Raniah dapat mummy baru.....

Assalammualaikum.... Lamanya rasa mama tak mencoret apa2 dalam ni... Hidup mama ngan abah masih lagi tunggang terbalik untuk managekan hidup baru, yang ceria kerana kehadiran puteri kami.....

Kalau tengok tajuk tu, mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Raniah dapat mummy baru? Apekah? Adakah Encik Abah ........ (beranila encik abah buat cenggitu....Mama gigit abah nanti).Owh, tidak sama sekali. Raniah sebenarnya dapat keluarga baru.... (Ayat propa lagi!)

30.05.2011 - 3 hari selepas Opah Yong Raniah bercuti, kerana anak sedara ku yang tak macam anak sedara tapi lebih kepada sepupu berkahwin. Dan Opah Sitiawan dengan paksa rela nya menjaga Raniah sepanjang ketiadaan Opah Yong. Tapi tak disangka pulak, disebabkan opah masih tak faham dengan gelagat Raniah, dan Raniah yang masih tak serasi dengan opah, makanya setiap kali Raniah menangis, Opah ingatkan Raniah lapar. Mama akui, stok susu mama sangat sedikit. Memang production  mama ckp2 untuk 2 hari, biasanya kalau kat rumah opah yong, akan ada lebih, yang mana sebotol ebm tidak akan digunakan. Jadinya mama dah pesan dengan opah sama dengan apa yang mama instruct opah yong. Tapi, bila balik rumah hari isnin tu, mama rasa nak pengsan bila tgk kat dalam freeze stok susu dah licin. Huhuhu memang gugur jantung waktu tu. Maka malam tu dan pagi selasa tu dengan gigih mama pam tapi disebabkan stress, susu yang keluar tu sangatlah ciput. dapat 4-5 oz jer... Mama sangat berdoa agar susu tu cukup untuk Raniah.


31.05.2011 - Mama menebalkan muka ym mummy ila mykhalish. Disebabkan mummy pernah offer utk bagi sedikit ebm kat mama, terpaksala jugak mama bertanya. Huhuhu....dari gurauan, jadi betul2. Mama memang sedaya upaya nak elakkan bagi Raniah susu FM, sebab takut nanti Raniah weaned off sangat awal, dan juga risau kalau Raniah x serasi dengan FM. Jadinya, setelah berbincang dengan abah, mama dengan berat hatinya menebalkan muka meminta sedikit stok ebm dari mummy ila mykhalish.

Setelah kami semua berbincang, mohon pandangan dari keluarga dan rakan2 seperjuangan, kami pun sepakat bahawa itu adalah jalan terbaik. Sekurang-kurangnya Raniah masih lagi mendapat susu yang terbaik untuk pembesaran dia. Mummy pun dengan murah hati mahu membekalkan 100oz utk Raniah, yang membuatkan secara automatiknya Raniah menjadi anak susuan Mummy.

Maka, malam tu, pecutlah mama ngan abah ke Saujana Utama, mengambil stok ebm mummy. Terlopong sekejaplah mama tengok mummy punye stok. Penuh satu deep freezer. Urghhh....Saya sangat jeles. Tapi apa nak buat, mummy sangat gigih. Dan nak bandingkan dengan mama, mama sendiri silap langkah sebab lambat buat stok. Padanlah dengan muka. Masa tu, menggigil jugakla, iyerlah, sebab rasa macam nak bagi anak kat orang lain, dan mummy ngan daddy pun waktu tu berdebar. Sampai salah kira stok. Hehehe..... Sangat kelakar. Bila dah balik baru sedar. Dan selepas tu, baru kami semua rasa sangat lega. Sebab sekurang-kurangnya raniah masih lagi fully bf. (Kat hospital lain cerita).

Makanya, dengan rasminya Raniah dapat family baru. Raniah ada 2 ibu dan ayah, ada seorang abang dan seorang kakak. Abang yang hensem yang bernama Aqil Khalish Mohd Sharill, dan Kakak yang comey bernama Amni Khalisha Mohd Sharill. 

Terima kasih mummy NurKhallilah Kahar dan Daddy Mohd Sharill Cidaret kerana membantu mama yang hampir tewas dalam perjuangan BF ini. Semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga akhir hayat.-end-

1 comment:

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini