Saya sudah melangkau masuk ke minggu ke 33.... Si kecik ini masih lagi berada di atas kepalanya... Adakah mengulangi sejarah silam???? Huhuhu...... Mamanya juga khabarnya ada ciri-ciri anak yang dilahir songsang, saya tidak tahu itu.... Cuma kawan-kawan memberitahu kerana ada ciri-ciri fizikal menunjukkan begitu.... Harapnya tidaklah.....
InsyaAllah 12hb Januari ni check up kat PPUM. Huhu...hati tengah berbelah bahagi samada nak deliver dekat Naluri or PPUM.... Cakap dengan mak, kalau normal,Naluri ler... kalau C-Sect, aduh, nangis nak duduk situ.... Mana nak cekau duit tu. PPUM la jawabnya.... Harapnya segalanya normal la.....
Mood sekarang: kadang-kadang grumpy....Especially bila si kecil ni meragam dalam tummy mama..... Yang jadi mangsa, Mr. Armseeker....Terpaksa bangun di tengah malam semata-mata menenangkan mama ngan si kecil dalam perut yang meragam...Huhuhu.....
Duduk di rumah baru ni, tenang jer. Seronok sebenarnya.... Masa sambutan tahun baru, baru-baru hari tu, kami berdua tak ke mana pun. Seharian ada orang datang baiki wiring dalam rumah yang sering 'trip' sepanjang kami duduk di sana, habis je kerja-kerja mereka dalam pukul 10 malam, Mrs. Armseeker teringin nak makan KFC. Ingatkan boleh pergi yang terdekat@ Seksyen 7....Sekali jalan jem. Terus menuju ke Seksyen 2. Orang-orang Shah Alam dan luar Shah Alam semua menuju ke I-City....Nak raikan tahun baru...... Balik dari KFC Seksyen 2 tu, ingatkan nak terus balik rumah....Terkejutnya kami bila tengok jalan nak ke rumah, nak masuk rumah, tepi rumah sumer penuh dengan kereta dan orang ramai. Inilah bahananya bila rumah tepi I-City...Nak masuk I-City tak boleh, tepi I-City pun jadilah untuk tengok bunga api. Sangatlah meriah.......
Sekarang ni nak jalan pun dah tak berapa larat....Perut dah makin ke depan, dan berat. Makin letih dan kerap tertidur kat opis (Buruk perangai!). Dekat rumah, dah pasang aircond, Mrs. Armseeker dah makin rajin buat house chores, sebelum ni malas yang amat...Hantar dobi jer.... Harapannya, kami dapat kumpul duit, untuk beli rumah yang kami duduk sekarang, ataupun nak lagi best, Banglo (berangan!!!) :D
Mrs. Armseeker pun sekarang ni banyak membaca tentang exclusive breastfeeding, dan juga penggunaan Cloth Diaper. Mungkin Jumaat ni nak pegi Amcorp Mall, melawat Lunatots, tanya tentang penggunaan CD. Sekarang ni tengah rungsing memikirkan siapa nak teman masa dalam pantang.... Tolong Mrs. Armseeker sewaktu dalam pantang. Dari hari ke hari nak pegi rumah Pak cik Bahari di Seksyen 17, nak book mak dia as confinement lady, tak pegi2 jugak. Nak ziarah Yong Bu, nak tanya sanggup ker dia babysit si kecik ni.... Banyaknyer perkara x setel lagi. Sangat risau...... Wuwuwu.... Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah untuk kami berdua. Amin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini