Penyanyi dan lagu apakah yang anda minati???

Hahaha...... Ini merupakan entry di kala kebosanan..... 


2,3 menjak ni mrs. armseeker sangat suka akan channel Astro 303, KBSW. My favourite program adalah Music Bank. Semua ni Mr. Armseeker yang ajar...... Mr. Armseeker ni seorang yang sangat gemar mendengar muzik..... Tak kira la melayu ker, inggeris ker, korea, jepun, yang mana dia rasa best dan sedap telinga mendengar, dia akan layan. Mrs. Armseeker pulak, mula tergila-gilakan muzik korea lepas tengok music bank, dan Boys Over Flowers (adaptation from Hana Yori Dango) versi korea.... Dan mula terminatkan kumpulan boy band ni.... SS 501.(Dan juga tergilakan lead dia, Hyung Joon)......




Lagu terbaru mereka dari album Rebirth.........Love like this....Walaupun Mrs. Armseeker tak paham maksud lirik dia, tapi sangat suka dengan dia punya muzik....Dan juga video klip. Boleh senyum sorang-sorang dibuatnya.....Mr. Armseeker selalu usik kalau dah tengok Mrs. Armseeker senyum sorang-sorang depan komputer melayan video klip diaorang...... Yang dia tersengih cam kerang busuk kalau layan video klip T-ara dan SNSD tu, tak per plak..... Eishhh.....


 

Ini album terbaru ss501/Rebirth....(Thank you to EN.Tengah kumpul duit (poyo je) nak beli cd ori diaorang....Dengarnya diaorg ni tgh nak buat tour ke ASIA.... Hopefully sampaila ke Malaysia, yer... Mrs. Armseeker akan jadi orang first pg beli tiket konsert derang ni... (Ye la tu....)

Jadi, kawan-kawan, bagaimana dengan anda....Muzik apakah yang anda minati, dan siapakah orangnya??? Marilah kongsi di sini...Manalah tahu mungkin ada yang share interest sama macam saya....... Jom kongsi!!!