Pengalaman Naik Tren (Shuttle KL-Ipoh-KL)


Semalam adalah hari yang sangat memenatkan….. huhuhu. Renee bangun seawal jam 6.00 pagi, solat subuh pastu terus kemas rumah dan barang-barang. Pelikkan, selalunya lepas subuh Renee mesti tido balik… Hehehe…..

Actually bukan apa, renee kena pegi ipoh hari ni. Nak setelkan perkara berkenaan wedding renee yang tinggal x sampai lgi 2 minggu…. Risau nya tak terkata, bertambah dengan runsing. Bukan apa, rasa macam banyak giler benda tak setel lagi, ditambah dengan kena g kursus BTN lagi….huhuhu…..

Pukul 8.35 pagi semalam sampai kat KL Sentral. Tg k shuttle train tu tengah menunggu. Tepat pukul 9.00 pagi, keretapi bergerak meninggalkan stesen KL Sentral. Renee sampai ipoh dalam pukul 12.oo tgh hari. Cepatkan? Actually sepanjang-panjang perjalanan tu, Renee tertidor, jadi sedar-sedar dah sampai Ipoh. Itupun nasib baik abang konduktor yang jensem tu kejutkan, kalau tak, mesti renee dah sampai KL balik. Hehehe……

Sampai ipoh, mak abah ngan Pak Ya dah menunggu. Nasib baik Pak Ya expert jalan dekat Ipoh. At least takderlah kami sesat larat di sana. Selesai jer urusan kami semua, Pak Ya ajak kami beraya di rumah adik dia….. Kebetulan adik Pak Ya buat masakan laksa. Renee apa lagi, sebat x hengat punye. Dalam pukul 5.0 petang, renee dihantar semula semula ke stesen ketapi (Isnin keje, terpaksala balik KL).

Tren tu bertolak tepat pukul 6.00 petang. Kali ni renee dapat kerusi yang tak best. Bila renee bangun sekejap, kerusi tu pun ikut naik sama…. Jenuh jugak renee bersandar supaya kedudukan kerusi tu dalam keadaan yang baring. Terlelap sekejap, tapi cik abang pulak kol. Aduii….kacau tulla…. Kesudahannya, dalam 3 jam perjalanan balik tu, renee habiskan dengan termenung, main mesej ngan berangan….. Tapi, actually, memang seronokla dapat naik tren kali ni. Tak ler letih sangat badan berbanding dengan drive sendiri……


Birthday my gubu.....part 2

Balik dari KL Tower hari tu, kitaorang terus balik Selayang, rumah dia. Renee actually waktu tu segan sangat nak pegi, iyala.....muka tengah serabai, penat balik induksi...huhu.... Malam besoknya tu, whichis malam minggu....His mom masak sedap-sedap..... Kami pegi beli kek. Kebetulan, his birthday sama tarikh ngan his cousin, so we all celebrate sama-sama. Huhu......Meriah jugak la, walaupun dah lama renee tak attend or buat any birthday celebration ramai-ramai....

Birthday my gubu....Part 1..


Tiba-tiba tengah belek collection gambar-gambar lama, terbukak la pulak sambutan birthday my gubu Mei lepas. Ingatkan nak update blog masa lepas birthday, tapi tersibukla pulak, langsung lupa. Ini baru nak update, almaklumla, bulan-bulan puasa ni, sangap giler nak buat keje. Melangut jer dari pagi. Buat sikit, stuck. Buat kejer sikit, ngantuk. Tapi bila update blog, laju pulak tangan aku menaip, yer? Sambutan birthday dia, buat dalam dua fasa. Satu kitaorang celebrate sendiri-sendiri. Aku dah lama teringin nak belanja dia makan kat restoran berputar kl tower sebenarnya(aku sendiri yang nak tu...hehehe). jadi lepas jer aku balik dari induksi kat Pangsun, dia amik aku, kitaorg terus bergegas ke KL Tower. Aku dengan letih-letih dan muka serabai, mekap sikit-sikit jer. Selamba jer dinner pakai baju kurung. Dia lak pakai baju kerja pegi sana. Kitaorang book pukul 7.30, tapi sampai awal dalam pukul 6.00 petang, jadi kitaorang lepak kat menara pandang dia. Nampakla matahari nak terbenam, klcc dan satu KL. Pada aku, cantik sangat. dan hanya itu jer yang aku mampu berikan sebagai hadiah. Sebab aku betul-betul x sempat nak prepare apa. Harap dia puas hati dengan hadiah yang berupa kenangan ini.... Inilah kenangan kami......