Pendaftaran SPM persendirian 2012 dibuka hari ini

SPM Persendirian 2012
Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang ingin membaiki keputusan SPM yang sebelumnya.

Bagi yang gagal B. Melayu hendaklah mengulang subjek tersebut bagi mendapatkan sijil.

Pendaftaran SPM persendirian dibuka dari 1-31 Mac 2012

Bagi mereka yang ingin mengambil peperiksaan di Negeri Selangor, pendaftaran hendaklah dibuat di Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E seksyen 4, 40604 Shah Alam Selangor.

SPM(U) Jun subjek B.Melayu dan Matematik sahaja
SPM(N) November semua subjek kecuali beberapa subjek seperti P.Seni tiada

Borang boleh didapati di laman web JPN Selangor KLIK SINI UNTUK BORANG
Sila download semua borang dari 1-7 dan no 8 jika berkaitan. Ikut senarai semak no 7 bagi melancarkan pendaftaran anda.

Sila buat Money order kepada PENGARAH PELAJARAN SELANGOR di mana-mana pejabat Pos.

Calon kali pertama hendaklah mengambil subjek berikut (maksudnya tidak ambil masa form 5 dulu)
B. Melayu
B.Inggeris
Pendidikan Islam/ pendidikan moral
Sains
Sejarah
Matematik

Sekarang masih tidak ramai lagi yang mendaftar dan dijangka akan bertambah pada minggu terakhir.

Harap maklum kaunter dibuka dari 7.30 pg- 5.30ptg isnin - khamis dan jumaat rehat dari pukul 12.15 tgh-2.30ptg

Syarat-syarat Pendaftaran SPM dengan cara yang paling mudah difahami
  1. mestilah berumur lebih 17 tahun pada 2012. tidak ada had umur 1001 tahun pun boleh mendaftar lagi
  2. jika calon 17 tahun pada 2012 hendaklah lahir pada 1 januari ATAU memiliki sijil PMR
calon hendaklah belajar sendiri secara tuisyen atau cara2 lain dan silibus adalah mengikut tahun silibus seperti di sekolah kerajaaan pada tahun tersebut.

sebarang pertanyaan boleh dimajukan pada saya di bahagian comment.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini