Berhuru hara di MOA KPOP 2011


Sabtu lepas, 3/12/2011 mama dengan abah terpaksa tinggalkan Raniah dekat rumah Omma….Huhuhu, sangat jaranglah kami berjalan-jalan tak bawak si comel itu. Tapi sebab kali ini kami tak dibenarkan bawa, terpaksa jugalah kami tinggalkan dia. Huhuhu…. Tapi mak lang dia dah pesan, sila enjoy yer, tak payah risaukan dia…. Uhuhuhu (lagi sekali). Tapi bila difikirkan, agak lama juga kami tak berdating berdua.. Ngeeh (^___^) Naik motor pulak tu........ (Sengih lebar lagi....)
Kemana sebanrnya kami pergi? Hehehe, sebenarnya Jumaat tu mama dapat email dari Groupon, ada offer 50% utk tiket Konsert MOA KPOP 2011 in Malaysia dekat stadium MBPJ, Kelana Jaya. *Wink* *Wink*…. Sukanye saya. Kenapalah dia tak buat offer untuk 2PM... Chansungggg!!!!!! Bergaduh-gaduh jugak la dengan abah nak beli Rock Zone (RM241.50) atau Royal Zone (RM191.50). Abah berkeras nak beli Rock Zone *pengsan*, nak tengok muka Suzy (Miss A) dekat. Oh ya, sebelum mama terlupa, artis malam tu adalah…..
Tak pernah tahu pun kumpulan ni nyanyi lagu apa......

Vic Ummmaaaaa!!!!!!

Suzyyyyy................

Erkkkk!!!!!! (Berdarah hidung!)

Hahaha…. Best tak? Tapi disebabkan kami terlewat, tiket Rock Zone habis, jadinya kami beli Royal Zone jelah…. (Sanggup itu…)
Actually, kami bukanlah peminat kipas-susah-mati kumpulan-kumpulan di atas. Minat memang minat, tapi biasa-biasa je. Mama dengan abah pegi pun, sebab mama nak buat research pasal Hanlyu di Malaysia. Ok, nak kata tak ramai tu, ramai la jugak orang, mostly girls la…. Rata-rata nak tengok SuJu perform. So, cerita banyak tak guna, tengoklah picca yang sempat mama snap kat sana menggunakan kamera kokak mama disebabkan DSLR tak boleh bawak masuk……

  
Our tiket......
Muka happy.....


Budak-budak pun ada
 
Miss A....Jauh... Wuahhh....
SuuuJuuuuuu............................
Secara jujur, artis-artis Korea sekarang mostly dikenali sebab sangat terer nyanyi live... Serius , ternganga  nasib baik takder lalat mama dengar Yeesung nyanyi OST Cinderella Stepsister... Bukan apa, dia penyanyi POP, tapi suara dia sesedap 2AM..... Mana boleh lawan 2AM di hati mama. Menyesal giler lambat buat keputusan nak beli Rock Zone, kot tak maybe boleh salam berangan dengan SuJu......
Lain kali kalau ada konsert, nak pegi lagi. Seronok tengok artis nyanyi live, lagi sedap dari recording. Hopefully artis Malaysia dapat ikut contoh Korean artis... 
Media tak banyak buat coverage, bila semalam keluar paper tentang konsert ni, tergelak baca bila dlm artikel tu diberitahu, Kim Hee Chul ada, sedangkan Hee Chul dah masuk military training.... Takder cover pasal Miss A dan B1A4.....
P/S : Seronok sebenarnya dapat tengok gelagat ramai orang..... Respek tengok ibu bapa yang hantar anak-anak ke konsert tersebut... Pada pandangan mama dan abah, walaupun nampak macam sangat menggalakkan anak-anak ke konsert macam tu, sekurang-kurangnya ibu bapa tersebut dapat memantau ke mana anak-anak pergi... Anak-anak zaman sekarang ni bukan boleh disekat kemahuan, lebih baik buat begitu dari kemudian hari dengar anak-anak buat perangai bukan-bukan hanya kerana kita terlalu menyekat kebebasan mereka.... Zaman Rebel lah katakan.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini