Luahan hati ini.... Bila dah ada anak, tapi dalam masa yang sama bekerja dan belajar....

Berat sebenarnya hati nak menulis tentang ini. Bukan apa, takut nanti ada yang berfikir bahawa kami tidak ikhlas menjalankan amanah Allah, menjadi ibu bapa. Tidak....Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami, malahan, pada kami, Raniah Zawanah merupakan hadiah, amanah yang terindah yang Allah kurniakan kepada kami.

Menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, dalam waktu yang sama, bekerja serta menggalas gelaran sebagai pelajar separuh masa  sangat mencabar, adakala sangat melelahkan. Secara jujur, kami berdua sangat kasihan melihat Raniah, apatah apabila hari Rabu, kami berdua ada kelas hingga jam 10.00 malam. Berjumpa dengan little princess bila waktu hampir mencecah tengah malam, dengan tenaga yang hanya berbaki 20 peratus, melihat si kecil itu merengek nak bermain melepaskan rindu, sangat meruntun hati. Kadangkala tanpa sedar, mama 'ter'tinggikan suara, dan kadang-kadang terlelap semasa bermain atau menyusukan dia, sedar2 dia merengek (sambil tepuk2 muka).... Sangatlah kasihan, dan rasa sangat hopeless...... Penat, sedih semua bercampur baur....Kalau setengah keluarga hanya salah seorang belajar, kami ni betul-betul gila, dua-dua bekerja dan belajar..... (Lagi sekali, sian Raniah....) (T_T)

Mama dan abah sekarang ni sedaya upaya cuba menyelaraskan jadual kelas kami. Akhirnya, hanya hari rabu sahaja yang Raniah kena tinggal dengan Opah Yong sampai tengah malam, hari Rabu. Runtun betul hati mama, dahlah hari-hari lain, mama keluar bekerja jam 7.00 pagi dan balik paling awal dapat jumpa jam 6.15 petang, berapa jam saja dapat luangkan masa dengan Raniah........

Tapi, apabila memikirkan, apa yang kami tempuhi ini adalah hanya sedikit cabaran demi menjamin masa depan yang lebih baik (InsyaAllah), mama tetapkan juga hati. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan semua, dan Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk meneruskan pengajian yang berbaki lagi satu semester lagi.... 

Mode : Hati tengah rasa macam nak berhenti belajar bila terasa betapa letihnya badan, beratnya kepala otak ni bila nak juggle antara kerja dan assignment...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini