Cewah belum duduk lagi dah ada persatuan, disebabkan tiada lagi persatuan/union dsb. untuk Bandacaya Pool Villa , Jalan Jabar Meru Klang. saya ingin memanggil tuan-tuan rumah untuk menyertai meeting whatsapp untuk berbincang ttg apa sahaja berkaitan rumah kita ini.
rasa terpanggil bila rasa kurang puas hati dengan workmanship Bandacaya Pool Villa , Jalan Jabar Meru Klang. so kenalah ada union untuk vs Management Bandacaya. Bukan untuk cari gaduh, tapi untuk mencari jalan tengah dimana dua-dua pihak rasa puas hati. isu yang saya ingin ketengahkan.
1. Pagar di sekeliling taman untuk memastikan pekerja-pekerja asing di depan rumah kita tidak masuk ke kawasan taman kita. Risau nak bagi anak-anak main kat luar sedangkan ada semak samun dan rumah pekerja asing betul-betul depan rumah sahaja. Bila-bila masa sahaja mereka boleh masuk dan keluar dari semak samun depan rumah. Yang paling hangat sekarang adalah kes penculikan dan penjualan kanak-kanak di negara sempadan.
2. Workmanship saya dah tengok rumah di Jalan Nenas yang menggunakan tema sama seperti rumah kita tetapi workmanship dia jauh lebih baik finishingnyer. dalam saya tak sure tapi dari segi luaran saya agak tak puas hati. Kayu pagar dan frame pintu depan tidak diketam dengan baik, tidak mintak kerja perfect tetapi selumbar adalah masalah besar untu family yang ada anak. takkanlah kita nak keluarkan kos untuk ketam dan syelek dan cat semula kayu2 itu?
pagar di antara rumah bahagian kolam agak jarang dimana boleh tengok jiran sebelah mandi, compare dengan jalan nenas takde gap, takdelah kes intai mengintai. nak jengket tengok pun susah sebab tinggi jalan nenas punya.
pagar kayu antara rumah dilihat berkualiti rendah, tidak bersyelek dan cat dengan baik, tidak diketam kalo pegang mau kena selumbar.
3. Katanya dulu ada pak guard? tapi nampaknya dah diubah kepada insuran, saya takde masalah dengan insuran tetapi mungkin kita boleh minta penyelesaian yang lebih baik. saya interested dengan pagar berpalang automatik, kosnye saya rasa sama dengan binaan pondok pak guard, cuma monthlynyer maintenance dsb. kita kena bayar sendiri.
harap kita dapat berbincang dulu sesama kita sebelum sign melulu bila dapat kunci, sebab kawan saya projek rantau panjang dengan bandacaya banyak masalah timbul bila dah dapat kunci depa buat donno jer dengan pembeli sbb dah sign semua kan, depa kata fail komplen and depa akan uruskan tapi tunggu2 tak setel2 sampailah buyer ramai2 ketuk pintu opis diorang ni. harap takyahlah kiter susah2 mintak cuti just nak tuntut apa yang kita patut dapat kan?
sorilah sebab kita bayar banyak sikit dari Jalan nenas, bayar lebih dari 100K tu, bukan nak sombong tapi haraplah berbaloi sikit, (dahla jalan nenas tu 20x102) dari jalan nenas. Yang obvious mungkinlah harga tanah mahal sikit, material dalaman mungkin up sket dari jalan nenas, tapi entahlah hati panas sket bila tgk finishing hampas macam ni.
tepuk dada tanyalah selera? sila komen dengan no hp atau email anda, saya akan kontek balik. saya nyer 010-2261434 Ahmad
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini