Permata hati kami....Raniah Zawanah

Hari ini genap Raniah usia 21 hari....Rasa macam baru semalam Mr. & Mrs. Armseeker kelam kabut ke Naluri dan tiba-tiba bila Dr. Kay suruh caesar hari tu jugak sebab uri dah lekang.... Mrs.Armseeker x berkesempatan nak bercerita panjang tentang kelahiran permata hati kami ini, cuma Mr. Armseeker jer yang update kenapa Mrs. Armseeker terpakasa dioperet untuk melahirkan our little Raniah Zawanah....

Dua minggu sebelum kelahiran Raniah, Mrs. Armseeker dah kena early contraction... Sakit yang x boleh nak cakap. Nak pegi toilet, tapi bila pegi, takder aper yang keluar. Letak kat status fb, tiba-tiba dapat ym dari mummy khalish, suruh check up... Bila sampai kat naluri, even baby still kecik lagi dalam perut...Pergerakan dia MashaAllah, aktif,tp heartbeat ms ctg agak lemah....So, letak untuk monitoring....Okla.....Cucuk ubat bagi paru2 matang...Sambil tu dr pesan makan byk sikit, or else akan dpt baby kecik...Adoii, bertimpa-timpa problem. Dahla Masih breech, ada potensi untuk lahir premature dan kecik....Maka duduklah Mrs. Armseeker kat dalam wad 4 hari..... Lepas tu dapat MC seminggu, bed rest....Untuk kurangkan contraction dan survive agar baby kuar cukup bulan. Tapi Dr memang dah cakap akan caesar. Mr & Mrs Armseeker fikir kalau baby dalam tummy sabar sikit sampai cukup bulan, nak lari ke hospital kerajaan. Murah sikit... Huhuhu.....

Nak dijadikan cerita, 23hb Januari tu, Mrs. Armseeker sangat teringin nak makan kat Seoul Gardern. Ajakla mak selayang ngan kak lang sekali.... Memang rasa nak makan banyak malam tu, especially aiskrim dia. Lepas habis makan tu, tergerak hati nak meronda keliling OU, walaupun sebenarnya tak larat. Dah berapa hari perut ni asyik mengeras, tak lembut-lembut. Tapi memikirkan barang2 baby banyak lagi tak beli, ditambah dengan hadiah kak long ngan kak cik x beli lagi.Kak cik tak mintak, sebab tengok maksu dia x sihat, tapi tahu dia nak hadiah tu....huhuhu......

24hb Januari 2011, jam 4.00 pagi terjaga dari tido. Contraction start balik. Masa ni dah masuk ke minggu ke-36. Tapi Mrs. Armseeker just ignore, ingatkan contraction macam hari tu. Sambung tido balik. Pukul 6 pagi terjaga lagi, sakit lagi, tapi still ignore. Hantar mesej pada Jana, bagitahu MC lagi hari tu. Sambung tido balik, sebab badan tak sedap, sementara Mr. Armseeker pegi keje. Jam 11.00 pagi, terjaga untuk kesekian kalinya, kali ni contraction dia bertambah kuat. Memang duration dalam 5 minit sekali. Kebetulan Naluri kol suruh datang ambil ubat ngan MC. Terus kol Mr. Armseeker, bagitahu sakit sangat. Nasib baik barang2 dah standby dalam kereta, baik barang baby, barang mama ngan abah sekali dah siap. Sampai kat Naluri terus mintak jumpa Dr. Mula-mula Dr. Kay nak letak untuk monitoring, tapi lepas tu masa menunggu untuk masuk wad, Dr. Kay keluar balik, tanya perut yang keras sebab contraction tu tak lembut berapa lama.... Masa tu yang dia dapat detect uri dah start nak lekang..... Terus dia buat decision Ceasar hari tu. Hamek ko..... Kelam kabut kitaorg,nasib baik duit untuk deposit ada waktu tu. Terus masuk recovery room, kebetulan memang Mrs. Armseeker tak makan apa-apa dari pagi, lagi cepat boleh dioperet. 

Tepat jam 3.45petang, Mrs. Armseeker terus masuk operation theater. Lepas dibius oleh Dr. Aini, Dr. yang bertanggung jawab untuk anaesthaetic, Lepas ubat bius mula berkesan, Mrs. Armseeker mula panik sebab tak rasa apa2, dan kena sesak nafas. Nasib baik Mr. Armseeker masuk untuk temankan, jadi Mrs. Armseeker mula tenang, walaupun sebenarnya takut sangat-sangat.

Tepat jam 4.31 petang, Mrs Armseeker terdengar tangisan, sambil Dr. Kay ucapkan assalammualaikum, Mrs. Armseeker dah menangis syukur....Mintak Raniah utk BF, tapi dr. tak bagi sebab Raniah kategori baby kecik ngan premmy.... Sudahnye, Mrs. Armseeker cuma dapat tengok dia keesokkan harinya....Sedih sangat.

Raniah day 2


Hadiah dari mr hubby

Raniah day 5
Tapi, Raniah Zawanah, Mama dengan abah sangat-sangat bersyukur dengan kehadiranmu dalam hidup kami....Semoga jadi anak yang solehah dan mendengar kata...Amin.....