Update rumah Jalan Jabbar

 Rumah yang di'book' Jalan Jabbar bandacaya Pool Villa sedang dalam pembinaan dan dah naik base dan batu bata sampai ke bumbung, agak rancak memandangkan expected date siap adalah 2015. mungkin sebab developer nak concentrate untuk projek lain dia nak siapkan projek yang ini dengan laju.
layout plan seperti dalam brosur Bandacaya pool Villa Jalan Jabbar Meru

 'taman' kecik ni hanyalah sebaris sahaja dan aku punya tengah2 endlot yang takder tanah, 4 bilik 3 bilik air 20x92 tanah rumah 20x48.
2 bilik comel 1 bilik guest yang besar sket, master bedroom paling besar of course belakang skali dekat dgn dapur. ada 1 kolam kecil untuk anak2 main, kalau dewasa main 3 kali kayuh kuak lentang dah sampai ke hujung dah.

 Gambar ni dari corner lot, yang ni pintu tepi.
 nampak cam kecik, wife aku yang kecik pun nampakbesar je kat situ. kitorang ader usha gak satu projek bandacaya yang lain atas sikit lepas simpang 4 meru yang jem tu. rasa macam sutera height lagi besar, tapi itu mungkin perasaaan kitorang je sebab rumah tu belum siap lagi. Aku jadi risau tengok saiz sampai aku kira bilangan brick yang ada. aku kira ada 13 atau 12.5 brick. sape agak2 nya tau brapa panjangnye tolong comment kat bawah ek.
mari kira bilangan brick dalam sebaris..... jwp: aku kira 11 jer
 rumah 80% sand brick atau guna batu-bata pasir yang lebih murah, dan bahagian antara rumah kita dan rumah sebelah pulak guna red brick, sebab apa pun aku kurang pasti. mungkin nak elak pecah ke rumah sebelah? atau menyerap bunyi lebih baik? elak lubang ngendap? entahler... sape ade jawapan sila comment ;)
 lubang toilet, rumah ni ade base tinggi dari jalan raya, so piping jalan bawah rumah.... bila tulis ni baru perasan rasa risau pulak, adakah benda pelik2 akan dok main kat bawah rumah tanpa kita sedari, contohnya tikus, ular, biawak.... mungkinkah? aish camner tu? adakah diorang akan seal habis2 sampai takder ruang untuk hidup, harap2 macam tula.
bila dah camni rasa paranoid pulak jadinya..... fuuuuu....



 ni toilet yang agak besar pada pendapat aku, ada 3 toilet, rasa cam nak pecah satu bagi extra space untuk bilik 2nd, ataupun utk bagi laluan bathtub master bedroom. Pilihan aku berat kepada buat bathtub.. hohoho i like..

rumah aku yang endlot belum naik lagi, aku x tau tingkap utk yg tepi rumah ade ke tidak,tapi aku tgk cam takder jer. apapun aku belum setel lagi snp pun, still dalam booking lagi je.

Sape yang berminat leh la contact developer http://www.bandacaya.com/
developer ni boleh dipercayai kerana banyak projek mini yang macam aku ni dah ada cf dan siap lebih awal dari pelan asal. Jeles ngan member dapat  rumah endlot yang ada tanah, tapi dia punya nun dalam sana punya projek la.

Home Alone with Raniah

my princess ;)
gigi....


Mama oustation lagi! kali ini ke Penang audit 2 kolej sekaligus. biasanya satu kolej ambil masa 2 hari so mama aturkan 2 kolej ni berturut2 dari selasa ke jumaat bagi menjimat masa dan tenaga daripada pergi berulang ke KL balik. So mama fly sana hari isnin dan balik jumaat. makanya we're home alone utk 4 malam! wahhhhh....

Abah xdela risau sangat, risau tang tido je mau bergadoh plak nak tido kang sebab budak ni nyusu badan fullly aka fully breastfeed. budak 2 tahun setengah ni masih memerap ngan maknya kalo nak tido. Rupa-rupanya dipermudahkan kerjaku, budak ni skang sampai time tido kul 12 tuuu cakap ngan dia abah nak tido, dia pun dah paham. Dia surrender dia nye ipad baring terlentang n suh abah tepuk bontot dia, agak seminit 2 tu dia pun tidola.... dalam hati aku nak ajar dia tido sendiri tanpa perlu tepuk.... atpi xpela sbb dia baby lagi bagi la can kat die.

Ajar skali jer dah pandai buat sendiri

Nasi Lemak seksyen 17


Abah rasa dia mungkin takut abah tido dulu dan dia kendian tak bley tido sendiri.... bila cakap abah nak tido dia dah risau dah kelam kabut nak terlentang baring. bagusla dah paham apa yang abah mintak. dia bangun sekali jer pukul 4 pagi, merengek sket... tanya nak minum tak jawab... tepuk2 skit trus tido balik. malam semalam x bangun lansung.

Pak lang ijat nye baru dapat anak girl so Yong layan cucu nyer di Ampang, abah x nak kaco line hantar la raniah ke taska jer. 2 hari hantar naik keter... rabu khamis naik motor hantar. comel jer muka sememeh sengih naik motor pagi2. naik motor ngan raniah is one of my precious moment in life. agaknya sebab tula abah aku suka bawak aku jalan2 masa kecik dulu. ;)
mai lentok selfie

mamai on the way family day MQA mama

I really like my alone time with raniah, it was never a hassle even if my shout came and go. though this few days takde pulak gaduh besar. to my surprise.. ;p raniah x cari mama lansung plak?

ps. we miss mama

KEPUTUSAN SPM (U) ULANGAN JUN 2013

 
Untuk makluman tuan/puan keputusan telah dikeluarkan sejak dari 21 Ogos 2013. Bagi Calon Selangor keputusan telah diposkan ke alamat rumah masing-masing seperti yang calon isi pada masa pendaftaran bulan Mac.

Kami minta calon untuk tunggu keputusan di rumah, pos menggunakan pos berdaftar dan perlukan sesiapa untuk berada di rumah bagi menandatangani penyerahan surat tersebut. jika perlukan segera boleh dapatkan satu lagi salinan di Jabatan Pelajaran Selangor Seksyen 4 Shah Alam. Tapi harap maklum tiada lagi salinan jika sudah ambil dari JPN Selangor.

SIJIL akan dikeluarkan SETAHUN SELEPAS KEPUTUSAN (bulan Ogos 2014 baru keluar Sijil SPMU 2013)

Sebarang masalah dengan keputusan seperti semakan semula boleh diajukan ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jab. Pendidikan Selangor di talian 03-55186120


Semakan Keputusan SPM (Ulangan) 2013
taip:SPMU RESULT [No KP] SMS ke 15888
(Tarikh Dilancarkan : 21 Ogos 13)

* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Siapa perlu invite ingress di Shah Alam?

 https://lh3.googleusercontent.com/-z1VNwX8x5M0/UbEY4vHQMEI/AAAAAAAAGQM/pPE5KYMINLU/w346-h259/06.06.13%2B-%2B1.jpg
Ramai dah main ingress kat shah alam ni, ramai level tinggi datang shah alam capture portal yang aku buat. awak ni level 2 je. tak daya nak layan level 6-8 punyer portal, seb baik sumer pun geng enlightened yang capture.

Masa mula main dulu awal tahun ni malas sangat, sebab shah alam sikit sangat portal, aku senyap 2 bulan. lpas 2 bulan aku bukak email tgk banyak portal aku dah naik serentak, dan agaknya pada masa yang sama portal yang org lain submit pun banyak dah active.

watever pun skang ni aku nak bagi 5 invite yang aku ada kat sesape yang area shah alam ni, aku x kisah korang nak jadi lawan atau kawan. yang penting kena main area shah alam mostly. Digalakkan lawan la sebab shah alam ni dah penuh kehijauan dengan enlightened. kita bagi fight ngan biru baru sronok kan, boleh destroy, takeover, defend kan.

skang ni pun sayu je main xder blue guys yg nak attack central shah alam ni. aku tgk hijau je pun boring gak, marila blue guys serang Shah alam... hehe.

Sape nak invite leh comment kat bawah, kalo hangpa masuk enlightened nanti masuk G+ punya enlightened grup dia akan ajar newbie. aku malas sket sebab ada anak bini, kalo x boleh ikut farming kat tugu negara.

kalo dah baca panjang berjela dan still tak tau apa itu ingress, silalah google ingress - the world is not as it seems.