Seharian di Legoland Nusajaya Johor Malaysia

Mama outstation ke JB seminggu so kenala kami 2 beranak tinggal kat Klang. Cuti rehat dah habis terpaksalah kerja, Raniah pun kena gi sekolah, Zaim masih menyusu so dia ikut mama Kak Yang Anis ngan mak sitiawan jadi bibik jaga Zaim bila mama pergi audit kolej. duduk terperuk dalam hotel sampai masak pun dalam hotel ssshhhh jgn bgtau orang. bwk rice cooker jelapun bukannya stove.

Tetibe rasa nak update plak kan sementara free dan masih fresh dalam kepala ni. entry Korea pun dah tak boleh buat apa dah sebab dah lupa banyak. Itulah menariknya manusia, is it worth it travel jauh2 abis duit riban2 last last yang ko ingat adalah brapa byk duit ko dah abiskan. Itula pentingnya amik gambar banyak masa travel. Yang penting ko buat apa yang ko nak, set the target and achieve it. tak kisahla duit tu.

Bilela nak g korea lagi ni.

cet nak buat entry legoland meraban plak...

lets go!


naik turbo prop malindo air hari jumaat ptg mintak ocen hantar. tiket 60+ seorang. TQ cen oii ditemani Elani yg kebetulan nak pegi book catering utk nikah nanti.

nampak topi pink dekat kedai 29 buck okla nak eppykan cenonet ni, sambil pikir besok mesti panas kan elok gak kalo dia pakai topi. ghupenye besok...... fuhhhh x pakai pun... haha adoiyai. (bile masa ntah dia packing medal smart reader die dlm beg) beg tu dia pack sendri.

comeinye anak saya hoho.


hari kejadian sabtu morning 9+ pagi. Parking kat designated parking ingtkan ada bas or buggy dtg amik. XDE maknenye jalanlah ko 1km ke gate, nasib baik budak2 dah pandai jalan sendri. Cuba bawak sedikit mungkin barang sebab nnti leceh nak kena beli locker. Bawak baju renang je. dekat gate dia cek pakai metal detector? wand? tapi tak tengok isi dalam pun. kalo nak seludup makanan boleh kot. tapi ktorg mmg tak try bawak ape2 makanan pun. gaya budak baik.

Beli tiket on the spot pakai maybank debit dapat 20% off dari harga asal so tiket jadi 160+ seorg. Zaim free Raniahnye x ingat harga. Kalo harga Mykad dapat rm10 food voucher.


raniah tolong budak lego lompat pagar

masuk gi main drypark dulu. kalo nak dtg sini disarankan anak 6 tahun dan tinggi 120cm keatas, sebab ride kebanyakannya memerlukan tinggi ini. minimum 90 cm. Zaim dapat 4 ride je. raniah okla jugak, adela jugak roller coaster. tapi kesian jugakla sebab tak cukup tinggi nak kena layan dia merajuk pulak. hentak-hentak kaki nak kena explain pulak. nasib baik semua ride dekat2 dia nampak ride lain terus dia ok balik. untuk org dewasa bg den kureng sket. entahla dah tua2 ni malas nak naik apa2 melainkan ride tu popular gile. Mama ntah kenapa dia plak yang banyak naik ride. lepas geram ke apa.

buggy roller coaster kena 120 cm keatas

Dr Lego tunjuk lego yang bergerak ikut warna yang ditunjuk pada scanner dia di tangan. Staf kat sini sangat friendly saya bagi 5star untuk keramahan mereka. cuma yang jaga ride mungkin nampak bosan.

museum lego star wars, banyak diorama


buat kereta dan lawan dengan kawan design sape yang laju


naik lif menara tinjau yang berputar. boleh tengok berapa besar legoland ( x besar manapun)


Train yang berpusing dalam playground, pusing bulat je. haha one of the few yang zaim boleh naik



lunch dekat sini, harga bolela sebab sedap rm18 dapat air skali. okla jugak.



























































anak punya pasal. naikla ko kapal terbang cenonet pusing bulatan. oooo lagi satu kalo anak kecik sangat, dia suruh parent join skali. haha kalo super segan mmg tak jadi naik.


dapat jugak lego sorang satu, mama kata murah, abah kata wateva. rimau oren tu mama beli rm20 sebab kesian kat adik tak boleh main banyak ride


Sekali-sekala layan anak, mmg enjoy. gambar kat waterpark takde sbb phone letak kat locker. waterpark sgt kecik bg den, kalo nak compare dengan sunway la. tapi yang style playground punya waterpark tu best gler byk betul slide mini. hari tu wave pool tutup so ramai yang duduk dekat area kanak2 so jem sket la.

keseluruhannya hari sabtu bukan cuti sekolah tak ramai orang. Ada ramai pun sebab ada family day port klang. beratur paling lama pun 10 minit je. satu hari boleh habis untuk kedua2 park. suggestion waterpark 2-3 jam yang selainnya drypark.

Legoland Johor agak kecil bg den yang pernah pegi HK disneyland dan Everland Korea. bukan apa dengan harga yang agak boleh tahan mahal, i was expecting more. Ninjago punya exhibit masih under construction. hopefully they will add more, at least 10 more. One of my personal wish adalah satu tempat yang boleh mandi lego. totally full of lego, swim in lego. tapi takde kat sini.

The staff was very nice, agaknya gaji tinggi kot. kami balik pun sebab kena halau after 6pm waterpark tutup. kalo x mau sampai ke malam raniah tak nak kuar kolam walaupun dah mengigil.

ciao. pi la try legoland, a year pass tak berbaloi kalo bukan orang Johor. You'll get bored.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini