2 tahun dulu, sewaktu syawal 2009 menjelma, saya cuma sempat untuk beraya di kampung selama 3 hari sahaja, kerana sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan diri sendiri, yang diadakan 3 minggu selepas itu. Pada 2010 pula, saya berhari raya di Selayang, rumah ibu mentua dengan status isteri Ahmad Ramdhan Ismail, dan bakal ibu kepada Raniah Zawanah. Raniah ketika itu masih lagi dalam kandungan mama berusia 2 bulan 3 minggu. Hanya Allah yang tahu betapa bercampur baurnya perasaan saya pada waktu iti, gembira, sedih dan segalanya bercampur menjadi satu. Masuk hari raya kedua, saya pujuk abah untuk balik kamping, iyelah, berhari raya di kuala lumpur, ramai sedara mara abah yang pulang ke kampubg, membuatkan cuma keluarga kami yang tinggal. Hari raya pertama, kami dah habis pusing semua rumah.
Pada tahun ini, giliran kami berhari raya di kampung mama. Mula-mula opah dah risau takut-takut abah tak nak beraya di Sitiawan, iyelah, mama cuma 2 beradik saja, dan tahun ni memang giliran kami di perak, termasuk sepupu-sepupu mama, jadi kalau kami x balik, kurang meriahla. Apatah lagi tahun ni bertambah ahli keluarga kami, dengan kehadiran Raniah.
Rutin kami sekeluarga, hari raya pertama kami sekeluarga akan pergi bergambar selepas sembahyang raya, untuk kenangan. Selepas itu kami akan pulang ke kampung di Parit, Perak. Apa yang menyeronokkan, disebabkan penambahan ahli keluarga di kalangan kami, Hari raya tahun ini terasa begitu meriah, apatah semua balik dan berkumpul bersama di rumah mak yan.
Klimaks kemeriahan raya petama di rumah mak yan, bila tiba-tiba ada artis artis beraya di rumah mak yan... Hahaha....glamour gitu. huhu, tak ada lah glamer mana pun, sebenarnya Hazama AF9 merupakan anak sedara mama, yang mana ibu Hazama merupakan dua pupu mama. Disebabkan rumah mak yan merupakan tempat berkumpul kami, menjadi satu rutin keluarga mereka akan datang beraya bersama. Sewaktu Hazama belum dikenali, keadaan tidak sekecoh kali ini. Tetapi, selepas Hazama menyertai AF9, yang menjadi tontonan anak-anak, jadinya sangatlah kecoh sebab semua orang nak bergambar bersama. Mama, cuma gelak jelah tengok gelagat masing-masing. Anak-anak sedara mama yang 4 orang tu, jika sebelum ni tak percaya Hazama tu sedara mereka, sangat seronok bila dapat jumpa Hazama, sampai garu kepala Hazama, sebab dia kata dah macam bukan jumpa sedara,tapi jumpa fan. Layankan ajerlah yer...awak dah fofular,redhakan jelah. Nasib baiklah awak tak berubah, masih ramah, kalau dah sombong, ada yamg kena ketuk ramai-ramai. Tapi, itulah Hazama, kata opah yong. Jadi kepada media-media yang suka sangat nak hentam tu, tanya dulu sebelum menghentam. Artis tu manusia biasa, kadang2 media suka propa, sampai artis ilang sabar (lari tajuk).
Berbalik pada hari raya, mama sangat gembira bila tengok anak-anak sedara yang 3 orang kecik-kecik tu rajin layan raniah. Raniah pun sangat suka main dengan kakciknye, sebab kakcik suka melayan. Cuma kak long jer yang suka buat hal sendiri,almaklumlah anak dara.... Seronok mama tengok anak-anak sedara kesayangan main dan layan Raniah, bukan apa, masa Raniah mula-mula lahir, adalah ayat-ayat sendu cemburu yang dikeluarkan oleh budak-budak tu,almaklumlah takut kehilangan sayang maksu diaorang,tapi bila tengok maksu tak berubah,sejuklah balik hati masing-masing.....
Panjang pulak entry raya 1st day,kan? tapi takder gambar pun. uhuhu, kamera baru kami mengalami kemalangan,makanya gambar x banyak snap. nantilah, mama amik gambar dari kak long mimi, nanti mama tepek dalam ni. Dalam meeting ni,sempat lagi mama berblogging pakai hp...sabar jela... sambung nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini