My new experience as a mum to be..... Part 5

Saya sedang menghabiskan mc 7 hari saya.Esok saya genap 36 minggu...bermakna bila-bila masa sahaja saya akan melahirkan si kecil ini.... Saya telah mencuba banyak cara,mengharapkan dia sihat dan juga supaya dia berpusing ke bawah....Yer, untuk pengetahuan, semasa scan kali terakhir, anak saya didapati  songsang, dan tidak mahu turun ke bawah. Mungkin kerana tummy mama dia kecil menyebabkan dia tidak dapat berpusing.... Saya sangat takut kerana, sudahlah saya sendiri kurang sihat, anak pula songsang. Tapi saya tahu dia sangat aktif kerana pergerakannya sangat aktif dan kuat.......

Teringat ingin berkongsi tentang mak yong yang mengidam nak makan ais krim stroberi ngan buah stroberi KAT ATAS Cameron Highlands.... Sangatlah mengada-ngada mengidam dari 1st trimester. Terpaksalah encik suami membawa saya ke sana...kebetulan waktu itu memang nak balik Sitiawan, jadinya, kami terus singgah ke Cameron Highlands. Dengan Mrs. Armseeker yang tengah demam dan batuk, tapi gagahkan diri juga untuk bercuti tu..... Seronok sebab lepas check in hotel, kami pegi ke pasar malam di brinchang untuk dinner.... Lepas membeli belah makanan, balik ke hotel, dan berehat.

Esoknya tu, pegi ke ladang stroberi di Tanah Rata..... Ladang ni kalau tak silap Mrs. Armseeker, merupakan ladang kepunyaan bumiputra. Mrs. Armseeker dulu biasa pegi ke ladang ni. Walaupun x dapat petik sendiri, tapi aiskrim, scones dan dadih kat situ superb....Itu yang buatkan Mrs. Armseeker sangat rindukan aiskrim dia......

Gambar kami tak ambil banyak. Entah macammana, tiba2 Mr. Armseeker pulak demam. Berjangkit. Bila tengok macam tu, Mrs. Armseeker terus amik turn drive, dan decide terus balik Sitiawan..... Temperature Mr. Armseeker naik mendadak...... Risau pulak tengoknya..... Inilah serba sedikit gambar yangsempat diambil masa di sana.....


Strawberry ice cream dan scones kat cintamanis farm....

Muka happy x sabar nak makan ais krim.....

KEA Farm
Cheese cake dan seteko teh di Cameron Bharat Plantations......


Gambar memang tak banyak.....sebab Armseeker's memang jenis susah nak amik gambar....Orang kata bercinta kalau nak amik gambar...... At least, ada juga kenangan kami...... Itu yang penting.

hospitalised!!!!

SKRG SAYA BERSIARAN DARI PUSAT PERUBATAN NALURI, WANGSA MAJU. WUWUWU....EARLY CONTRACTION! ANAK SAYA SEKARANG MASIH DISAHKAN BREECH@SONGSANG. JADINYA, SAYA CONFIRM AKAN C-SECT. SKRG SAYA SEDANG MERASA CONTRACTION 10MINIT SEKALI. MR ARMSEEKER SAYA HALAU BALIK KE SELAYANG UNTUK BEREHAT.KESIAN SAYA TGK MR. HUBBY TERSENGGUK-SENGGUK DI KERUSI. X MAHU AMBIL SINGLE ROOM, TAKUT SGT MAHAL. SAYA TELAH DIINJEK UBAT PENGUAT PARU2 UNTUK BABY, KRN MASIH 34 MINGGU. ADE YG TANYE KNP PG PRIVATE, INGIN SAYA TEGASKAN, SAYA TIDAK SANGGUP LG DIMAKI DAN DIMARAHI OLEH DOKTOR KERAJAAN....LAGIPUN KEBANYAKAN MEREKA ADALAH LELAKI YG SGT KURANG ....... CUKUPLAH PENGALAMAN YANG LEPAS2,KERANA MEREKA SELALU MENGANGGAP IBU YG MENGANDUNG ANAK PERTAMA INI MENGADA-NGADA...SAMPAI DI SINI SAHAJA POST KALI INI.DOAKAN SAYA DAN ANAK SAYA SELAMAT. MOGA SI KECIL INI BOLEH BERTAHAN HINGGA MINGGU KE 36.

My Life As Mom To Be....Part 4

Saya sudah melangkau masuk ke minggu ke 33.... Si kecik ini masih lagi berada di atas kepalanya... Adakah mengulangi sejarah silam???? Huhuhu...... Mamanya juga khabarnya ada ciri-ciri anak yang dilahir songsang, saya tidak tahu itu.... Cuma kawan-kawan memberitahu kerana ada ciri-ciri fizikal menunjukkan begitu.... Harapnya tidaklah.....

InsyaAllah 12hb Januari ni check up kat PPUM. Huhu...hati tengah berbelah bahagi samada nak deliver dekat Naluri or PPUM.... Cakap dengan mak, kalau normal,Naluri ler... kalau C-Sect, aduh, nangis nak duduk situ.... Mana nak cekau duit tu. PPUM la jawabnya.... Harapnya segalanya normal la.....

Mood sekarang: kadang-kadang grumpy....Especially bila si kecil ni meragam dalam tummy mama..... Yang jadi mangsa, Mr. Armseeker....Terpaksa bangun di tengah malam semata-mata menenangkan mama ngan si kecil dalam perut yang meragam...Huhuhu.....

Duduk di rumah baru ni, tenang jer. Seronok sebenarnya.... Masa sambutan tahun baru, baru-baru hari tu, kami berdua tak ke mana pun. Seharian ada orang datang baiki wiring dalam rumah yang sering 'trip' sepanjang kami duduk di sana, habis je kerja-kerja mereka dalam pukul 10 malam, Mrs. Armseeker teringin nak makan KFC. Ingatkan boleh pergi yang terdekat@ Seksyen 7....Sekali jalan jem. Terus menuju ke Seksyen 2. Orang-orang Shah Alam dan luar Shah Alam semua menuju ke I-City....Nak raikan tahun baru...... Balik dari KFC Seksyen 2 tu, ingatkan nak terus balik rumah....Terkejutnya kami bila tengok jalan nak ke rumah, nak masuk rumah, tepi rumah sumer penuh dengan kereta dan orang ramai. Inilah bahananya bila rumah tepi I-City...Nak masuk I-City tak boleh, tepi I-City pun jadilah untuk tengok bunga api. Sangatlah meriah.......

Sekarang ni nak jalan pun dah tak berapa larat....Perut dah makin ke depan, dan berat. Makin letih dan kerap tertidur kat opis (Buruk perangai!). Dekat rumah, dah pasang aircond, Mrs. Armseeker dah makin rajin buat house chores, sebelum ni malas yang amat...Hantar dobi jer.... Harapannya, kami dapat kumpul duit, untuk beli rumah yang kami duduk sekarang, ataupun nak lagi best, Banglo (berangan!!!) :D

Mrs. Armseeker pun sekarang ni banyak membaca tentang exclusive breastfeeding, dan juga penggunaan Cloth Diaper. Mungkin Jumaat ni nak pegi Amcorp Mall, melawat Lunatots, tanya tentang penggunaan CD. Sekarang ni tengah rungsing memikirkan siapa nak teman masa dalam pantang.... Tolong Mrs. Armseeker sewaktu dalam pantang. Dari hari ke hari nak pegi rumah Pak cik Bahari di Seksyen 17, nak book mak dia as confinement lady, tak pegi2 jugak. Nak ziarah Yong Bu, nak tanya sanggup ker dia babysit si kecik ni.... Banyaknyer perkara x setel lagi. Sangat risau...... Wuwuwu.... Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah untuk kami berdua. Amin.