Bila Armseeker's mula tengok......


Hehehe.....Sabtu malam ahad lepas, Mrs. Armseeker merengek pada Mr. Armseeker tentang seluar yg dah tak muat... Yela, perut dah semakin hari semakin membesar, walaupun masih dikira kecik lagi sebenarnya....Tapi seluar memang hampir kesemuanya x leh pakai zip kalau duduk. Hehehe.....

Lepas berbuka, kami pun bergegas ke Jusco Bukit Tinggi... huhu....Seobang, mentang2la org dah boleh jalan ngan bangun dari katil, ek? Lepas have our second iftar, heading directly to the store. Takder nak gi kedai yg berlambak kat luar sebab masa dah suntuk. 

Disebabkan Mrs. Armseeker pemegang JCard, maka Mrs. Armseeker decided nak redeem rebate.... Tempat untuk redemption tu berdekatan dengan maternity clothing ngan barangan baby. Armseeker's pun decided untuk pusing2 kat kawasan baby dulu.... Tgk stroller, cradle dan sebagainya... Lepas tu Mrs. Armseeker pun pegila redemtion counter, tinggalkan Mr. Armseeker. Ingatkan tak lama lepas tu, dia akan datang dekat Mrs. Armseeker ataupun pg kawasan faveret dia, barangan elektrik....Alih-alih, batang hidung pun tak nampak.

Selesai proses redemption, Mrs. Armseeker pun pegi balik ke tempat tadi, rupa-rupanya Mr. Armseeker tengah ralit tengok stroller ngan car seat. Huhuhu...Sungguh ajaib but Mrs. Armseeker sangat happy. Rasa bahagia sangat. Emo sungguh diriku ini. Tak tahu kenapa.... Tak tegur aper, tapi senyum je la, sambil pilih seluar maternity. Ader stroller dari Sweet Cherry yang berkenan di hati, ingat nak rembat, tapi sabar dulu ler. Awal sangat lagi.


Ini stroller dari Anakku..... Cantik kan? Mrs. Armseeker sangat berkenan dengan design dia, tapi kaler tu taklah. Takut nanti beli kaler ni, yang kuar boy... Kesian pulak budak tu. Prefer warna yang natural..... So, kalu boy ker, girl ker, 2-2 boleh pakai.






































Ini pulak dari Sweet Cherry, jenama yang banyak dijual di Jusco. Harga agak berpatutan. Anyway, thanks to Mr. Google for all this picca. Armseeker's tengah pening paler nak pilih sebenarnya. Rambang mata. Mrs. Armseeker sangat suka design yang warna biru kat atas ni, three-wheel stroller, macam cool jer... Tapi, sesuai ker utk newborn hingga 4 years old? Any opinion?
Ini warna kesukaan Mr. Armseeker. Tapi patern three wheel. Dia cakap macam kacak jer... Ape-aper jela seobang, asalkan baby selesa... Dan within bajet kiter, kan? Huhuhu... Yo yo oyo je Mrs. Armseeker ni. Actually berminat dengan jenama Graco, ader yang one-click...Stroller+Cradle+Car Seat.... Tapi harga.... nangis nak membelinya......

Ini pulak sedikit Cradle yang lebih kurang dekat Jusco yang menarik perhatian Armseeker's..... 

Sweet kan?

Untuk car seat pulak, ini dua tiga patern yang menarik perhatian. Disebabkan bajet kami yang agak tight, Mrs. Armseeker prefer carseat yang combination...... Just need opinion supaya bila dah nak dekat nanti, tak terkial-kial untuk membeli.

Barang-barang lain yang akan dipau dari opah Sitiawan pulak adalah;
Ini bila baby dah over 6 months........Tapi nak avoid dari guna roda.
Sweet je kalau ader baby tido dalam ni....
Any opinion my friends???? Bantulah sahabatmu yang terover excited ni.... hehehe.......

My life as mom to be...part 2....

