Pengalaman menjaga anak dara sensorang


Kadang kala kita yang ibu bapa ni risau terlebih. kita bayangkan yang bukan-bukan dan risau berlebihan bila ada kaitan dengan anak kita. Dijadikan cerita  Mama kena outstation dan sebelum nak pergi tu memang risau la nak tinggalkan raniah dengan abah berdua.

Benda pertama kena risau adalah raniah menyusu badan dan 'melekat' dengan maknya dari tidur sampai la celik. macam mana plak abahnye nak ganti nyusu badan kan? satu lagi adalah dia tak minum lansung susu formula atau susu kotak dutchlady tu or susu soya. dia tak minum dalam botol susu. nak letak air kosong pun dia takkan minum dalam botol. Rasa cam mustahil kan?

Tetapi masalah ini selesai dengan automaticnye apabila dia bukanlah perlukan susu untuk tidur tetapi dia perlukan insentif untuk tidur. Maksudnya bila dia dah penat dia akan tidur sendiri di atas bahu abahnya.
ada checklist yang aku set sendiri dalam kepala otak aku ni untuk pastikan dia tidur.
dah makan n minum?
dah penat?
selesa pakaian tidurnya?
dah tukar pampers?
mata dah layu? (step last)

Kalo dah lengkap semua tu bolehlah kita mula tidorkan dia. cara tidorkan dia biasanya letak atas bahu, lentokkan kepala dia ke bahu dan bagi dia tengok channel disneyjunir or babytv dengan vol hampir mute. Sambil tu dodoila dia dengan rocking badan depan belakang. Tapi nak letak dia atas katil kalo tak kena caranya dia akan bangun balik. so fuhhhhh tensen gak tringat brape kali x jadi nak letak bawah, kenalah dodoi balik. last2 aku baring trus sambil dia still atas badan, nasib baik dia baru 9kg lebey je. Kalo lucky dia boleh tertidur sesorang atas katil. atau kita boleh terbalikkan dia dan tepuk bontot sampai dia tido(ini jarang2 jalan)- dah tulis semua ni jeles plak dengan sape yang ajar anak tidur sendiri. jangan jadi cam kami! ajar anak tidur sendiri, dari baby lagi tau.

merajuk nak kuar @11.30 mlm pada malam pertama dgn abah


Hari pertama memang susah, sebab tak paham dengan peel dia. pe'el dia adalah bila dia ajak keluar maksudnya dia nak tidor or nak makan. mungkin sebab dia dah biasa bila kita keluar dari pintu rumah dia akan dapat makanan dan boleh tidor dalam kereta. Satu tabiat yang susah nak buang. So kami pun bergumpal sampai pukul 3 pagi sebab dia asyik mintak keluar je, mata pun besor je lagi. Hari kedua alhamdulillah dia tidur pukul 12, trick paling senang adalah bawak dia ke McD seksyen 3 yang ada tempat main, bagi dia main lebey kurang sejam baru balik. balik umah sangatlah senang, sbb dia begging untuk kita tidokan sampai takder susu tu pun x menjadi isu.
main kat McD

Aku sangat suka lepak berdua dengan Raniah, tidak menjadi masalah besar untuk uruskan dia, sangat suka berpeluk dengan dia bila tidur. i'll cherish these moment forever. patutla mama suka berkepit dengan dia. huh.