Sekarang ni hampir setiap minggu kami satu family berjalan ke Jusco Bukit Tinggi. Bukan apa, itula tempat yang paling dekat dengan rumah kami. Biasanya kami pergi untuk makan, sebab mama ni kan 'rajin' masak....
Di Jusco Bukit Tinggi ni ada satu restoran faveret mama denganl abah..kedai masakan ala thai. tomyam berapi yang mantopp!!!! Raniah kalau dekat dalam restoran ni mulala melonjak sana sini, seronok..... Kalau sesiapa yang lalu Black Canyon Coffee outlet, mama cadangkan cuba. memang puas hati...
Sabtu lepas, 3/12/2011 mama dengan abah terpaksa tinggalkan Raniah dekat rumah Omma….Huhuhu, sangat jaranglah kami berjalan-jalan tak bawak si comel itu. Tapi sebab kali ini kami tak dibenarkan bawa, terpaksa jugalah kami tinggalkan dia. Huhuhu…. Tapi mak lang dia dah pesan, sila enjoy yer, tak payah risaukan dia…. Uhuhuhu (lagi sekali). Tapi bila difikirkan, agak lama juga kami tak berdating berdua.. Ngeeh (^___^) Naik motor pulak tu........ (Sengih lebar lagi....)
Kemana sebanrnya kami pergi? Hehehe, sebenarnya Jumaat tu mama dapat email dari Groupon, ada offer 50% utk tiket Konsert MOA KPOP 2011 in Malaysia dekat stadium MBPJ, Kelana Jaya. *Wink* *Wink*…. Sukanye saya. Kenapalah dia tak buat offer untuk 2PM... Chansungggg!!!!!! Bergaduh-gaduh jugak la dengan abah nak beli Rock Zone (RM241.50) atau Royal Zone (RM191.50). Abah berkeras nak beli Rock Zone *pengsan*, nak tengok muka Suzy (Miss A) dekat. Oh ya, sebelum mama terlupa, artis malam tu adalah…..
Tak pernah tahu pun kumpulan ni nyanyi lagu apa......
Vic Ummmaaaaa!!!!!!
Suzyyyyy................
Erkkkk!!!!!! (Berdarah hidung!)
Hahaha…. Best tak? Tapi disebabkan kami terlewat, tiket Rock Zone habis, jadinya kami beli Royal Zone jelah…. (Sanggup itu…)
Actually, kami bukanlah peminat kipas-susah-mati kumpulan-kumpulan di atas. Minat memang minat, tapi biasa-biasa je. Mama dengan abah pegi pun, sebab mama nak buat research pasal Hanlyu di Malaysia. Ok, nak kata tak ramai tu, ramai la jugak orang, mostly girls la…. Rata-rata nak tengok SuJu perform. So, cerita banyak tak guna, tengoklah picca yang sempat mama snap kat sana menggunakan kamera kokak mama disebabkan DSLR tak boleh bawak masuk……
Our tiket......
Muka happy.....
Budak-budak pun ada
Miss A....Jauh... Wuahhh....
SuuuJuuuuuu............................
Secara jujur, artis-artis Korea sekarang mostly dikenali sebab sangat terer nyanyi live... Serius , ternganga nasib baik takder lalat mama dengar Yeesung nyanyi OST Cinderella Stepsister... Bukan apa, dia penyanyi POP, tapi suara dia sesedap 2AM..... Mana boleh lawan 2AM di hati mama. Menyesal giler lambat buat keputusan nak beli Rock Zone, kot tak maybe boleh salam berangan dengan SuJu......
Lain kali kalau ada konsert, nak pegi lagi. Seronok tengok artis nyanyi live, lagi sedap dari recording. Hopefully artis Malaysia dapat ikut contoh Korean artis...
Media tak banyak buat coverage, bila semalam keluar paper tentang konsert ni, tergelak baca bila dlm artikel tu diberitahu, Kim Hee Chul ada, sedangkan Hee Chul dah masuk military training.... Takder cover pasal Miss A dan B1A4.....
P/S : Seronok sebenarnya dapat tengok gelagat ramai orang..... Respek tengok ibu bapa yang hantar anak-anak ke konsert tersebut... Pada pandangan mama dan abah, walaupun nampak macam sangat menggalakkan anak-anak ke konsert macam tu, sekurang-kurangnya ibu bapa tersebut dapat memantau ke mana anak-anak pergi... Anak-anak zaman sekarang ni bukan boleh disekat kemahuan, lebih baik buat begitu dari kemudian hari dengar anak-anak buat perangai bukan-bukan hanya kerana kita terlalu menyekat kebebasan mereka.... Zaman Rebel lah katakan.....
Berat sebenarnya hati nak menulis tentang ini. Bukan apa, takut nanti ada yang berfikir bahawa kami tidak ikhlas menjalankan amanah Allah, menjadi ibu bapa. Tidak....Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami, malahan, pada kami, Raniah Zawanah merupakan hadiah, amanah yang terindah yang Allah kurniakan kepada kami.
Menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, dalam waktu yang sama, bekerja serta menggalas gelaran sebagai pelajar separuh masa sangat mencabar, adakala sangat melelahkan. Secara jujur, kami berdua sangat kasihan melihat Raniah, apatah apabila hari Rabu, kami berdua ada kelas hingga jam 10.00 malam. Berjumpa dengan little princess bila waktu hampir mencecah tengah malam, dengan tenaga yang hanya berbaki 20 peratus, melihat si kecil itu merengek nak bermain melepaskan rindu, sangat meruntun hati. Kadangkala tanpa sedar, mama 'ter'tinggikan suara, dan kadang-kadang terlelap semasa bermain atau menyusukan dia, sedar2 dia merengek (sambil tepuk2 muka).... Sangatlah kasihan, dan rasa sangat hopeless...... Penat, sedih semua bercampur baur....Kalau setengah keluarga hanya salah seorang belajar, kami ni betul-betul gila, dua-dua bekerja dan belajar..... (Lagi sekali, sian Raniah....) (T_T)
Mama dan abah sekarang ni sedaya upaya cuba menyelaraskan jadual kelas kami. Akhirnya, hanya hari rabu sahaja yang Raniah kena tinggal dengan Opah Yong sampai tengah malam, hari Rabu. Runtun betul hati mama, dahlah hari-hari lain, mama keluar bekerja jam 7.00 pagi dan balik paling awal dapat jumpa jam 6.15 petang, berapa jam saja dapat luangkan masa dengan Raniah........
Tapi, apabila memikirkan, apa yang kami tempuhi ini adalah hanya sedikit cabaran demi menjamin masa depan yang lebih baik (InsyaAllah), mama tetapkan juga hati. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan semua, dan Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk meneruskan pengajian yang berbaki lagi satu semester lagi....
Mode : Hati tengah rasa macam nak berhenti belajar bila terasa betapa letihnya badan, beratnya kepala otak ni bila nak juggle antara kerja dan assignment...