Alhamdulillah, kandungan mencecah hampir 16 minggu (meaning 4 bulan). Pergerakan baby dah mula terasa, walaupun sangat sedikit. Last week Mrs. Armseeker suddenly bleeding. Panik kau. Terus pergi klinik yang terdekat, Klinik Bersalin An-Nur. Dr. Rosmani check, baby tengah bangun and stretching, tetapi sickness Mrs. Armseeker hilang terus. Perut rasa sangat cramp. Mr. Armseeker dah nak gugur jantung dia, takut kejadian lama berulang kembali. Maka duduklah Mrs. Armseeker dalam wad untuk pemerhatian dan pemantauan, takut bleeding. Dapat MC seminggu, yang mana Mrs. Armseeker habiskan dengan terbaring kat katil disebabkan tak boleh duduk lama, sebab pinggang rasa macam nak patah.Cuma hari Jumaat baru Mrs. Armseeker dah ada tenaga dan boleh start duduk dan surfing internet. Seminggu tak ke ofis, 2 minggu tak ke kelas....

19/8/2010 check up kat government klinik. Nurse dia alhamdulillah, sangat baik. Tapi Doktor, MasyaAllah, sangat kasar dan takder empati apatah lagi simpati langsung. Kata-kata yang keluar dari mulut dia sangat menyakitkan hati. Mrs. Armseeker ingat sampai sekarang, "kalau awak gugur pun, saya boleh buat apa?" At least tak boleh ker kau buat surat reference ke hospital besar untuk Mrs. Armseeker further check up sebab baby x gerak?? Aduhai, doktor-doktor begini benar-benar menghabiskan wang kerajaan yang diambil dari hasil pembayar cukai untuk menampung perbelanjaan mereka dalam bidang perubatan. Tidakkah mereka tahu semua itu, bahawa wang tajaan mereka itu diambil dari duit rakyat? Mempertikaikan beban kerja, gaji yang kononnya sedikit dan kontrak mereka dengan kerajaan, sedangkan semasa mereka belajar, wang tajaan itu bukan sedikit telah dilaburkan kepada mereka. Benar kata orang, doktor2 kerajaan ini bagaikan kacang lupakan kulit, berkhidmat semata-mata kontrak dan terpaksa, sedangkan mereka tidak sedar berapa banyak jasa kerajaan dan wang rakyat yang kerajaan laburkan untuk memberi pendidikan kepada mereka.

Akhirnya kakak Mrs. Armseeker paksa pergi check up di Pusat Perubatan Naluri. Dr. Kay, dr. yang sering merawat Mrs. Armseeker sangat risaukan keadaan Mrs. Armseeker. Alhamdulillah, semua selamat, baby pun ok, tapi pesannya, kalau sakit atau bleeding lagi, tolonglah datang ke Naluri secepat mungkin. Huhuhu...Jauh. Tapi nasib baik ok....

Sekarang, baru Mrs. Armseeker sedar, walaupun kesihatan Mrs. Armseeker sangat lemah, tapi menjadi ibu itu sangat indah. Mengetahui ada insan lain yang bergantung kepada Mrs. Armseeker, kehadirannya sangat indah dan moga menjadi penyeri dalam hidup kami berdua. InsyaAllah.....

Selamat datang Ramdhan.....

Ramadhan tiba lagi.... Untuk pertama kalinya Armseeker's berpuasa berdua, sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah. InsyaAllah raya ni, Armseeker's akan beraya dahulu di Selayang, then baru balik Sitiawan. Ikut giliran Kak Long Mrs. Armseeker. Macamanalah agaknya? Jangan ku bercucuran airmata, sudah.

Hari ni percubaan pertama Mrs. Armseeker untuk berpuasa, dalam keadaan morning sickness yang teruk. Mrs. Armseeker cuba untuk tidak muntah, walaupun ada rasa loya.... Perut pun x berapa sedap, sabar yer baby..... Bagi mama cuba untuk jalani ibadah ini sebaik mungkin, yer? Pagi-pagi, jam 4.00 pagi, mrs. armseeker kejutkan mr. armseeker. Nasib baik dia senang bangun... Huhu...Buat French toast, dalam 5 keping. Tapi last2 yang luak, 3 keping jer. Mrs. Armseeker minum susu coklat, hopefully dapat bertahan hingga ke petang.

Di opis ni, Mrs. Armseeker sangat pening, inipun gagahkan jugak untuk bekerja. Naik segan juga Mrs. Armseeker asyik MC dua tiga menjak ni. Tapi, apa nak buat, tak boleh dielakkan. Mrs. Armseeker mengalami morning sickness dan kekurangan zat nutrien yang sangat teruk sejak kandungan mencecah ke minggu ke-10. Moga selepas first trimester, bada mrs. Armeseeker dah kuat, dan morning sickness pun dah berkurangan.....Sekurang-kurangnya, morning sickness ni menandakan baby selamat.

Kepada semua rakan-rakan, selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan berlumba-lumba dalam mengambil keberkatan dan keRedhaan-Nya. Semoga amalan kita ini diterima oleh Yang Esa.....-end-

Kempunan.....

Huhu..... Mrs Armseeker sangat sedih semalam..... Keinginan nak makan telah  terbantut.... Sedihnya.... Rasa nak mengamuk pun ada......

Ceritanya macam ni. Semalam Armseeker's ke Seksyen 2, untuk dinner. Biasala, sebelum ke kelas, kami akan singgah di Seksyen 2 untuk makan malam dulu.... Semalam, Mrs. Armseeker sangat teringin nak makan lakasa dengan ABC. Jadi, disebabkan dah familiar dengan foodcourt Seksyen 2 tu, Mrs Armseeker pun terus la menuju ke satu kedai yang memang ada jual laksa.

Owhh....Sedapnya.... Rindu nak makan laksa Cik Bakar yang sedap kat Sitiawan.....
Thanx Mr Google 4 the picca...

"Laksa x der dik, hari ni buat char kuey tiao jer", serta merta darah rasa menyirap ke muka.... Rasa nak baling je tuan kedai tu dengan handbag.... Kalau dah takder, yang ko gi tulis kat kedai ko tu, buat aper.???? Huhuhu.... Cerdik sungguuh.... Okla, cool down balik sebab Mr. Armseeker pujuk. Makanlah Char Koey tiau. Sebelum tu ade order Abc. Dah terbayang-bayang betapa sedapnya ABC itu, walaupun agak sejuk....

Ini ABC standard kat Seksyen 2..........
Thanx again Mr. Google........

Tapi......sampai sudah, ABC Mrs. Armseeker tak sampai-sampai..... "Sekejap yer, kak," sampai pukul 6 petang ko punya sekejap tak abih.... WUAAAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kempunan lagi........ Mrs. Armseeker kena berkejar ke kelas sebab ada presentation... Tak baik betul korang ni.....  Rasa nak mengamuk ada, nak bakar kedai tu pun ada....(ayat propa je ni...Tak bermaksud tau!!!)  Mr. Armseeker cakap muka Mrs. Armseeker dah macam singa. Wuwuwuwu....Dahla Mrs. Armseeker sekarang dah masuk golongan Mak Yong, tau!!!! Kalau baby dah lahir nanti, air liur meleleh, Mrs. Armseeker salahkan korang..... Wuwuwuwu......

Tiba2 time kelas, cafe fakulti tutup. Perut Mrs. Armseeker lapar balik.... Boleh tak??? Wuwuwu.... Last sekali, abih jer kelas, parking keta ikut suka hati kat bus stop DC, pegi beli waffle..... Tapi, sampai rumah, dah suam ngan waffle tu pun tak garing..... Huhuhu.... Apala nasib....Kempunan ajer semalam... Sian baby.....


Takperla baby....Tak dapat makan laksa ngan ABC, makan waffle pun jadila yer...... Huhuhu.... Nanti petang ni mama carila ABC tu kalau rasa teringin lagi.........Okay??