4th Day - Korea Musim luruh 2014

Today is Hongdae day, lewat bgn lagi hari ini kalo tak mungkin nak pegi cari SME, JYPE. tapi sebab membawa non-kpop citizen so xdelah nak gedik2 pegi stalking dengan stroller baby la bagai kan, mayb next time tsskk tssskk.
                      


Planning hari ni nak gi Hongdae, Hello kitty cafe, Trickeye museum pastu ending dgn Namsan tower. Supposedly naik namsan ptg boleh tgk scenery pagi vs scenery malam tapi pusing-pusing tak jumpa entrance namsan tower. Plan berubah sentiasa hoho moh kite tgk.....

Naik subway turun kat hongdae stn. ingatkan nak jejalan area hongdae tengok pokok-pokok autumn tapi patutnye turun kat Hongik dekat sikit, terpaksalah menapak yg agak jauh jugak, dari Hondae stn tak banyak pokok yg cun2 cuma area opis-opis yang agak sunyi. dah masuk kawasan hongdae or Hongik baru nampak taman-taman mini yang cun.
Hongdae for me sangat best sebab boleh tengok culture muda mudi kat sini and the autumn view here is definitely daebak, kami lepak lunch@picnic kat salah satu taman kat sini. ada orang buat open gig kat sini, agak comel jugalah ala2 idol, dia ada indie feel buat promotion utk band dia. Raniah pegi main dekat playground. di situ juga ada art student buat live sketch untuk orang ramai. Skill diorang memang menarik, im not an art expert but they do have beautiful skill.

Kami pi Trickeye museum, sangat best utk kids atau adult yang berjiwa kanak-kanak. agak jakun jugakla main tangkap-tangkap gambar ni. tips jangan pakai DSLR sebab gambar tu nampak cantik so dia jadi x mix antara kita dengan background. elok pakai kamera handphone je. Kitorang pakai DSLR masa amik tu sronok la jugak, tapi bila tgk balik kat pc nampak cam pelik je, entahler ke aku jer. lepas ni tak pegi dah aku even yang kat malaysia ni or anywhere else.
Hello Kitty cafe dekat saje dengan trickeye ni, tapi budak2 korea ni tunjuk kitorang ntah mana dia tunjuk. aku rasa dia x paham tapi die tunjuk je arah hujung jalan. aku tanya 5 orang maybe 2 daripada tu tunjuk jalan yang salah. Tips just make sure dia paham apa yang kita cakap, cakap 5-6 kali Hello Kitty cafe baru percaya. habis pusing-pusing dekat jalan yang sama. Cafe ni berada di ceruk antara kedai dan agak tersorok. Anda kena masuk lorong ke dalam sikit baru nampak bangunan pink ni. For me kedai ni agak gloomy actually tak seceria yang diharapkan. kopi dan waffle dia mmg sedap gile rasa nak lagi....  tapi... harganya boleh tahan mahal le. kalo tgk pun kedai ni takde pengunjung pun. just us foreigner je. agaknya mmg target dia foreigner je kan. takyah masuk ler tgk dari luar je. haha.




Mencari jalan ke entrance Namsan tower membuatkan ramai antara kami dapat melecet kaki, entah mana kami menapak. rancangan naik tgk suasana sunset x menjadi sebab malam kat sini awal pukul 5 dah gelap dah kami sampai entrance pun 4 lebih nak tunggu queu untuk lif pulak, pastu naik cable car queue 45 min. walaupun ini hari bekerja still ada 45min waiting. kalau anda nak datang sini kena datang pukul 3 (autumn)

Sampai atas kena naik tangga pulak hoho, konpem melecet nangis2. naik tangga dalam 30min. rancang nak mkn bekal kat sini tapi sejuk gile sebab angin kuat kat atas ni. nasib baik ada bhagian indoor jual kedai cenderahati and kedai makan. mama beli seekor TOP kat sini. amik gambar dengan kunci dan pemandangan seoul adalah wajib. pastu gambar ngan N tower. Well make sure korang sampai sini awal sebab pemandangan malam adalah limited. nampak lampu jer. gelap and sejuk brrrrrr naik atas je rasa dah nak turun balik, haha.


Balik tu kami separated dengan adik2 ni sebab diorang ada yang injured pastu jalan laju gler haha kami yang tua ni slow mo je. so kami yang tertinggal ni buat decision makan Ajumma tteokbokki.... yeaaa aku excited je sebab ni memang fav aku antara makanan korea yg ada. ha yang lain sumer dah penat tapi mengagahkan diri jugak, sebab diorang pun suka tteokbokki. Tteokbokki ni senang je nak pegi turun kat station sindang jalan 300m dah sampai dah. cuma kena transfer beberapa line sikit. For me rasa die kurang 'lembu' dari yang aku biasa, tapi okla merasa style diorang yang ada ramen, telur. kena makan laju-laju sebab ramen tu cepat kembang.

kami balik dah pukul 1 kemas anak bl bla bla pukul 2 fuhhhh cabaran bawak anak. hoho