Update carseat Raniah

Fuh....fuh.... banyaknye habuk kat sini. bersawang sangat....lamanya x mencoret apa-apa kat sini. yelah, bukannya senang mama nak tulis apa-apa sekarang. Bila mood ada, masa pak x der. masa ada, mood pulak x der.

Raniah Zawanah sekarang dah mencecah 10bulan. Alhamdulillah..... Da pandai tepuk tangan, dan peel terbaru sekarang ni, kalau mama dan abah tegur atau marah, dia boleh mendengus dan marah kitaorg blk. lucu dan comel jer, tp sakit perut thn gelak sbb kitaorg x nak klu kami gelak dpn dia, nnt raniah ingat kami suka....terus pulak jadi habit.

Ermmm.... actually mama nak update pasal carseat Raniah. Akhirnya kami berjaya jugak jumpa yang berkenan di hati dan bersesuaian dengan bajet..

Masa pegi penang haritu, mami ila mesej mama bgth mothercare buat sale. Kebetulan ada
mothercare di gurney plaza, mlm tu, lps check up Raniah di Gleneagles medical centre sbb jatuh katil (anak 1st,haruslah daku panik lebey), kami pun bergegas ke gurney plaza. memang mothercare ada sale giler2. tertarik hati tgk safe n sound nuer carseat, harganya rm499, dari RM699. smart pun smart, tapi display set. teruslah reject. Terpandangkan satu lagi carseat, Britax. sangatlah cantik dan smart.... harga asal RM1199, ada diskaun 40%, tinggal RM 700++ membuatkan mama dan abah teruja. nak dekat setengah jam kami tunggu, akhirnya diberitahu juga tinggal display. hampanya mama. akhirnya, decide nak tgk kat KL.

Diskas dgn abah, akhirnya kami putuskan biarlah kami tunggu gaji bulan november baru kami beli. at least ada masa utk kami fikir tentang keperluan, bajet dsb. niat di hati nak terjah mothercare, tiba2 dapat pulak email dari Little Whiz bgth ada warehouse sale, mama apa lagik, terus berdebar-debar. Untuk pengetahuan semua, mama memang suka shopping online kat Little Whoz, murah dan mudah. Tapi disebabkan ada warehouse sale, mama pujuk abah pegi outlet dia di Setia Alam. Malam sblm tu, mama survey website dier dan..... yeay, ada carseat yang menarik dan lebih murah dari Britax. Alhamdulillah.....suka, suka.

Hasilnya, tadaaaa...






Alhamdulillah, x sia2 mama dan abah bersabar, dapat juga kami car seat yang decent untuk Raniah, Halford Lucida Convertivle Carseat, RM 499 after discount. harga asal RM759.
dan...


train utk raniah....

Actually warehouse little whiz ni x derla murah mn, diskaun 20-40% jer. but still ok klu nk cr carseat ngan breastpump dan juga aksesori. berbaloi-baloi....

Rasanya sampai sini je kot yg mama ada idea nk share. Janggal rasanya menaip pki iphone ni. lgpun mengantuk sgt rasanya. harap-harap lps ni mama akan ada masa nak update blog selalu. InsyaAllah. -end-

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Keris 11,Klang,Malaysia