My Life…..

This is my true life…These days, I feel damn tired. Tired with my working environment. Tired to be the third party of this journey of unknown princess, the story teller. It's no point when you 'ckp kias-kias' when you suffering and all of sudden its started to kill me softly. Darn!!!

Change to bahasa melayu….

Penat…Kecewa….Semua ader dan bermain di mindaku. Kecewa kerana manusia dan ragamnya. Penat melihat apabila melihat umat Nabi Muhammad S.A.W iri hati dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Itulah manusia. Pepatah melayu : "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Ader yang kejam, ada yang lebut hati. Yang kuat sentiasa menang, yang lemah sentiasa ditindas…Lumrah dunia.

Teringat zaman belajar. Sebelum aku berjaya menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Komunikas Massa (Penerbitan). Aku memilih untuk memohon TESL di universiti yang sama. Pada masa yang sama, aku ditawarkan oleh British Council untuk menyambung pelajaran di Canada. Sesuatu yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa selain keluargaku. Namun begitu, halangan dari satu-satunya kekandaku dan juga kedua ayah bonda membuatkan aku terpaksa melupakan niat untuk menyambung di sana. Tidak membenci mereka kerana aku tahu mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku. Kekanda ku tidak rela melepaskan adindanya kerana dia telah mengetahui perit dan susahnya merantau ke Negara orang, tambahan pula peristiwa 9/11 masih baru, dan hanya aku seorang sahaja ditawarkan ke sana, membuatkan dia gusar untuk melepaskanku. Sementara kedua orang tuaku tidak rela melepaskan puterinya kerana tidak sanggup berjauhan. Terlepaslah peluang keemasanku.

"Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri".

Itulah keputusan paling susah untuk dibuat aku waktu itu. Permohonan TESL tidak berjaya. Padan muka aku…Muet punya pasal.

"They go for band 4", penolong pendaftar di sana yang cuba membantuku di dalam rayuanku memberitahu.

Memang betul-betul padan muka aku. Lain kali masa nak amik exam, main-mainlah lagi. Lepas tu tertidor dalam dewan periksa. Ader jin yang akan tolong kau amik periksa tu…Hehehe…Dahla bangun tidor abang angkat ku yang baik hati tolong kejutkan. Terimalah akibatnya.

Inilah akibat apabila semangat ke'komader'an yang tinggi, actually malam sebelum exam, aku tgh sibuk training untuk jambori. Habis exam, aku trus cabut ke Pahang. Tidor lambat, dalam pukul 1 pagi….hinggalah deringan telefon bimbitku berbunyi.

"Renee, bangun. Ader Muet kan,' lembut suara abangku seorang mengejutkan aku bangun dari lenaku.

"Tak nak pegi boleh tak?" malasnya aku, kerana aku tahu sudah semestinya aku tidak mampu memberikan yang terbaik sewaktu menjawab kertas soalan. Dan telahanku betul, kerana waktu essay, selama dua jam, aku tertidur selama satu setengah jam(walaupun berjaya siapkan essay). Dan keputusannya, Yeay!!! Padan muka aku sbb tak dapat masuk TESL.