Raniah Zawanah Warded

Aduhai, rasanya nak dekat sebulan mama tak update apa-apa dalam blog. Hanya abah je yang tepek gambar Raniah...untuk pastikan blog masih bernyawa.... Mama, dengan sibuk thesisnya, dengan visit lagi, dengan si kecik Raniah Zawanah lagi, langsung tak sempat nak berblogging, apatah lagi blog walking.... Huhuhu....

Ermm.... Macam mana nak mulakan cerita yer? 24hb Mac (Sabtu) yang lepas Raniah Zawanah dah mula tak sedap perut... Asyik merengek je sepanjang hari... Mama dengan abah, seperti biasa, cuma mampu tengok, cuba bagi minum prune juice dengan kadar yang paling minima, bawa ke klinik Meghana, dapat ubat, dan balik rumah. Isnin tu mama tak tahu kenapa masa dekat ofis mama rasa sangat tidak bertenaga, dan tak sedap hati. Buat apa pun serba tak kena. Balik tu, masa pergi rumah Opah Yong untuk susukan Raniah, Opah Yong bagitahu Raniah Zawanah sangat kurang menyusu hari tu. Muntah dalam 2 kali dan asyik "ceri-beri", dalam 5,6 kali juga la. Terus mama ponteng kelas Law malam tu, dan Raniah Zawanah masih lagi meragam.

Besoknya tu, mata Raniah bengkak sebelah masa bangun tidur. Apa lagi, paniklah mama dengan abah, terus mama paksa abah bawa ke klinik sekali lagi. Raniah Zawanah pula, tak begitu aktif, tapi tak lembik. Cuma selera makan jadi sangat berkurangan... Menyusu pula, makin kerap... Comfort zone untuk dia.... Mula-mula mama dengan abah bawa ke klinik mediviron seksyen 19, dapat ubat. Tetapi seperti biasa, bila bawa ke klinik ni, bagi ubat biasa jer.... Mama tak puas hati, ajak abah ke Sunway Medical Centre.

Di Sunway Medical Centre ni, registration bagi pilihan, ada dua orang Paed kat situ. Dr. Chye dan Dr. Tan. Disebabkan Dr Tan que ramai, mama pilih Dr Chye. Ok Dr Chye ni, cumanya dia ni macam ribut sikit. Penerangan pendek-pendek dan laju macam nak kejar masa jer. Tapi straight to the point. Tapi mostly dalam forum cakap Dr. Chye dr yang bagus... 

Sebab Raniah dah macam dehydrated, maka keputusannya terpaksa admit.... Masa nak amik darah dan masukkan drip paling mencabar, sebab dr tak jumpa salur darah Raniah. Menangis menjerit-jerit si kecik tu, sebab sakit. Mama dah lari jauh-jauh, dah nak menitik air mata sebab rasa bersalah benarkan dr amik darah Raniah, tapi apa nak buat, terpaksa.

Disebabkan kami gunakan kemudahan insurans Raniah, maka proses untuk admit ward makan masa dalam 2,3 jam juga sebelum guarantee letter dihantar ke hospital. Jadi sempatlah mama,abah dan Raniah (dengan tangan dah standby drip) balik rumah kemas barang dulu dan lunch. Raniah waktu tu asyik gigit drip dia jer, jenuh jugakla mama kontrol tangan dia dari masuk mulut.

Makanya, 2 malam jugalah mama dengan abah berkampung di Sunway Medical Centre. Burn lagila cuti mama. Raniah ditempatkan di wad 2 bilik, jadi takde masalah untuk mama dan abah sama-sama menunggu. Abah ambil katil pelawat, mama tidur dengan Raniah atas katil.

Masa hari kedua Dr. Chye maklumkan ujian darah Raniah. Sel darah merah Raniah rendah sedikit berbanding baby lain yang sebaya dengan dia. Jadinya Dr Chye suspek samada Raniah ada thalassemia (Nauzubillah) atau nutrient deficiency. Sebenarnya perkara ni dr di DEMC dah suspect lebih awal, tetapi masa tu Raniah demam panas dan campak, jadi Dr di SJMC kata mungkin sebab Raniah kurang sihat. Mama dengan abah pun tak buat ujian thalassemia, maka kami memang betul-betul tak tahu samada kami adalah carrier. Aduh, sesak dada mama dibuatnya. 

Raniah ni, nama jer masuk drip, warded dan tak sihat. Masuk malam kedua, dia mengamuk nak jalan-jalan. Sakit perut still ada, tapi dia tak peduli. Terpaksalah nurse buka kan drip dan benarkan dia berjalan.... 

Masa mula-mula masuk wad... Baik jer...

Aper bendala kat tangan Raniah ni, Mama?

2nd day....sangat behave hari ni.

Armsrenee blogspot.com
1st night

Armsrenee blogspot.com
The next day...Mama bawak ke ofis after follow up for check up
SunMed (Thanx to google for this picca)
Sedikit review for Sunway Medical Centre : So far mama dengan abah sangat puas hati dengan service dia. Excellent, maybe sebab orang tak ramai. Cuma yang tak best nye, parking dia bayaran by hours. So, untuk yang warded, agak mahalla. Dr yang ok, makanan pun sedap, nurse yang polite... Of course lah charge nye pun meletup. So, mama dan abah sangat berterima kasih pada prudential sebab give us this opportunity to give Raniah the best hospitality... Takperlah mama dengan abah ikat perut dan poket sikit... Untuk pengetahuan semua, SunMed ni pun ada perkhidmatan for fertility.... Mama dengan abah nampaklah dua tiga couple yang buat counselling appoinment untuk ni. 

Minggu ni appoinment Raniah untuk blood test lagi... Mama sangat berdoa semoga the first diagnose tu salah.... Mohon kawan-kawan doakan kesihatan Raniah Zawanah, yer......

-salam sayang dari mama dan abah-

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini