Saya sedang menghabiskan mc 7 hari saya.Esok saya genap 36 minggu...bermakna bila-bila masa sahaja saya akan melahirkan si kecil ini.... Saya telah mencuba banyak cara,mengharapkan dia sihat dan juga supaya dia berpusing ke bawah....Yer, untuk pengetahuan, semasa scan kali terakhir, anak saya didapati songsang, dan tidak mahu turun ke bawah. Mungkin kerana tummy mama dia kecil menyebabkan dia tidak dapat berpusing.... Saya sangat takut kerana, sudahlah saya sendiri kurang sihat, anak pula songsang. Tapi saya tahu dia sangat aktif kerana pergerakannya sangat aktif dan kuat.......
Teringat ingin berkongsi tentang mak yong yang mengidam nak makan ais krim stroberi ngan buah stroberi KAT ATAS Cameron Highlands.... Sangatlah mengada-ngada mengidam dari 1st trimester. Terpaksalah encik suami membawa saya ke sana...kebetulan waktu itu memang nak balik Sitiawan, jadinya, kami terus singgah ke Cameron Highlands. Dengan Mrs. Armseeker yang tengah demam dan batuk, tapi gagahkan diri juga untuk bercuti tu..... Seronok sebab lepas check in hotel, kami pegi ke pasar malam di brinchang untuk dinner.... Lepas membeli belah makanan, balik ke hotel, dan berehat.
Esoknya tu, pegi ke ladang stroberi di Tanah Rata..... Ladang ni kalau tak silap Mrs. Armseeker, merupakan ladang kepunyaan bumiputra. Mrs. Armseeker dulu biasa pegi ke ladang ni. Walaupun x dapat petik sendiri, tapi aiskrim, scones dan dadih kat situ superb....Itu yang buatkan Mrs. Armseeker sangat rindukan aiskrim dia......
Gambar kami tak ambil banyak. Entah macammana, tiba2 Mr. Armseeker pulak demam. Berjangkit. Bila tengok macam tu, Mrs. Armseeker terus amik turn drive, dan decide terus balik Sitiawan..... Temperature Mr. Armseeker naik mendadak...... Risau pulak tengoknya..... Inilah serba sedikit gambar yangsempat diambil masa di sana.....
Muka happy x sabar nak makan ais krim..... |
KEA Farm |
Cheese cake dan seteko teh di Cameron Bharat Plantations...... |
Gambar memang tak banyak.....sebab Armseeker's memang jenis susah nak amik gambar....Orang kata bercinta kalau nak amik gambar...... At least, ada juga kenangan kami...... Itu yang penting.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini