Mama not-so-perfect breastfeeding journey.....

Assalammualaikum.....

I've got the idea to write this entry after i read Hannah Johary latest entry. Uhuhu.. Stumble HJ blog after blogwalking, and found her blog quite interesting. I like the way she writes, and envy her spirit so much. :D 

Okay, back to my story....

Alhamdulillah, Raniah Zawanah turns out to be 1 year and 3 months today. Pejam-celik pejam-celik, anak mama dah besar. Dah pandai berjalan pun sekarang ni. How fast time flies.... (Mind my broken english, and bahasa rojak). Dan mama sangat tak sangka mama berjaya untuk fully breastfeed Raniah Zawanah hingga saat ini.

Dalam masa setahun tiga bulan ni, macam-macam cabaran mama hadapi untuk menyusukan Raniah Zawanah. Untuk mama claim bahawa Raniah Zawanah adalah benar-benar bebas daripada susu formula, rasanya tidak bolehlah. Mama hanya dapat berjumpa si buah hati pengarang jantung itu setelah hari kedua, tengah hari selepas dilahirkan... Bukan sejurus selepas dilahirkan. Sedih sangat waktu tu. Dan in between, of course lah hospital bagi FM pada dia. 

Mama rasa mama sangat bertuah kerana mama punya kawan-kawan rapat yang sangat supportive tentang breastfeeding. Bonda Farah Farhan -> haruslah kerana she is a well-known lactation counsellor. Mummy Ila Mykhalish, mama salizawati rakan-rakan sepejabat dan juga yang paling penting, BS Raniah sendiri support breasfeeding. Alhamdulillah, Allah perkenankan hasrat mama semasa mengandung untuk cuba fully bf Raniah selama yang boleh dengan beberapa ujian untuk lihat samada mama betul-betul komited atau tidak.

Ada orang pernah tanya dengan mama, pernah tak mama rasa putus asa untuk teruskan journey ni? Honestly, PERNAH!!! Hey, I'm not an angel. Memang kadang-kadang bila mama stress, mama akan fikir, "boleh tak kalau aku bagi susu tepung jer? lagi senang. Tak delah aku sakit-sakit belakang nak nyusukan dia tengah-tengah malam," geleng-geleng kepala cuba hilangkan pemikiran itu.....

The first 6 months is the most crucial part utk bf Raniah. Ye la, as expertise mention, babies should be exclusively breastfeed until they reach 6 months....because their only food is milk... They don't need any other food, tak perlu AIR SUAM, x perlu NESTUM. Jadinya, stok yang sangat banyak adalah SANGAT diperlukan si kecik ini. Sekali minum 3oz, minum kat rumah opah 4 kali bersamaan 12oz.... Mama selalu bekalkan setiap hari dalam 12-18 oz, sedangkan production sehari-hari hanyalah maksimum 16oz. Kalau opah Sitiawan yang jaga, stok untuk 5 hari, boleh habis dalam masa 3 hari... Menangis!!! Akhirnya, Raniah Zawanah terpaksalah cari ibu susuan. Kisah itu boleh baca DI SINI.

Disebabkan 6 bulan pertama itu mama agak stress dengan production, kawan-kawan seperjuangan di opis sarankan pada mama, cuba target sikit-sikit dulu. For the first 4 month, target just until 6 months... Jangan terus target sampai 1,2 tahun. Then, bila dah achieve 6 bulan, cuba pula untuk 9 bulan..... dan seterusnya. Jadinya bila target kita untuk BF short term, kita pun tak akan stress dan terlalu paksa diri. Bila tak stress, production pun akan jadi lebih ok... :D


Raniah at 5 months old. BF at anywhere....
Mama cuti pantang 3 bulan, jadi disebabkan asyik berfoya-foya selama 3 bulan tu, stok yang mama sediakan sangat sikit. Al-maklumlah orang takder pengalaman. Mummy Ila Mykhalish pula sangat gigih, dalam masa 2 bulan, dah cecah 1k lebih susu dia, yer? Orang dah pernah melalui, jadi dia tahu apa yang perlu dilakukan. Bila mama masuk kerja, gigih mama pam 2 jam sekali, 3-4 kali sehari. Kalau mama ada visit, terpaksa tebalkan muka di PPT untuk tumpang mana-mana bilik yang kosong untuk mengepam. Selepas 6 bulan, mama dah mula kurangkan waktu mengepam kepada 2 kali, hinggalah sekarang.

Tentang pumping gajet pula, mama sarankan supaya test dulu kat kedai yang ada testing kit. Bukan apa, mama pernah terkena, 1st pump mama iaitu Spectra 3 tak sesuai dengan mama. Memang sikit je susu yang keluar, walaupun mama dah beli extension. Last-last mama try beli medela harmony. Alhamdulillah, walaupun Harmony tu pam manual, production dia sangatlah memberangsangkan. Akhirnya, setelah berbincang dengan abah, mama ambil keputusan untuk beli Medela Freestyle. Mahal sedikit, tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah...

Ramai yang tanya mama, mama pump kat ofis, di mana? Mama pump di surau. Ada juga yang cakap, kalau dah pakai FS, pump je la di meja atau cubicle. Bukan tak boleh, tapi cubicle mama open, dan colleague depan meja mama adalah lelaki. Bukan lelaki yang jenis diam dan senyap yer? Yang jenis suka mengusik, hokay!!!! Kalau sesiapa yang ingat poncho atau kain aper sumer boleh cover, ini dia rupa meja mama....
Err......maafkan kesepahan meja itu.
Sangat open okay!!!! Saya sangat cemburu tengok cubicle di department lain yang sangat tertutup, dan colleague saya yang berpeluang pump di meja, menggunakan pump MODU dan memakai pumping pal sambil buat kerja dan bersembang dengan senang hati serta berupaya mengepam 3 kali sehari..... Owh, heaven!!!

Baru-baru ni, mama hampir tewas sekali lagi, bila mama buka ice box tgk ader 3 paket 8 oz jer yang tinggal stok untuk Raniah. Siap mama dah beli susu AnMum buat spare takut susu tak cukup. Itupun lepas berjam-jam termenung depan rak susu kat carrefour dan giant membaca ingredient semua susu untuk elakkan gula tambahan. Susah rupernyer beli susu tepung ni. Magicnya, minggu tu Opah Yong bagitahu Raniah dah start kurang minum susu. Lebih suka makan dan minum air suam dari minum EBM. Tapi dia top up balik malam, lepas mama balik dari kelas atau habis kerja. Penat, tapi rasa sangat bahagia... Sesungguhnya mama bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan mama dalam cuba menyusukan Raniah Zawanah selama ini.

To HJ, if you read this entry, dear... As I tweet you, try to aim for 6 months first. Selain dari itu, doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan perjalanan kita. Apa yang mama belajar selama ni, cuba redha dan ikhlas sehabis mungkin, biar sesibuk mana pun kita, kita cuba dan usaha untuk pam setiap hari di pejabat. Kalau tak sempat waktu pejabat pam 3 kali sehari, kita cuba 2 kali atau sekali di pejabat, tapi top up balik di rumah dan waktu malam. Memang letih, tapi kalau kita istiqamah, InsyaAllah kita akan berjaya. I always pray you could BF Nur Tihani dan semoga Allah permudahkan your BF journey, same as mine. 

P/S : I really hope that I could help to encourage other mothers to breastfeed their babies, as my dear friends Bonda Farah Farhan, Memi Ila MyKhalish always hope for..... Aminn......

Buat duit dengan ChurpChurp

Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp

Jom Singgah Blog Saya

Assalam semua. jom bersegmen!!siapa mau???angkat tangan yer...


segmen kali ni bertujuan menambahkan trafik blogger yang join disamping menambah kenalan antara satu sama lain.


mudah je segmen ni. 
1) tajuk segmen : Jom Singgah Blog Saya
2) letak header bawah dan link ke entry ni
http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/segmen-jom-singgah-blog-saya.html
3) letak url blog anda armsrenee.blogspot.com
4) siap!!letak url entry pada ruangan komen sebelum 27 April 2012
5) kalau rajin klik Send @ Like ( bawah tajuk entry ) pada blog c.z yer..All the Best

p/s: Semua yang join akan disenaraikan seperti Segmen ni..update setiap hari....

Oh lookie, United Colours of #Benetton wallets are at 35% off, only from @HiShopMY

Oh lookie, United Colours of #Benetton wallets are at 35% off, only from @HiShopMY

Segmen: POLOMOLO membawa berkat


Salam semua. Hohoho blogger baru ni nak terjah semua, antara cara untuk naikkan jumlah visitor anda adalah dengan meramaikan  'pengikut anda' mudah saja nak join caranya seperti berikut.


1) shoutbox saya "POLOMOLO" atau "PM"  
2) awak polo saya di 'Google connect' dan networked blogs(jika berkaitan)
3) Saya akan polo awak plak kendian
4) TAMBAHAN!! letak url blog anda pada ruang komen, saya dan kengkawan visitor lain akan follow melalui komen tersebut
p/s: sehingga 5 Mei sahaja

Gundam RX-78 Skala 1/1 Terbesar di dunia


Baca kat paper KOSMO ada RX-78 full size gundam telah dibina di Odaiba, Jepun. Gua punyalah excited cepat2 google gambar Gundam ni. Meleleh air liur basi tengok details pada mecha ini, hanya peminat mecha saja yang paham, yang tak paham pun dialu-alukan tengok... tengok awesome tak awesomenyer menatang ini.

Gundam skala 1/1 18 meter(59 kaki) tinggi ini telah dibuat sempena meraikan ulang tahun Gundam yang ke-30. RX-78 ini akan dibuka untuk tontonan secara rasmi pada 11 July sehingga 31 Ogos. kemana ia akan pergi lepas Ogos saya pun tak tahu.


Pilihan mereka untuk buat model RX-78 ini adalah amat tepat sekali, walaupun bukanla yang tercantik among all the gundam suits. Ia adalah yang paling ikonik dan melambangkan permulaan era legasi Gundam


Abah is the proud owner of Gundam Exia 1/100 scale (wish for more)


credit to US Sailor and punyari

















PLK and PJJ UiTM 5 weeks in

Classes so far

Channel mgt agak scary sem ni sbb diajar oleh en afizan yg sgt passionate dengan kuliahnyer, saya tabik sbb dia ader passion yg mendalam utk ubah mentaliti anak2... errrr mak bapak yg dtg UiTM nak blaja marketing, UiTM was known to be the best business school once in the time of Dato’ Seri Ahmad Farid Ridzuan, Group Chief Executive Officer of Media Prima's Television Networks. All that we know the prime time has passed.... sigh... what happened!!? Only God knows

Then we have internet mktg. pretty easy going lecture, nothing much stood out. The lecture are easily understandable and not too boring.

environmental mktg is then comparatively more easy going. Haji Dzulkifli just write the address of his home and we could submit our assignment in any form in any amount and submit before the final exam start. pretty sweet huh. he just mention that all responsibility are on you, you submit you get points, the marks depend on the quality of your submission. Some people were perplex by the no border no limit policy. I for one love it very much.

Then the dreaded Mandarin 3 is coming to haunt me, why? cause im the only one left from my batch that have not taken it yet, no bros to help me out. SUPA SOLO. hope to at least pass this semester. huhu

May this semester be the best one yet!! fighting!!

ps: sorry for the language changes, somehow my mind pours out in english. who knows if i write longer it will come out in mandarin.... haha you wish!!

Maksud nama Raniah Zawanah

Raniah = mempesonakan
Zawanah = kecerdikan


so Raniah Zawanah adalah kecerdikan yang mempesonakan

Jika takder h kat hujung maybe kiut sket. tapi kami kompromi memastikan nama itu ada maksud dengan huruf h di hujung kerana ejaan arab ada huruf ha di hujungnya, nak make sure translationnyer pun tepat.

Raniah memang mempesonakan aka charming kata omputeh, dia suka berkawan kalo nampak baby/ budak kecik lain dia akan tegur dari jauh, datang dekat dan hulur tangan dia. tak kira baby, abang ke kakak lagi tua dari die, die panggil 'kakak' jer. jenuh ajar cakap baby or abang.

hope you grow even more charming my dear




Posing dengan tudung mama

Our baby Raniah in pink hijab


Kaklong Adeliya - cousin dier dgn muka selebetnyer

Adeliya

Raniah Zawanah Warded

Aduhai, rasanya nak dekat sebulan mama tak update apa-apa dalam blog. Hanya abah je yang tepek gambar Raniah...untuk pastikan blog masih bernyawa.... Mama, dengan sibuk thesisnya, dengan visit lagi, dengan si kecik Raniah Zawanah lagi, langsung tak sempat nak berblogging, apatah lagi blog walking.... Huhuhu....

Ermm.... Macam mana nak mulakan cerita yer? 24hb Mac (Sabtu) yang lepas Raniah Zawanah dah mula tak sedap perut... Asyik merengek je sepanjang hari... Mama dengan abah, seperti biasa, cuma mampu tengok, cuba bagi minum prune juice dengan kadar yang paling minima, bawa ke klinik Meghana, dapat ubat, dan balik rumah. Isnin tu mama tak tahu kenapa masa dekat ofis mama rasa sangat tidak bertenaga, dan tak sedap hati. Buat apa pun serba tak kena. Balik tu, masa pergi rumah Opah Yong untuk susukan Raniah, Opah Yong bagitahu Raniah Zawanah sangat kurang menyusu hari tu. Muntah dalam 2 kali dan asyik "ceri-beri", dalam 5,6 kali juga la. Terus mama ponteng kelas Law malam tu, dan Raniah Zawanah masih lagi meragam.

Besoknya tu, mata Raniah bengkak sebelah masa bangun tidur. Apa lagi, paniklah mama dengan abah, terus mama paksa abah bawa ke klinik sekali lagi. Raniah Zawanah pula, tak begitu aktif, tapi tak lembik. Cuma selera makan jadi sangat berkurangan... Menyusu pula, makin kerap... Comfort zone untuk dia.... Mula-mula mama dengan abah bawa ke klinik mediviron seksyen 19, dapat ubat. Tetapi seperti biasa, bila bawa ke klinik ni, bagi ubat biasa jer.... Mama tak puas hati, ajak abah ke Sunway Medical Centre.

Di Sunway Medical Centre ni, registration bagi pilihan, ada dua orang Paed kat situ. Dr. Chye dan Dr. Tan. Disebabkan Dr Tan que ramai, mama pilih Dr Chye. Ok Dr Chye ni, cumanya dia ni macam ribut sikit. Penerangan pendek-pendek dan laju macam nak kejar masa jer. Tapi straight to the point. Tapi mostly dalam forum cakap Dr. Chye dr yang bagus... 

Sebab Raniah dah macam dehydrated, maka keputusannya terpaksa admit.... Masa nak amik darah dan masukkan drip paling mencabar, sebab dr tak jumpa salur darah Raniah. Menangis menjerit-jerit si kecik tu, sebab sakit. Mama dah lari jauh-jauh, dah nak menitik air mata sebab rasa bersalah benarkan dr amik darah Raniah, tapi apa nak buat, terpaksa.

Disebabkan kami gunakan kemudahan insurans Raniah, maka proses untuk admit ward makan masa dalam 2,3 jam juga sebelum guarantee letter dihantar ke hospital. Jadi sempatlah mama,abah dan Raniah (dengan tangan dah standby drip) balik rumah kemas barang dulu dan lunch. Raniah waktu tu asyik gigit drip dia jer, jenuh jugakla mama kontrol tangan dia dari masuk mulut.

Makanya, 2 malam jugalah mama dengan abah berkampung di Sunway Medical Centre. Burn lagila cuti mama. Raniah ditempatkan di wad 2 bilik, jadi takde masalah untuk mama dan abah sama-sama menunggu. Abah ambil katil pelawat, mama tidur dengan Raniah atas katil.

Masa hari kedua Dr. Chye maklumkan ujian darah Raniah. Sel darah merah Raniah rendah sedikit berbanding baby lain yang sebaya dengan dia. Jadinya Dr Chye suspek samada Raniah ada thalassemia (Nauzubillah) atau nutrient deficiency. Sebenarnya perkara ni dr di DEMC dah suspect lebih awal, tetapi masa tu Raniah demam panas dan campak, jadi Dr di SJMC kata mungkin sebab Raniah kurang sihat. Mama dengan abah pun tak buat ujian thalassemia, maka kami memang betul-betul tak tahu samada kami adalah carrier. Aduh, sesak dada mama dibuatnya. 

Raniah ni, nama jer masuk drip, warded dan tak sihat. Masuk malam kedua, dia mengamuk nak jalan-jalan. Sakit perut still ada, tapi dia tak peduli. Terpaksalah nurse buka kan drip dan benarkan dia berjalan.... 

Masa mula-mula masuk wad... Baik jer...

Aper bendala kat tangan Raniah ni, Mama?

2nd day....sangat behave hari ni.

Armsrenee blogspot.com
1st night

Armsrenee blogspot.com
The next day...Mama bawak ke ofis after follow up for check up
SunMed (Thanx to google for this picca)
Sedikit review for Sunway Medical Centre : So far mama dengan abah sangat puas hati dengan service dia. Excellent, maybe sebab orang tak ramai. Cuma yang tak best nye, parking dia bayaran by hours. So, untuk yang warded, agak mahalla. Dr yang ok, makanan pun sedap, nurse yang polite... Of course lah charge nye pun meletup. So, mama dan abah sangat berterima kasih pada prudential sebab give us this opportunity to give Raniah the best hospitality... Takperlah mama dengan abah ikat perut dan poket sikit... Untuk pengetahuan semua, SunMed ni pun ada perkhidmatan for fertility.... Mama dengan abah nampaklah dua tiga couple yang buat counselling appoinment untuk ni. 

Minggu ni appoinment Raniah untuk blood test lagi... Mama sangat berdoa semoga the first diagnose tu salah.... Mohon kawan-kawan doakan kesihatan Raniah Zawanah, yer......

-salam sayang dari mama dan abah-

Gambar2 comelest Raniah Zawanah

Gambar Raniah Zawanah @ 15months young, budak baru berjalan ni sgt ligat dan aktif sampai memeningkan mama n abahnyer, kalau kuar berjalan kena kejar die kat shopping complex, suka sangat dengan eskalator plak tu, sibuk nak naik turun eskalator walaupun pada arah bertentangan, yela dia mana tau benda tu turun ke naik kan.
 "ni baru sorang," kata mamanyer "macam manala yang ada 2-3 anak tu jaga anak nyer". Abah sengih jer, raniah aktif tu maknenye dia eppy dan sihat. Walaupun penat melayan, keletahnye menjadi penawar duka dan lara kami.

mari layan keletah raniah zawanah ni
(klik gambar utk fullscreen/slideshow)