Soalan faveret ibu-ibu tentang anak orang lain...Hati-hati, jangan sampai komen anda melukakan hati ibu itu.....

Selamat ulangbulan ke-7, sayang mama n abah, Raniah Zawanah..... Genap 7 bulan hari ni awak menjadi penceria mama dan abah. Alhamdulillah, mama masih mampu dan bersemangat untuk menyusukan awak lagi, walaupun awak minum dah tak sebanyak dulu. Sekarang ni dah makan, dah pandai menyulur, tapi masih lagi gostan... Ke depan cuma 2,3 inci jer.... Dah suka gelak terkekek-kekek, dan yang paling menggembirakan mama ngan abah, awak dah pandai kuarkan suara, and your first word is "mama"..... Yes!!!! Mama menang...Ahahaha...abah jeles. keesokkannya awak dah pandai sebut  abah. Alhamdulillah.... Dan 2,3 hari ni, jadi terbalik. Bila nak panggil mama, disebut bababa..... bila nak abah, yang keluarnya mamama..... Hehehe... So cute!!!!

Soalan yang selalu mama dan abah dengar, kalau orang bertanya pasal Raniah...."Anak puan dah pandai aper dah?" Itu merupakan soalan favourite ibu-ibu. Mama akui, dulu-dulu sebelum mama ada Raniah, mama pun suka tanya soalan yang sama. Fascinated by the story of other people child, hoping to get my own one day....Tapi sekarang, setelah Raniah menjangkau 7 bulan, mama sangat reluctant untuk menjawab. Bukannya apa, banyak kali mama dengar, sewaktu Raniah berumur 4, 5 bulan, belum pandai meniarap lagi, kata-kata yang sering ditanya pada mama, "Raniah belum pandai meniarap?...Ish....lambatnya...... Anak saya dulu, 3 bulan dah pandai meniarap. 6 bulan dah merangkak... bla..bla..bla..." 
Ok, anak ko hebat. Faham, tapi...can you mind your words? Kata anakku lambat.... Hello, puan. Ada rasa nak kena penampar free ker? (Emosional).... Bila dah ramai sangat supermum (yang perasan supermum) asyik suruh ajar Raniah macam-macam, tak tahan, mama mengadu dengan paed Raniah, Dr. Meghana.... She's a good doctor, friendly and kind.

Ini sebahagian dari kata-kata Dr. Meghana yang mama pegang sampai sekarang....

"She's a premmie. Usually for premmie, her physical development is quite slow than babies who birth on time. Yes, you have to teach and stimulate her development, but from what I see, she's  normal. And she's quite smart. She understand what we said and cheerful. We usually looked and observed premmies' mental and physical development according to her real due date, i.e like Raniah, she's born one month earlier from her due date. So you have to see her development as 4 months old babies, not 5." (masa tu Raniah 5 bulan). 

Alhamdulillah, bila mama dengar penerangan Dr. Meghana ni, barulah mama lega. Dan, barulah mama perasan, sebenarnya memang betul apa yang Dr. Meghana cakap. Perkembangan fizikal Raniah lewat sebulan dari usianya, dan kalau ikutkan kata-kata Dr., itu adalah normal. Tapi, perkara tersebut perlu pemantauan kerana risau sekiranya dibiarkan, akan terjadi masalah lain... (bebelan dari nurse klinik kerajaan).

Ini antara petikan artikel yang mama ambil dari babycentre untuk rujukan semua;
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan
pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu.
Jadi, untuk semua ibu-ibu, tidak salah untuk kita berkongsi kebahagian dan kegembiraan tentang perkembangan anak-anak kita, tapi kadangkala jangan pula kita bandingkan kelebihan anak-anak kita dengan anak orang lain. Setiap bayi itu unik, dan perkembangan mereka juga tidak sama. Kadang-kadang, kita sangat teruja untuk bercerita, sampai kita tidak sedar kita melukakan hati ibu-ibu yang lain. Saya akui, kadangkala saya terluka dengan komen-komen negatif tentang Raniah, dan acapkali juga saya melenting atau menjawab tentang apa yang orang lain kata, lembab perkembangan itu. Tapi saya tahu, Raniah Zawanah adalah anak yang bijak dan mempersonakan, sepadan dengan nama yang telah diberikan padanya. Tingkah yang ditunjukkan cukup untuk menunjukkan kecerdikkan dia, dan mama dan abah sangat bahagia dengan kehadiranmu. Semoga anakku ini sentiasa sihat, dan membesar menjadi insan yang berguna. Amin.

Mana mama ni? Isap jari dulula....

Siapa kata Premmie baby tak sihat dan susah untuk dirawat?

Lagi 2 minggu kita akan berhari raya..... Raniah pula minggu depan akan menginjak 7 bulan. Sekejap betul masa berlalu. Macam tak percaya sungguh cenomey mama dah nak masuk 7 bulan. Makin cerdik, makin panjang akal, very curious dengan surrounding, dan yang paling buat mama ngan abah geram kadang-kadang tu, tak reti duduk diam. Kalau dipegang waktu duduk, sibuklah nak berdiri, kalau didirikan, sibuklah tunduk nak main kaki sendiri. Bila dah dibaringkan, menangis nak duduk balik.....Huhuhu......

Ramai kawan-kawan tanya, Raniah sihatkah? Ini kerana, seperti entry-entry mama sebelum ni, Raniah dilahirkan pada minggu ke 36. Jadinya Raniah termasuk kategori premature aka premie babies. Tambahan pula Raniah juga breech @ songsang (kepala di atas) semasa di dalam perut. Dilahirkan seberat 2.05kg, sudah tentu awal-awal bulan kelahiran Raniah, mama sangat risau, takut sekiranya Raniah mempunyai masalah kesihatan... Alhamdulillah, sehingga sekarang, tiada simptom-simptom sakit kronik terdapat pada Raniah.

36 minggu masih lagi dikategorikan premmie? Bukan dah 9 bulan ker? Itu soalan yang selalu dilontarkan oleh kawan-kawan... Ok, mari pula kita tengok wikipedia punya penerangan.....
In humans preterm birth (Latin: partus praetemporaneus or partus praematurus) refers to the birth of a baby of less than 37 weeks gestational age. The cause for preterm birth is in many situations elusive and unknown; many factors appear to be associated with the development of preterm birth, making the reduction of preterm birth a challenging proposition.
Premature birth, commonly used as a synonym for preterm birth, refers to the birth of a baby before the developing organs are mature enough to allow normal postnatal survival. Premature infants are at greater risk for short and long term complications, including disabilities and impediments in growth and mental development. Significant progress has been made in the care of premature infants, but not in reducing the prevalence of preterm birth.[1] Preterm birth is the major cause of neonatal mortality in developed countries
Jadinya, fahamkah rakan-rakan kini kenapa Raniah dikategorikan sebagai Premmie, sedangkan dia telah menjejak ke bulan yang ke-9 sebelum dilahirkan?

Ramai yang tanya mama, susahkah menjaga anak pramatang? Adoii...apa punya soalan la yang ditanya. Tapi, mama faham, sesetengah tu bertanya sebagai keinginan untuk mengetahui, untuk dijadikan panduan. Sebenarnya, Raniah merupakan anak yang sangat senang untuk dijaga. Panduan yang diberikan oleh bonda Farah Sarakids sangat berguna. Tengok cue baby lapar... jangan biasakan dia menangis baru nak susukan. Jadinya, semasa Raniah di awal kelahiran, memang  mama akan monitor dia sebelum dia menangis. Sangat jaranglah kami dengar dia menangis kerana lapar. Tapi jangan buat excessive sangat macam mama yer... Hasilnyer, Raniah jadi sangat dobam, dobot semua la. Dan asal mama balik kerja saja, ditolaknya abah, sambil menjerit suruh mama ambil..... Ahahaha....

Yang paling mama concern, anak pramatang ni biasanya kecil sahaja. Tengoklah gambar Raniah masa lahir, sangat kecil. Nasib baik juga beratnya mencecah 2kg, kalau kurang, tak tahulah mama berapa lama kena tahan di hospital..... Tapi berkat doa dan panduan dari kawan-kawan, mama cuba juga untuk membesarkan dan membulatkan Raniah. 7 hari pertama kelahiran Raniah, hari-hari abah buat skin to skin prosedur. Hari-hari seterusnya, mami ila sarankan mama untuk sentiasa massage  Raniah selepas mandi, dan setiap kali tukar baju. Alhamdulillah, masuk bulan kedua, Raniah dah mula bertubuh. Tidak terlalu kurus dan sekecil sewaktu awal kelahiran. 

Kecik kan masa mula-mula lahir?
Tidak lupa juga, anak-anak pramatang ini akan menjadi lebih sihat sekiranya diberikan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama (exclusive breastfeeding). Sewaktu Raniah dan mama dahulu, memang benar doktor ada bekalkan susu tambahan khas untuk bayi pramatang untuk Raniah, tetapi sepulangnya kami dari hospital, tak pernah sekalipun mama bancuhkan untuk Raniah. Mama memang bertawakal untuk menyusukan Raniah sepenuhnya, sekurang-kurangnya biarlah sehingga melepasi tahap bahaya (6 bulan) dan berlanjutan hingga Raniah sendiri tidak mahu. Memang baik ibu mama, atau ibu mentua suruh mama dan abah mencampurkan susu ibu dan susu formula, tapi kami berdua hanya mengganggukkan kepala dan memekakkan telinga, agar mereka tidak kecil hati. Kami menanamkan sikap percaya bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk Raniah, dan sedikit mana pun susu mama, ianya sentiasa cukup untuk Raniah. Tak perlu susu atau suplemen tambahan, madu (bahaya untuk anak-anak berusia bawah 2 tahun) serta air masak. Hanya susu ibu semata-mata. Percayalah, susu ibu sebaik-baik antibodi dan makanan untuk bayi.

Harapnya penerangan mama kali ini serba sedikit dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan kawan-kawan tentang Raniah. Mama tahu, Raniah dilahirkan pada minggu ke 36, mungkin tidak sekritikal rakan-rakan Raniah yang dilahirkan pada minggu ke 35 ke bawah. Tapi, sedikit sebanyak, mama harap apa yang mama lakukan, untuk memastikan Raniah sihat dan menolak anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan sentiasa sakit, (Nauzubillah), sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu yang di luar sana. Kalau ada ibu-ibu yang melahirkan anak kurang dari 35 minggu, ada tips-tips yang berguna untuk memastikan anak-anak sihat, marilah sama-sama kita berkongsi yer? InsyaAllah.....

Pengemis dan kanak-kanak di pasar malam...... Bantulah anak-anak itu

Mama rasa sangat dehydrated hari ni. Sakit pinggang dan mata. Terus mama melilau aka blogwalking. Sambil tu kepala otak ni terpikir kat manala ada bazar ramadhan yang otw balik dari ofis. Kemalasan nak memasak sangatlah tinggi, apabila memikirkan si puteri tu confirm2 nak ngempeng malam karang, sampai mama tak boleh buat apa.

Bercerita pasal bazar ramadhan, terus mama teringatkan kisah di pasar malam sek 7. 2 minggu lepas mama  pegi pasar malam di seksyen 7, shah alam untuk beli makanan untuk dinner. Pusing2 pasar tu 2,3 kali, sambil tengok kot2 ada yang berkenan di hati, mata mama tertumpu kepada seorang makcik yang sedang memohon belas ikhsan orang lain untuk menderma (peminta sedekah). Yang membuat hati mama bertambah runtun, di atas riba makcik tu ada anak nya yg pada pandangan mama dalam linkungan umur Raniah, baru lepas minum susu. Ya Allah, sedihnya mama tengok. Dengan keadaan pasar yang agak tidak bersih, makcik tu duduk atas kepingan kadbod, memohon simpati sambil anak dia duduk main2 atas riba. Comel betul budak tu. Kesian, sebab mak dia jadikan dia sebagai umpan untuk tarik perhatian orang ramai untuk menderma, sedangkan pada mata kasar mama ni, makcik tu sihat dan tiada kecacatan. Tak tahu la kalau kecacatan yang terlindung. Mama rasa macam nak menitik air mata tengok budak tu, dengan mulut comot sebab muak nye (tak tahu ler itu susu biler, sebab botol tu selamba makcik tu letak atas jalan.

Sebenarnya, mama dah biasa jumpa makcik ni. Dulu dia bawak budak yang umur lingkungan 1 atau 2 tahun, tertidur pulas di atas riba. Itu di pasar malam Seksyen 17. Ini di Seksyen 7 pula, menjadikan mama tertanya-tanya, betulkah semua kanak-kanak itu anak dia. 2,3 kali mama toleh makcik tu, dan bila makcik tu tengok mama 2,3 kali pusing dan perhatikan dia, cepat-cepat dia bangun dan jalan ke tempat lain.

Masa tu kan, bila mama tengok dia bawak baby, memang mama terpaksa tahan diri dari ambil @ rampas baby tu dari dia. Mama rasa macam nak tegur makcik tu untuk bawak anak dia balik. Nak mengemis, mengemis sorang2. Jgn libatkan anak. Tapi memikirkan risiko takut makcik tersebut bertindak di luar dugaan, mungkin lepaskan geram pada budak-budak tu, kalau mama tegur, terus mama tak jadi. Yang mama pelik, tidakkah peniaga-peniaga sekeliling tu bother untuk tegur makcik tu?

Bila berhadapan dengan situasi sebegini, mama terfikir, saluran atau ke manakah yang perlu mama hubungi untuk banteras sindiket ini? Mama betul-betul tak sampai hati bila tengok anak-anak kecil dijadikan umpan untuk mengemis. Jabatan Kebajikan Masyarakt mungkin boleh membantu, tapi bahagian mana yang perlu mama hubungi... Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat, sebab mama betul-betul tak sanggup tengok anak-anak sebaya Raniah hidup merempat dan dipergunakan sesuka hati..... Ada tak yang boleh tolong?? Sebab mama betul-betul mahu membantu kanak-kanak malang itu.

Mode : Sayu dan emo, because I am a mother.........Uhuhuhuhu....

My latest pumping gadget....Medela Freestyle....

Assalammualaikum, huhuhu...Sedar tak sedar dah masuk 1 Ramadhan. Hari ni hari pertama puasa. Lama jugak mama tak update apa-apa. Susah betul mama nak berblogging sekarang ni. Raniah dah mencecah 6 bulan, dan Alhamdulillah, mama berjaya untuk fully BF dia secara exclusive. So, sekarang Raniah dah start her solid food, (which will be updated in other entry).

Ok, this entry is dedicated to mrs elis meow yang bakal jadi ibu this coming november. She asked me to blog about my latest gadget, Medela freestyle.... Muahaha.....

Ok, ceritanya cenggini.... Bebaru ni mama dan abah ada sedikit rezeki lebih, jadinya mama decide nak beli pump baru. Spectra 3 yang mama pakai betul2 tak serasi dengan mama, jadi mama fikir, mahu tak mahu mama kena beli pam baru jugak. Lagipun mama dah start visit, jadinya spectra tu tak praktikal untuk dibawa kemana-mana. Berat sangat, dan consume ruang.....

Pada mulanya mama berniat nak beli Modu. Sebabnya, harganya yang murah, dan dia double pumping. Tambahan pula modu tu buatan dan idea dari anak tempatan, yang merupakan kawan baik mama sendiri, itu yang buatkan mama lebih teruja nak beli modu. Tapi, setelah difikirkan, mama ni selalu travel. Besar kemungkinan akan terkena juga sekali dua tempat yang tiada plug, modu pula bukan battery operated (harga dah murah, takkan nak demand lebih2, kan? Tapi rasanya akan ada 2nd series yang battery operrated.) makanya, dengan muka seposen, mama pujuk abah nak beli Medela Freestyle.

Lama jugak mama survey harga dan komen tentang medela freestyle ni. Tengok kat semua website tentang pump ni. Yelah, bukan aper, harga dahla mahal, buatnye tak sesuai jugak dengan mama, kan haru jadinya.Bukan ratus-ratus dah, dah cecah ribu. Haruslah kena jadi sangat cerewet, kan?

Kebetulan, mami ila mykhalish memang pakai medela freestyle, dan kami pula ada gathering waktu tu, jadinya, mama dengan muka tak malunye test pump kat mami, tapi pki shield harmony ngan botol mama sendirile. Alhamdulillah, mama sangat berpuas hati dengan suction medela freestyle.

Minggu depannye, mama pun kol no yang mami kasi kat mama, Puan Erin untuk beli Medela freestyle ni. Rupa-rupanya Puan Erin ni owner satu website ni (klik disini), punyalah beria mama ngan ibu elis meow tengok, tak sangka la pulak Erin ni owner..... Suka...suka....

Panjang pulak kronologi pembelian, kan? Ok, ini komen mama pasala freestyle ni. 
Mama sangat suka pakai Medela FS ni, sebabnya: Suction dia tak menyakitkan. Ada two phase suction, which 1st phase utk stimulate, lebih kurang 2 minit, lepas tu suct betul2.Alhamdulillah, dalam hampir 2 bulan mama guna medela fs ni, paling kurang sekali pump, mama akan dapat 3 oz. Dibandingkan dengan spectra, 3oz tu adalah yang paling tinggi mama dapat.

Tentang bunyi pulak, Medela FS ni sangat kuat bunyi dia. Ada yang kata cam lembu sakit, pada mama, bunyi dia cam bom nak meletup. Kadang-kadang takut dengar bunyi dia. Bising betul. Geng mengepum mama selalu gelak bila dengar bunyi dia. Jadinya, plan mula-mula nak pum dekat meja terus dibatalkan disebabkan bunyi dia. Kalau buat kat meja jugak, mahu satu opis tahu.... Jadinya ke surau jugakla......

Tentang mobility dia, ini salah satu advantage yang paling mama suka. Sangat convenient, sebab kecil. Beg dia pulak mama dah jadikan handbag mama. sebab FS tu cenonet, ice bag dia pun kecik, kalau x bawak botol yang banyak, memang muat la semua benda tu..... Dan kalau battery tu penuh, memang x payah nak bawak charger, sebab biasanya, kalau satu sesi pum 10 minit, bateri akan tahan seminggu.....

Rasanya dah panjang lebar mama berceloteh pasal Medela FS ni. Harapnya apa yang mama coretkan, sedikit sebanyak membantu pada sesiapa yang nak beli. Kita tengoklah sikit-sikit rupa bentuk medela FS ni yek?

Masih dalam kotak......


The main pump
Ice Bag Medela (Come with the box)

My new gadget...tada.....

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SENTIASA MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU... I LOVE & SUPPORT BREASTFEEDING.....