Raniah Warded Lagi!

Aduhai anak mama.....terkena rotavirus. Ni semua salah mama, sibuk sangat sampai nak masak untuk si kecik pun tak sempat. Asyik makan kat kedai je, sudahnya Raniah Zawanah kena cirit-brit dan muntah yang teruk. Bermula dari khamis 12 Julai berlanjutan ke ahad 15 Julai, mama dan abah masih bertahan walaupun hati dah risau tengok anak dara seorang tu dah melepek tak larat. Makan nasi langsung tak mahu. Kami ke DEMC dan doc bagi pilihan samada nak warded atau tak memandangkan si kecik dah dehydrate tapi tak kritikal. Kami opt untuk jaga sendiri. Tapi, makin kami jaga, makin lembik anak dara mama ni. Makan tak nak, minum tak nak.....Nenen je.... Bangun utk pegi bilik air tukar pampers, pakaikan pampers pun berbaring. Sedih sangat mama tengok. Masa hari Isnin, opah yong telefon bagitahu satu family opah yong berjangkit....  Pening mama sekejap. Nak cuti, keje tengah banyak, jadi mama gamble jer bawak pegi opis.
Armsreene blogspot.com
Kesian sayang mama, tak larat........ Asyik ceri-beri dah seminggu....
Armsreene blogspot.com
Nak pakai baju pun baring.....
Sampai di opis, mama tukarkan partition jadi taska. Tapi disebabkan makin lama nampak Raniah makin teruk, kawan-kawan sarankan bawa juga ke hospital. Raniah waktu tu memang tak berapa larat dan asyik nak berpeluk je. Tido pun tak nak letak langsung, jadi sebelah tangan riba dia, sebelah tangan menaip. Tak boleh jadi, mama mesej abah, mintak amik kami anak beranak bawa pegi hospital. Mintak izin bos untuk half day, abah datang decide untuk try ke Pantai Hospital Klang. Bukan aper, kami agak reluctant nak ke Sunmed kerana Sunmed agak berpusing-pusing dan susah sikit abah nak berulang dari shah alam.

Sampai di Pantai, kami tunjuk surat refer dari DEMC. Terus bawa masuk jumpa Dr. Lim, salah seorang paed di Pantai. Alhamdulillah, Dr Lim ni sangat bagus, baik dan sopan. Penerangan pun agak detail. (Tak mo compare, tapi prefer Dr. Lim lagi lepas ni..) 

Hospital minta kami balik dulu dalam sejam sementara tunggu GL dari prudential. Jadi, mama pun balik siap2 kan baju sambil bincang samada nak amik bilik single atau double. Kami berdua setuju untuk ambil bilik double...Dan perkara tak best pun berlaku bila mana ada masalah miscommunication dari bahagian kaunter kecemasan (sebab bhgn admission/ discharge) dah tutup. Mula-mula kami request bilik double, tapi dia cakap dah penuh. Bila tanya bilik single, dia cakap ada. Bila dah bawa raniah naik wad paed, kami dapat bilik 4 orang. WTH??? Abah yang kalau perkara macam ni boleh rilek pun naik angin, sebab dah clear dekat bawah dia cakap ADA bilik single yang kosong.... Dek kerana abah naik angin, dengan asst nurse yang membebel-bebel dan bilik 4 orang yg crowded dgn budak2 yg sangat bising, mama amik keputusan, bawa raniah zawanah yg dah start meragam tunggu depan kaunter nurse untuk mintak pindah jugak bilik, tak kira double atau single. Aper, ingat kitaorg tak mampu bayar ker kalau ader beza bilik? Dan dekat kaunter tu mama dengar la perbualan nurse dengan orang bawah tadi, dan nurse maklumkan, staff bawah salahkan kami kerana dia dah terangkan..... Memang dekat situ jugak mama sound, mama cakap mama tak dengar pun dia maklumkan bilik penuh dan kami cuma dapat bilik keesokkan harinya..... dia cuma cakap tentang charge yang kami kena bayar sekiranya upgrade bilik, iaitu 20% dari total bil -> ini pun lagi satu sengal! Dek kerana mama berkeras tak nak bilik 4 orang, dan kebetulan ada patient yg book bilik tak sampai-sampai lagi, Dr. Lim arahkan kami masuk bilik patient yang masih tak sampai.... Dan Dr. Lim sangat professional nak uruskan patient sedangkan nurse dah kelam kabut tak tahu nak buat apa. Asst nurse yang tua tu lagilah, membebel je lebih.... Aduss, fail sungguh service kat hospital ni. Masa tu mama dah menyesal giler sebab datang HPK, lebih baik ke SunMed sebab walau Dr tak berapa rajin nak explain, nurse, staff, facilities sangat superb, ok!!

Bila dah masuk bilik dan keadaan semua dah tenang, mama tengok katil yang diberi adalah baby cot. Erkkk!!! Tapi nak buat camner, nurse terangkan polisi hospital sebab ramai baby jatuh bila bagi katil biasa... Nak tak nak, terpaksalah mama menyempit dalam cot itew, (nasib baik muat) sebab si kenit asyik nak menyusu baring. Mama kol opis bagitahu mama ambil CTG minggu tu sebab cuti dah habis.... :'(


Tag nama Raniah Zawanah
1st day masuk air 


So far, pengalaman jaga Raniah di HPK ni biasa-biasa jer. Nasib baik Raniah tak meragam sebab dia sangat tak larat. Bila sembang dengan nurse, mama dapat tahu yang mereka understaff. Satu lagi yang mama nampak, kat sini, wad asyik penuh. Tetapi yang tak bestnyer, kebersihan toilet kat dalam wad agak kurang berbanding dengan hospital swasta yang lain. Mama tak salahkan pihak hospital, mama salahkan cleaner foreigner mereka. Nampak macam beria-ia cuci, tapi sebenarnya cuci main-main. Garang dan sombong pulak tu. Nurse nak minta tolong pun, macam berhati-hati. Sebab apa mama cakap macam tu, sebab dekat sinki dah siap ada kulapuk lagi, dan mama tengok masa katil sebelah kosong, cleaner tu tak cek dalam almari atau lap almari baju sampai masa mama simpan baju dalam almari, melekat bau hapak dia. Seriously agak sedih dan rasa macam kurang berbaloi bila mama tengok bil..... Smiley with an atitude Tapi InsyaAllah akan datang lagi sebab doktor dia sangat bagus....


Budak yang dah bertenaga walaupun perut masih tak ok. Tak larat bangun tapi dah boleh senyum..
Tetapi mama sangat bersyukur Raniah Zawanah dah sihat. Pengalaman ni sangat mengajar mama untuk lebih berhati-hati untuk makan kat luar. Rasa macam nak upgrade premium Raniah Zawanah atau tukar ke PruBSN sebab DEMC cuma cover PruBSN. Dan disebabkan Raniah terikutkan mama, kekurangan darah (bukan thalassemia) dan zat besi (sebab breastfeed), jadinya mama tekad akan ambil cuti tanpa gaji bulan depan untuk tumpukan pada kesihatan dia.... Ini yang perlu mama lakukan sebab untuk masa sekarang ni, dia sangat fragile.... (dan juga ambil kesempatan untuk siapkan thesis....) huhuhu. Please pray for her health dear friends.... 

Dan terima kasih pada Fakhri aka nuyu sebab jenguk Raniah Zawanah malam tu. At least, ada gak tempat kami satu family nak komplen. Hahaha.....-end-