Haii......lama kan kami tak update apa-apa? Maaflah, walaupun sekarang ni mama tengah cuti tanpa gaji, tapi mood nak update belog ini sangat tiada. Sebabnya? 1. Mama tengah pening mengadap thesis; 2.Ada perancangan besar yang mama kena uruskan untuk merubah hala tuju keluarga, InsyaAllah!; 3. sibuk nak prepare holiday ke Hong Kong. hahaha....
Alhamdulillah, setelah hampir setahun merancang(beli tiket 21 September 2011, peginye 11 September 2012-> tak ker setahun tu?), Allah perkenankan doa kami, supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang memuaskan untuk mencapai impian kami sekeluarga, dan juga keluarga Mykhalish untuk bercuti bersama-sama di Hong Kong..... Walaupun berbeza waktu flight, sepanjang 4 hari di sana, kami benar-benar menikmati percutian kami dengan gembira.... (Ayat skema sungguh).
Persiapan nak ke Hong Kong
Mama dengan abah decide tak nak bawak stroller Raniah yang sangat berat itu memandangkan feedback yang dibaca di blog-blog...Beg pun kami bawa bagpack 80liter jenama Vertikal yang kami beli di PERTAMA Complex 2 minggu sebelum raya. Time tu orang sibuk cari baju raya, kitaorang sibuk beli beg nak ke Hong Kong. Huhuhu..... Beg tu Raniah pun muat. Dan juga pouch serta handbag mama.
Untuk ke Hong Kong ni, mama siapkan beberapa makanan instant untuk alas perut di sana, seperti maggie cup, bubur instant, milo 3 in 1, granola bar. Bukan apa, faham-faham sajalah, makanan halal agak susah nak cari di sana. Map pun mama beli sebelum pegi, tapi sayangnya, map tersebut hilang masa hari last kami kat sana. Terjatuh di dalam big bus, mungkin..... ;(
Day 1, Selasa; 11 September 2012
Family MyKhalish bertolak awal pagi dari villa mereka sebab flight pukul 11.00 pagi. Bagi family Armszue, kami bertolak jam 10 pagi dari rumah, dihantar oleh anak sedaraku yang hensem lagi baik hati iaitu Mohamad Mokhsin (tu dia nama penuh), ke LCCT. Disebabkan flight pukul 1.55ptg, jadinya kami perlu ada di airport 2 jam sebelum. Ingatkan 2 jam sebelum tu dah awal, rupa-rupanya ngam-ngam, dengan pemeriksaan segala bagai. Kami sampai di gate ngam-ngam untuk beratur masuk flight....
Aksi budak kecik tak mo duk diam |
Kami tiba di Hong Kong jam 5.35 petang. Cuaca agak mendung waktu tu. Disebabkan mama buat roaming, jadi mama mesej semua orang memaklumkan dah sampai. Bukak WhatssApp, sebab sebelum berlepas tadi, dapat WhatssApp dari mami, maklumkan MyKhalish dah sampai, dan derang guide nak beli simkad HK kat mana. Lepas bagage collection, dan juga pemeriksaan imigresen semua, mama bergegas ke kedai telefon yang bernama 1010 di tingkat 7, tempat departure untuk beli simcard. Harganya adalah 88HKD, (78hkd untuk internet, 10hkd untuk call) bersamaan RM33.00. Murah kan?
Lepas tu disebabkan perut mama dan abah dah berkeroncong, ditambah dengan Raniah Zawanah yang tak makan apa dari pagi (boleh pulak dia tak nak bubur yang mama beli dekat marrybrown), jadi mama ajak abah ke Popeye di level yang sama. Ok, Popeye sini makanan dia agak sedap nak dibanding Popeye kat Malaysia lapar kot!!! tapi harganya.....70hkd per meal bersamaan RM29.00... Erkkk!!!!
Oh ya, sebelum tu, masa keluar dari arrival hall, akan jumpa kaunter
MTR, tempat di mana Octopus Card boleh dibeli. Untuk Tourist yang visit
Hong Kong selama 3 atau 4 hari, operator tu akan advise untuk amik Airport Express Tourist Octopus, yang mana kelebihannya adalah:
- Airport Express Two Free Single Journeys # + 3 days unlimited travel on MTR + $50 deposit + Stored value $20 = Price HK$300
- # Valid for 180 days after purchase
Usage:
- Usable in MTR, Light Rail, Trams, Peak Trams, Star Ferry, Buses, some minibuses, convenience stores such as 7-11, Circle K, supermarkets, fast food outlets, or public telephone booths
- Just wave you Octopus Card over the Octopus Reader (even if it's in your wallet or handbag), payments will be deducted instantly (Provided that you have enough funds in the Card). The reader will also tell you the new balance of the Octopus Card.(Sila translate sendiri.
Secara jujur, agak untung kalau guna Octopus Card versi yang ni kalau utilise MTR sebanyak mungkin. :D
Ala cenonet mama ni.....besar betul bag tu dari awak... |
Our Octopus Card.... |
Still tak reti duduk diam... |
Tak duduk diam jugakkk....Dalam airport express.... |
Preparation ke HK
Pre-HK Trip
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini