Sedar tak sedar dah masuk bulan januari 2012.... Cepatnya masa berlalu.... Tahun lepas, pada hari ini, mama dan abah tengah kelam kabut, dan mama tengah mundar mandir dalam opis sebab dah rasa contraction setengah jam sekali. Waktu tu kandungan mencecah minggu ke 34..... Mama dimasukkan ke wad pemantauan di Pusat Perubatan Naluri disebabkan air ketuban dah 'leaking' dan juga contraction dah terasa. Agaknya waktu tu Raniah cuba nak pusing kebawah tapi tak boleh.... Risau nya waktu tuhan ajer yang tahu.....
Tapi itu cerita setahun yang dulu. Sekarang ni, budak comel yang dulu suka tendang2 tummy mama dari dalam itu, sudah hampir menjangkau setahun. *sob...sob*... cepatnya masa berlalu. Disebabkan mama tak rajin nak hapdet blog, maka banyak perkembangan dia tertinggal dan tak terupdate.... Sekarang ni si manja ni dah makin lasak.... Belum boleh berjalan, tapi merangkak sangat laju. Sudah mula tertatih-tatih menyusur dinding, dan berdiri 2,3 saat tanpa bantuan. Sangat kiut, okaayy.....
Tengokla tu.... Sangat aktif. Mulut pun boleh tahan becoknya, kuat membebel macam mama. Hahaha.... Sekarang ni mama, abah dengan mak long tengah pening nak rancang besday untuk all these January girls..... Tak sure nak buat dekat mana..... Tapi, anak mama dah nak setahun.... Terharu....
Ya Allah....terima kasih di atas kurniaan Mu kepada kami... Sesungguhnya aku bersyukur kerana telah kau kurniakan hadiah ini sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami suami isteri.... Amin....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini