Edit This Menu
Happy belated birthday my beloved niece, nursyazlina ayuni mursham.....
Mama terlewat 6 hari untuk entry ni. Sorry yer, sayang.... 10 tahun lalu, tanggal 11 Januari 2002, jam 5.30 petang, mama terima panggilan dari abang ipar mama, menyatakan kakak kesayangan mama,the one and only, dah bersalin. X salah mama masa tu mama dekat uitm, diploma. Apa lagi, bergegasla mama ke wangsa maju, mana lagi kalau x Pusat Perubatan Naluri, nak menyambut kehadiran anak sedara baru, yang ketiga..... Nursyazlina Ayuni Binti Mursham, secantik nama, anak yang comel. Boleh dikatakan selepas abang ngah dia, inilah anak sedara yang paling manja dengan mama....dan yang muka paling seiras. kalau diletak gambar mama masa kecik,dengan gambar dia, memang x banyak beza. Perangai pun lebih kurang sebenarnya, tapi si kecik ni kasar lagi la dari mama.... hahaha.... iyelah, geng dia adalah abang ngah ngan si kecik ayien, mahu x ganas.... Bila dah ditengah-tengah antara abang dan adik lelaki, haruslah ganas. Jadi kak cik, sayang maksu, selamat hari lahir yang ke-10. moga panjang umur,dimurahkan rezeki dan jadilah anak yang solehah. Dengar cakap umi dan ayah.....Maksu sayang sangat dengan kak cik.....
Ditulis pada
1/17/2012 10:33:00 AM
WW-saya suka friesss!!! :D
- Posted using BlogPress from my iPhone
Ditulis pada
1/11/2012 03:34:00 PM
It's nearly a year.....
Sedar tak sedar dah masuk bulan januari 2012.... Cepatnya masa berlalu.... Tahun lepas, pada hari ini, mama dan abah tengah kelam kabut, dan mama tengah mundar mandir dalam opis sebab dah rasa contraction setengah jam sekali. Waktu tu kandungan mencecah minggu ke 34..... Mama dimasukkan ke wad pemantauan di Pusat Perubatan Naluri disebabkan air ketuban dah 'leaking' dan juga contraction dah terasa. Agaknya waktu tu Raniah cuba nak pusing kebawah tapi tak boleh.... Risau nya waktu tuhan ajer yang tahu.....
Tapi itu cerita setahun yang dulu. Sekarang ni, budak comel yang dulu suka tendang2 tummy mama dari dalam itu, sudah hampir menjangkau setahun. *sob...sob*... cepatnya masa berlalu. Disebabkan mama tak rajin nak hapdet blog, maka banyak perkembangan dia tertinggal dan tak terupdate.... Sekarang ni si manja ni dah makin lasak.... Belum boleh berjalan, tapi merangkak sangat laju. Sudah mula tertatih-tatih menyusur dinding, dan berdiri 2,3 saat tanpa bantuan. Sangat kiut, okaayy.....
Tengokla tu.... Sangat aktif. Mulut pun boleh tahan becoknya, kuat membebel macam mama. Hahaha.... Sekarang ni mama, abah dengan mak long tengah pening nak rancang besday untuk all these January girls..... Tak sure nak buat dekat mana..... Tapi, anak mama dah nak setahun.... Terharu....
Ya Allah....terima kasih di atas kurniaan Mu kepada kami... Sesungguhnya aku bersyukur kerana telah kau kurniakan hadiah ini sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami suami isteri.... Amin....
Ditulis pada
1/09/2012 04:13:00 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)