Birthday my gubu....Part 1..


Tiba-tiba tengah belek collection gambar-gambar lama, terbukak la pulak sambutan birthday my gubu Mei lepas. Ingatkan nak update blog masa lepas birthday, tapi tersibukla pulak, langsung lupa. Ini baru nak update, almaklumla, bulan-bulan puasa ni, sangap giler nak buat keje. Melangut jer dari pagi. Buat sikit, stuck. Buat kejer sikit, ngantuk. Tapi bila update blog, laju pulak tangan aku menaip, yer? Sambutan birthday dia, buat dalam dua fasa. Satu kitaorang celebrate sendiri-sendiri. Aku dah lama teringin nak belanja dia makan kat restoran berputar kl tower sebenarnya(aku sendiri yang nak tu...hehehe). jadi lepas jer aku balik dari induksi kat Pangsun, dia amik aku, kitaorg terus bergegas ke KL Tower. Aku dengan letih-letih dan muka serabai, mekap sikit-sikit jer. Selamba jer dinner pakai baju kurung. Dia lak pakai baju kerja pegi sana. Kitaorang book pukul 7.30, tapi sampai awal dalam pukul 6.00 petang, jadi kitaorang lepak kat menara pandang dia. Nampakla matahari nak terbenam, klcc dan satu KL. Pada aku, cantik sangat. dan hanya itu jer yang aku mampu berikan sebagai hadiah. Sebab aku betul-betul x sempat nak prepare apa. Harap dia puas hati dengan hadiah yang berupa kenangan ini.... Inilah kenangan kami......