hutang piutang bertambah-tambah. Apa yang paling menggembirakan aku, aku berjaya menambah koleksi keretaku…… Ya, tambah hutang lagi…. Apa jadi dengan kereta iswara kesayanganku??? Kuserahkannya bawah jagaan tunangku dan ibuku. Ini kerana, aku berjaya mendapat pekerjaan baru yang jalannya jem teruk. Tak sanggup beb meredah jem hari-hari pakai kereta manual. Sakit tulang keting dan tulang belakang ku menekan clutch.

Inilah kereta kesayangan ku…. Bubu dan adik baru Nessie…… bubu masih ku jaga penuh kasih sayang…. Dan bakal diberikan kepada ibuku, aku amik kancil balik….. Mari kita jamu mata dengan kereta tak berapa cantikku.


Inilah kedua-dua nessie dan bubuku di garaj serdang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini