Kelengkapan Musim Luruh 2014 Korea Seoul, Nami Island , Busan

Kelengkapan Musim Luruh 2014 Korea Seoul, Nami Island , Busan

Mungkin ada yang nak tahu tentang persiapan untuk ke korea ni memandangkan cuaca di sana berbeza dengan kita yang ada musim panas dan hujan je. Kami pergi waktu penghujung musim luruh, cuaca terbaik untuk melawat Korea Selatan menurut ramai orang dan orang Korea sendiri. setuju sangat! Kenapa terbaik? pendapat saya sendiri adalah kerana kecantikan alam semulajadi waktu ini sangat menakjubkan pelbagai warna pokok musim luruh dapat kita lihat. Jika kita lihat cantiknya gambar pokok musim luruh, cantik lagi bila depan mata. Kedua kerana sangat best berjalan dalam cuaca sejuk yang kami rasakan refreshingly cool, beza dengan winter punya sejuk yang agak menyakitkan kiranya (macam pernah pegi plak). 

SUHU sepanjang kami disini adalah lebih kurang 0-15 darjah celsius. Paling sejuk pada pagi hari ke-3 iaitu -1 darjah celsius. Sebelum sampai disini agak konpius untuk membayangkan suhu 0-15 darjah celsius, yelah 1st time pegi iklim berbeza ni, maaf kalo jakun kan. tapi jika anda pun macam saya, musykil dengan suhu ni anda bolehlah mencuba setting aircond pada 15 darjah celsius yang biasanya dekat korea pada tengah hari terik. Itu saja dah cukup untuk anda merasa suhu seperti di sana, CUMA satu sahaja tak tahan bila angin datang, walaupun Seoul ni bandar entah datang dari mana angin akan membuat anda menyesal tak pakai muffler atau hoodie tutup semua kulit kita dari kena angin. Bayangkan ekon full blast dan anda pasang kipas angin full blast kat muka, memang best... hoho.

BAJU

Sebelum pergi kami disarankan untuk beli longjohn untuk kegunaan di sana, kami pun belilah satu set untuk family dan anak-anak adalah 2 set. Tapi abah and mama cuma pakai hari pertama sahaja sebab cam takde effect, lemak tebal ke? emmm saya ni at that time 171 cm 75 kg overweight by 5kg, skang dah 70 kg sbb byk sgt jalan kat sana kot. Kami beli rm90+ dekat Universal traveller sepasang, kira yang paling murah dan ikut suhu musim luruh. Long John ada macam-macam jenis dan mengikut suhu. Bila tengok kekawan lain tak pakai LJ selamba jer pada hari pertama. hari kedua pun kami dah tak pakai, rasa cam ok jer, xde beza pun, tak taulah mana salahnya, simpan jela kalo nak gi korea winter time plak. hoho. TETAPI anak-anak adalah wajib bagi mereka yang tak dengar cakap ni, yelah budak2 kan kalo dah panas sweater tu tak nak pakai dah, campak tepi jer. wajib budak-budak ni pakai LJ sebab depa malas nak pakai sweater, sekejap bukak sekejap pakai, Raniah ni memang kitorang pakaikan LJ tshirt and lagi satu outer garment biar 3 lapis. dia x pakai sweater pun steady je. kami selalu cek suhu badan diorang dengan masukkan tangan ke dalam baju supaya mengelak dari hypertemia atau lain-lain masalah.

Trial and error la kan sebab takde pengalaman. Balik dari Korea ade jugak usha kedai macam Universal traveller yang jual winter clothing, banyak pulak LJ yang lebih murah dari UT lepas tu jual bundle 2 pasang sekali. elok atau tak tak taula den sebab made in China, tapi skang ni semua made in China kan. maybe korang bolehlah terjah, ada satu kedai ni kat SACC Shah Alam tingkat 2 belah belakang.

Kasut pakailah kasut sport yang ada banyak padding air-pad bagai dan tidak mudah melecet, stokin at least beli dua sebab kalau satu sahaja akan jadi super smelly and dekat bahagian hujung kaki mau haus. some of adik2 ni siap kena beli kasut kat sana sebab kasut yang dibawak tak sesuai, tapi nasib baik depa ni masyuk bawak sejuta won sorang. harga kasut kat sana mahal sket dari sini, yang kita boleh beli adalah kalau ada sale. kalau dah sale tu nak memilih saiz dengan pattern yang cantik tu mungkin susah sket. pokoknya elakkan beli dekat sana.

Wajib bawa Jaket untuk layan sejuk kat sini dan yang paling penting sekali adalah untuk GAYA hehehe, jangan pelik kat sini ajusshi ajumma semua stylo k, pokoknya semua org kat sini, terutamanya di bandar seoul stylo giler. Jeles abih aku tgk orang kat sini berfesyen, nak beli kat sini agak parah jugak, duit cukup untuk travel je, sigh.... maybe next time. Aku bawa 3 jaket, nampak tak tamak halobanya kat situ? 2 cotton 1 synthetic leather tapi yang paling banyak pakai adalah jaket leather. Main point jaket adalah untuk block angin dari kena badan so form fitting dan ciri-ciri angin sejuk tak boleh penetrate jaket leather makes this jacket my favorite, lagipun i look super cool in leather lol. 2 jaket lagi tu pakai sekali je pastu trade dengan my adik Bad. 

Satu lagi yang aku kira penting bawa Jaket yang berbutang or berzip depan, bila masuk warm area like restaurant or mall senang nak bukak. kalau pakai hoodie leceh nak bukak. some may say eleh berapa saat je nak bukak hoodie tu pun, but when we travel and there are a lot of people and kids too in the group it will be a big hindrance. well to me at least. Menyesal giler bawak jaket banyak kalau tau bawak jaket leather ngan tshirt lengan panjang, ngan seluar jer. Seluar yang elok adalah yang khakis sebab durable dan lebih ringan dan kurang tebal dari seluar jeans. Tapi nak disebut juga, seluar jembalang lebih warm dari khakis ye ikutla pada masing-masing sebab my leg biasa tak sejuk sebab banyak lemak kot.

Bags

Terpulang pada gaya travel anda, backpacking ke? banyak pindah randah ke or just satu tempat je? our family of four pakai 1 beg karrimor hitam besar 70l full dengan baju 4 orang (love this bag), 1 beg deuter 45l full dengan makanan, 1 beg baby full dengan pampers ngan barang hygiene, 1 stroller babyzen yoyo.  Baju anak-anak adalah priority sebab dibimbangi tak sempat nak basuh dan keringkan baju kat sana. Cuaca di sana agak mustahil untuk jemur baju sampai kering, sampai kejung bolehlah hehe. kami ambil inisiatif lepas basuh baju sebelum tidur tu jemur atas lantai homestay yang warm/ ada heater pagi besok baju tu dah kering dah, kalau masih lembap kami biarkan di situ sampai la kami balik semula. 

What we should have done (WWSHD) disebabkan kami banyak bertukar lodging and pergi airport, bawak beg besar dan banyak adalah masalah besar. bring only 2 bags, no need for 1 full bag of food, just 2 bags with reasonable weight that we can move about freely and not termengah-mengah nak bawak. 1 10kg bag for me and 1 5kg bag for my wife. if more weight was added we would only resolve on riding taxi all over the place. I think the bags have stolen many won from us because we had to go to 3 lodging and 2 airport which incur additional cost for taxi which we did not account for. Naik subway adalah jauh lebih murah dari taxi tapi kalau berat beg dah buat ko senget ke blakang mau naik taxi je. However kalau anda hanya ke satu tempat sahaja bawaklah beg berat macam mana pun ok sebab beg itu parking kat lodging jer. cuma naik taxi bila nak heret beg ke airport and back je.

Food

Banyak sangat tapau makanan dari Malaysia pun susah jugak, which what happen to us. each of us took too many food to korea, bila dikumpul dah menjadi masalah sebab leceh nak heret ke sana sini. Kami sangkakan susah cari makanan kat Korea, but actually its pretty easy kalau tak memilih sangat. Kami amik approach blogger Zarina yang terjah restaurant yang tak jual daging dan babi di satu kedai dan guna satu ayat yang saya kira penting sangat-sangat untuk kita hafal.

ajusshi/ajumma ham gogi sseul nojimasaeyopakcik/makcik pork/babi daging alkohol jangan letak

uri/wo an mogeoyokami/saya tidak makan

kamsahamnidaterima kasih

yang paling penting adalah ayat yang pertama, sebut 2-3 kali sampai dia angguk atau cakap haiiit. lpas tu tanpa was-was belasah le. Ini pun hanya laku kat kedai yang tanpa daging dan pork ye. seafood or vegetarian only. Dengan ayat ni dapatlah kami merasa tteokbokki ajumma ngan sotong steamboat... yummy.... well datang negara orang takkan nak makan makanan Malaysia je kan, WWSHD bawak maggi paket, serunding paket, sardin jika perlu, dan brahim pun ok gak tapi jangan banyak sangat sebab berat. Sardin dan brahim elakkan sebab berat dan makan kalau perlu sahaja. kat sini ada banyak jual nasi instant yang sedap dan berpatutan harganya, 1 cup instant rice adalah sangat cukup untuk satu meal. my regret is too many Malaysian food and less of korean food masa kat sana. hmmmm... nak tteokbokki lagi huwaaaa....

03 1st day
04 3rd day - Pulau Nami

Trip Korea Musim Luruh 2014 - Seoul, Jeju and Busan dalam 7 hari!

Adik kawasan @Gyeongbokgung Castle
9-16 November 2014 menjadi satu lagi tarikh bermakna bila kami akhirnya sampai ke Korea Selatan ini selepas setahun research dan kumpul duit. Duit takde tapi nak pegi melancong korea? macam mana tu? simple je beli tiket untuk fly tahun depan dan kumpul duit sampailah ke hari nak fly. akhirnya menjadi jugak plan kami. walaupun agak goyang dan duit habis ke sana sinun almaklumlah ada bisnes dan family yang memerlukan perhatian, tapi target berjaya juga dicapai. 

Kami tukar duit ke 1,000,000 won / sejuta bersamaaan RM3200 berjaya dikumpulkan, untuk 4 orang. sesetengah orang mungkin rasa ini banyak(atau sikit) tapi actually ini adalah agak budget untuk 2 adult and 2 kids. masa tukar duit tu cam konpiden jer, sejuta kot. tapi dah sampai sana, harga barang-barang sana dah main puluhan ribu. terus rasa goyang sekejap tapi maintain composure dan cubalah berjimat selagi boleh. Itu yang rasa kurang sikit sebab budget utk shopping dan souvenir dah melencong ke lain. bukanlah melencong ke mana pun, kami manfaatkan sepenuhnya pengalaman di sana dengan bungee, zipline flying fox, Namsan tower, Jeju and Busan. ini baru belanja di sana. tiket fly yang dibooking akan dibreakdownkan dalam post2 lain

Mula-mula nak honeymoon 2 orang, lepas tu cam kesian nak tinggalkan 2 kenit tu. Kesian depa kena tinggal dengan omma nyer (nenek selayang). terpikir nak bawak bibik iaitu my sister Kaklang. pastu alang2 nak bawak org lain ajakla anak sedare yang dalam masa yang sama tgh kerja dekat my taska in Shah Alam ni, pung pang pung pang org ni ajak orang tu, orang tu ajak orang ni, jadilah kami 12 adult and 2 kids, amek ko 10 bibik aku bawak. haha bagus-bagus kat sana bergilir-gilir diorang angkat anak aku. walaupun raniah hanyalah seberat guni beras 10kg kalo dah banyak berjalan tu mau tercabut tangan jugaklah rasanya. bergilir-gilir la kome hoho. mekasih banyak-banyak tu my bibik sumer :).

Siapa yang poie Korea la tu? Abang ngah(me), Kak Ngah(rini,zu), Raniah, Zaim, Kaklang, Bad, Alin, Toyoi, Naem, Fara, Anis, Wani, Lokman and Asma. 


@ Teddy Bear Safari entrance, Standing from left: Naem, Fara, Lokman, Farid, Zue, Ahmad(me) Bad and Zaim , Asma
Sitting from left: Alin, Wani, Kaklang, Anis and Raniah
Ini antara gambar rare sebab kami semua dalam satu gambar di Jeju Island, Teddy Bear Safari or Teseum diambil oleh driver taxi yang sempoi.

Di bawah ini itinerary cadangan sahaja sebelum fly, bila kita dah kat sana mungkin kita akan tukar plan. 

Itinerary/ jadual cadangan asal Korea Autumn 2014
Ini adalah aktiviti sebenar, rasanya tak banyak beza pun. paling penting all the important must visit place dah disetelkan for us at least.
Itinerary South Korea Autumn 2014 - the actual activity we have done 
Tengok dari jadual ini mungkin anda pelik kenapa banyak sangat fly, espescially kenapa tak pegi Incheon, Seoul je kan from 1st day. seperti disebutkan tadi cadangan asal nak pergi berdua sahaja honeymooners nak lepak busan dulu 2 hari pastu gi seoul n last day baru balik busan n fly to Malaysia balik. kami nak rasa naik KTX train yang 4 jam tu. tapi bila dah melibatkan anak-anak dan kawan-kawan keselesaan. masa dan PULUS diutamakan ;). KTX train adalah 200++ seorang dan ambil masa 4 jam. padahal fly 45 min dan harga 90++ seorang shj. Well plan changes from time to time sebab yelah planning setahun kan. 

Geng Korea Autumn 2014 - outside Cozy Itaewon Lodging House
emm nak sambung ke nak ke post lain......
meh publish dulu la.

to be continued....
01 Itinerary
02 Kelengkapan
03 1st day
04 3rd day - Pulau Nami







Tiada lagi tempoh caj panjang! bateri baru Titanium Nanotube akan menggantikan bateri lithium

ntu assoc prof chen xiaodong with research fellow tang yuxin and phd student deng jiyang
NTA associate professor Chen Xiaodong with research fellow Tang Yuxin and PHD student Deng Jiyang.
Bateri rekaan terbaru seorang saintis akan membolehkan anda caj bateri telefon bimbit atau bateri kereta eletrik dalam masa beberapa minit sahaja mengikut artikel ilmiah Advanced Materials. Penyelidik Chen Xiaodong dari Nanyang Technology University telah mereka semula bateri dengan menggunakan teknologi titanium dioxide nanotube. 
Bateri yang dijangka boleh digunakan secara komersial pada tahun 2016 itu juga mempunyai kelebihan lebih baik dari bateri lithium iaitu 10,000 charge cycle (had bilangan pengecasan semula bateri) dan dijangka mempunyai 20 tahun tempoh pengunaan, 10 kali ganda dari bateri lithium biasa. ini juga menandakan pengurangan pembuangan sisa bateri yang kian menjadi isu kerana hayat bateri dapat dipanjangkan.

Bateri ini juga akan mencetus revolusi dalam bidang kereta eletrik yang menggunakan bateri, teknologi kini memerlukan pengecasan berjam-jam berbanding pengecasan beberapa minit dengan teknologi baru ini. Tambahan lagi harga kereta eletrik akan turun kerana pengurangan kos produksi bateri eletrik dan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Walaupun bateri ini dari idea baru tapi rekaannya tidak jauh berbeza dengan rekaan sedia ada membuatkan ia dapat diadaptasi dengan teknologi pembuatan semasa.


Nota tambahan:
artikel ini merupakan sebahagian dari kajian Viral Marketing saya, sila klik like, share atau comment jika anda rasa artikel ini wajar menjadi viral. Sila comment pendapat anda tentang bagaimana artikel ini boleh menjadi viral, atau apa saja berkaitan viral. Terima kasih.


selamat datang Zaim Rusyaidi Ahmad Ramdhan (Part 1)

Assalammualaikum,

Mama bersiaran lagi.... di tengah malam, sambil cuba menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Dah tepu, mama pun tiba-tiba ada mood nak update, jadi mama pun update.....

Hari ni usia Zaim Rusyaidi telah menjejak hampir 8 bulan....Alhamdulillah.... dia seorang anak yang sihat, walaupun lahir tak cukup bulan.... (36 minggu). Jaundis ada, tapi belum capai tahap bahaya. Apa yang mama takut jadi jugak, Zaim lahir tak cukup bulan, sama dengan kakak dia. Beza nya, zaim lewat 2 hari dari kak yong Raniah Zawanah....

Mama sentiasa doa masa Zaim dalam kandungan supaya dia melepasi tempoh matang, tapi takdir Allah, masih juga tak sampai. Kalau ikut kiraan di UMRA, Zaim baru 34 minggu dalam kandungan masa dilahirkan. Tapi scan di hospital dan klinik kerajaan, masa mama ditahan wad, zaim dah cecah 35 minggu dan seberat 2.6kg.

Kenapa mama kena tahan wad dan terus 'dipaksa' bersalin kali ni..... sebenarnya, 3 hari sebelum mama dimasukkan wad, mama rasa letih sangat..... keesokkan harinya, mama still pegi keje macam biasa tetapi dengan kepenatan yang amat sangat. Nak dijadikan cerita, esoknya (Isnin) malam tu, balik dari keje, selesai mandi dan makan malam, mama bersiap untuk masuk tidur, mama rasa ada air turun... urghh... mama pegi toilet, tengok bukan keputihan. Tapi air yang takde bau, habis basah. Perut sakit amat...mama bagitahu abah perut sakit, tapi tak bagitahu pasal air tu.... kebetulan besoknya mama ada check up di klinik kesihatan, jadinya mama terus inform dr di kk tersebut.

Nak dijadi cerita, dr check dan scan mama, refer balik bacaan amniotic fluid masa check up terdahulu, dr cakap kemungkinan leaking sebab bacaan rendah dari sebelumnya. Terus mama dapat surat reference untuk ke hospital kerajaan. Disebabkan biasanya mama check up petang, jadi alang-alang, mama tunggu abah balik dari kerja dan ajak pegi PPUM. Dalam hati dah terasa, for sure kena tahan sebab leaking.

Sampai kat PPUM, kena bebel sebakul kau dengan reception sana sebab lambat daftar. Sekali dr keluar, minta kami ke HKL sebab PPUM tak cukup ventilator. Mulanya mama malas nak pergi, tapi sebab pinggang dah krem, so gagahkan juga. Ajak abah singgah mana-mana untuk dinner dulu. Nasib baik beg baju sumer dah siap sebab KK dah warning awal suruh siapkan baju takut jadi kes macam ni...
huu.....

Sampai kat HKL, tunjuk surat refer, bawak sekali GL, terus dibawa masuk PAC. Okay, agaknya ramai doktor kerajaan ni lelaki.... Malu tak payah nak cakap la.... Yang doktor nye muda-muda pulak tu, lagilah segan. Tapi sebab dek sakit, kan? Ku tahan aje.

Bila dr check, dan tengok ada leaking, terus masuk wad utk pemantauan. Disebabkan wad kelassatu dan kelas dua penuh, dia minta mama bersabar di kelas tiga hingga ada kekosongan. (Tak kisah pun sebab makanan sedap). Hahaha.

Lepas 3 hari (dah dicucuk dgn ubat matangkan paru-paru, sakit wooo!!!) Dr Ravin yang sangat baik.... advise utk mama buat vbac. Sebab dia tengok luka cser terdahulu dah ok. Dinasihatkan juga samada nak pindah ke HTAR, Klang atau Sg. Buloh sebab dekat dengan family. Tapi dia lagi prefer kalau terus di HKL, lebih mudah sebab dia dah rancang untuk terus induce ketika kandungan mencecah 36 minggu. Rasa nak nangis sebab Zaim akan jadi baby prem lagi....

Owh, kes pindah spital..... Mama dan abah akhirnya pindah ke Hospital Selayang, untuk lebih dekat dengan parents in law, dan juga pejabat kakak kesayangan ku, jadi lebih senang....

Malas nak sambung, jadi mama bagi dulu teaser gambar si debab dan si manja kesayangan ni....




Senarai Sekolah Swasta dan No Telefon


Senarai Sekolah Swasta di Malaysia, alamat no untuk dihubungi dan faks


1.
Sekolah Beaconhouse Sri Inai (Rendah )
Lot 1098 & 1099 Jalan Jejarum,
Off Jlnss 23/6, Tmn Sea,
47400 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-7804 6025/7804 5403
Fax: 03-7804 4604
2.
Sekolah Beaconhouse Sri Murni (Rendah)
Batu 9, Jalan Cheras
43200 Kajang
Selangor
Tel: 03-9075 1662/63
Fax: 03-9076 1507
3.
Sekolah Bestari Iltizam
No. 1 Persiaran A
Off Jalan Lapangan Terbang Subang
47200 Subang
Selangor
Tel: 03-7847 1000
Fax: 03-7847 1001
4.
Sekolah Rendah Advent Damai
Jalan Tandek, Kg. Damai,
89108 Kota Marudu
Sabah
Tel: 088-662 457
Fax: 088-662 458
5.
Sekolah Rendah Advent Gaur
Kg. Gaurpeti Surat 135
89158 Kota Belud
Sabah
Tel: 016-587 1680
Fax: 088-431 359YULI
6.
Sekolah Rendah Advent Marabau
Jalan Sikuati, Kampung Merabaupeti Surat 35,
89057 Kudat
Sabah
Tel: 019-861 3564
Fax: TIADA
7.
Sekolah Rendah Advent Merabau
Jalan Sikuati
Kampung Merabau, Peti Surat 35
89057 Kudat
Sabah
Tel: 019-8724544
8.
Sekolah Rendah Advent Mission Sungoi, Kota Merudu
Jalan Langkon Baru
Kampung Sungai Laut
89102 Kota Marudu
Sabah
9.
Sekolah Rendah Advent Podos
Batu 10 Jalan Ranau
Peti Surat 178
89158 Kota Belud
Sabah
Tel: 018-8985985
10.
Sekolah Rendah Advent Tambuluran
Kampung Tabuluran
Peti Surat 497
89058 Kudat
Sabah
11.
Sekolah Rendah Advent Tambuluran Kudat
P.O.Box 497,
89058 Kudat
Sabah
Tel: 019533 5672
Fax: TIADA
12.
Sekolah Rendah Advent Tamparuli
P.O.Box 7, Simpang Kiulu,
Jalan Tamparuli Lama,
89257 Tamparulli
Sabah
Tel: 088-782 490
Fax: 088-782 490
13.
Sekolah Rendah Advent Tenghilan
Pejabat Pos Mini Tenghilan,
Peti Surat 87
89260 Tenghilan
Sabah
Tel: 088-981 1141
Fax: 088-782 240
14.
Sekolah Rendah Al-Salam
Tingkat 2, Wisma Hokkien,
Jalan Leila,
90000 Sandakan
Sabah
Tel: 089-211 559
Fax: 089-211 975
15.
Sekolah Rendah An-Najaah
205, Jalan Langgar
5400 Alor Setar
Kedah
Tel: 04-732 6917
Fax: 04-732 1731
16.
Sekolah Rendah Austin Heights Jb
Blok A, No.2Jln Austin Heights 3/1,
Taman Mount Austin,
81100 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-351 5000/3000/3003
Fax: 07-352 8373
17.
Sekolah Rendah Ayer Manis
Peti Surat 2,Batu 37,
Jalan Kuching Serian
94700 Serian
Sarawak
Tel: 082-874 189
Fax: 082-874 189
18.
Sekolah Rendah Beaconhouse Sri Lethia
Lot 109, Jalan Limau,
Off Jalan Istana,
41000 Klang
Selangor
Tel: 03-3373 3771
Fax: 03-3373 3758
19.
Sekolah Rendah Bersepadu Kemayan
88 Jalan Indutri Galla 8,
Taman Mutiara Galla,
70200 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-762 9623
Fax: 06-7629 588
20.
Sekolah Rendah Bestari Asia Pacific (Rendah)
No.1,Persiaran A,
Off Jalan Lapangan Terbang Subang
47200 Subang
Selangor
Tel: 03-7847 1000
Fax: 03-7847 1001
21.
Sekolah Rendah Islam Alor Setar
KM 5, Jalan Dato Kumbar
05300 Alor Setar
Kedah
Tel: 04-7339063
Fax: 04-7305863
22.
Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA)
KM3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim
05400 Alor Setar
Kedah
Tel: 04-772 1913
Fax: 04-771 7363
23.
Sekolah Rendah Lodge
Lororng Keranji 4E1,
Tabuan Jaya,
93718 Kuching
Sarawak
Tel: 082-363 554
Fax: 082-362 517
24.
Sekolah Rendah Sathya Sai
Batu 6, Jalan Puchong
58200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-7782 1945
Fax: 03-7782 1946
25.
Sekolah Rendah Sda Advent Sungoi Kota Marudu
Jalan Langkon Baru Peti Surat 47
Kg. Sungai Laut
89107 Kota Marudu
Sabah
Tel: 012-834 3875
26.
Sekolah Rendah Sda Goshen
Kampung Goshen
Peti Surat 161,
89108 Kota Marudu
Sabah
Tel: 088-661 041
Fax: 088-663 596
27.
Sekolah Rendah Sda Kelawat
Kampung Kelawat
Peti Surat 58
89157 Kota Belud
Sabah
Tel: 088-966 293
Fax: TIADA
28.
Sekolah Rendah Sda Rengalau
Batu 4 Jalan Ranau
Peti Surat 94,
89158 Kota Belud
Sabah
Tel: 016-831 7472
Fax: TIADA
29.
Sekolah Rendah Sda Sungoi
Jalan Langkon Baru
Peti Surat 47, Kg. Sungai Laut
89107 Kota Marudu
Sabah
Tel: 088-985 934 / 019-871 3593
30.
Sekolah Rendah Sda Tagaroh
Kampung Tagaruh, Bandau
Peti Surat 147,
89108 Kota Marudu
Sabah
Tel: TIADA
Fax: TIADA
31.
Sekolah Rendah Sekim Lamber
Peti Surat 1577 Bintulu
98000 Miri
Sarawak
Tel: 085-739 308
Fax: 085-739 308
32.
Sekolah Rendah Sekim Lembir
Peti Surat 1577
98000 Miri
Sarawak
Tel: 085-421155
Fax: 085-411985
33.
Sekolah Rendah Seri Cahaya
Lot 2361, Jalan Persiaran,
Sri Pelentong,
81750 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-386 4468
Fax: 07-286 4471
34.
Sekolah Rendah Seri Insan
Taman Bdc, Phase 8,
Batu 5.1/2, Off Jalan Tuaran
88450 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-425 700
Fax: 088-436 800
35.
Sekolah Rendah Seri Omega
Ptd 68152, Jln Persisiran Sutera Danga,
Taman Sutera Utama,
81300 Skudai
Johor
Tel: 07-556 1368
Fax: 07-556 5368
36.
Sekolah Rendah Seri Suria
Lot 217, Mukim Hulu Langat
Batu 13, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat
Selangor
Tel: 03-9021 3601/02
Fax: 03-9021 4319
37.
Sekolah Rendah Seri Temasik
No.10, 10A-B, 11 Dan 11A-B Jalan Sri Putra 1
Bandar Putra
81000 Kulai Jaya
Johor
Tel: 07-6632228
Fax: 07-6638228
38.
Sekolah Rendah Setiabudi
Lot Pt 5605 Jalan Sg. Pusu,
53100 Gombak
Selangor
Tel: 03-6188 4400
Fax: 03-6188 8340
39.
Sekolah Rendah Sri Andalas
2, Jalan Yahya Awal
Johor Bahru
Johor
Tel: 07-226 0222
Fax: 07-226 0333
40.
Sekolah Rendah Sri Ara
No.29,Jln Straits View,
80200 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-222 2089
Fax: 07-223 0089
41.
Sekolah Rendah Sri Bestari
Persiaran Margosa,
Bandar Sri Damansara,
52200 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-6275 5888
Fax: 03-6273 2070
42.
Sekolah Rendah Sri Cempaka
Persiaran Awana
Taman Cheras Permata Dua
43200 Cheras
Selangor
Tel: 03-9076 8400
Fax: 03-9076 8194
43.
Sekolah Rendah Sri Dasmesh
No. 12, Jalan Pantai Baru
59200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-2288 1600
Fax: 03-2284 0200
44.
Sekolah Rendah Sri Fairview
Lot 4178 Wangsa Maju
Mukim Ulu Klang
50450 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
45.
Sekolah Rendah Sri Garden
9, Jalan 1/75Coff Jalan Pria,
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-9286 2668
Fax: 03-92871668
46.
Sekolah Rendah Sri Kdu
No. 7, Jalan Teknologi 2/1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-6157 8123
Fax: 03-6156 9011
47.
Sekolah Rendah Sri Kenanga
No 41-45 Jalan Lebuh Pudu
50050 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-2072 8598
Fax: 03-2070 8823
48.
Sekolah Rendah Sri Kuala Lumpur
No. 1, Jalan Ss 15/7A
Subang Jaya
47500 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-5634 3491/93
Fax: 03-5634 3489
49.
Sekolah Rendah Sri Labuan
No 5012, Jalan Tanjung Batu
82192 Labuan
Wilayah Persekutuan
Tel: 087-421 059
Fax: 087-415 645
50.
Sekolah Rendah Sri Mawar
Lot 738, Jalan Datuk Permaisurip.O. Box 1212,
Boulevard Post Office, Boulevard Shopping Complex
98000 Miri
Sarawak
Tel: 085-658 606
Fax: 085-655 769
51.
Sekolah Rendah Sri Mulia
Lot 1450, Jalan Persatuan, Krokop,
98000 Miri
Sarawak
Tel: 085-416 692
Fax: 085-417 984
52.
Sekolah Rendah Sri Nobel
Bangunan Lot 2A & 2B
Jalan SS 2D/6
47301 Kelana Jaya
Selangor
Tel: 03-7880 6325
Fax: 03-7880 3325
53.
Sekolah Rendah Sri Nobel
Lot 2A&2B,
Jalan Ss5D/6,
47301 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-7880 6325
Fax: 03-7880 3325
54.
Sekolah Rendah Sri Pelita
Jalan Cengai
11200 Tanjung Bungah
Pulau Pinang
Tel: 04-890 627704-899 6277
Fax: 04-890 6277
55.
Sekolah Rendah Sri Pinang
358, Jalan Macalister
10450Pulau Pinang
Tel: 04-226 9578
Fax: 04-226 9578
56.
Sekolah Rendah Sri Sedaya
Lot 4891, Jalan SS 13/4,
Pusat Perindustrian Subang Jaya
47500 Subang Jaya
Selangor
Tel: 03-5637 7108
Fax: 03-5637 7110
57.
Sekolah Rendah Sri Sempurna
2A Jalan Selasih
Taman Cheras,
57100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-9132 5100
Fax: 03-9132 4100
58.
Sekolah Rendah Sri Tenby
358, Jalan Macalister
10450Pulau Pinang
Tel: 04-226 9578
Fax: 04-228 8358
59.
Sekolah Rendah Sri Ucsi
Lot 4891 Jalan Ss 13/4
47500 Subang Jaya
Selangor
Tel: 03-5637 7108/109
Fax: 03-5637 7110
60.
Sekolah Rendah Sri Utama
16 Jalan Beringin
Melodies Garden
80250 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-334 7714/7715
Fax: 07-334 7807
61.
Sekolah Rendah Sri Utama, Kuala Terengganu
Lot 334
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengagu
Terengganu
Tel: 09-626 2490
Fax: 09-626 7553
62.
Sekolah Rendah Stella Maris
No.7 Lorong Setia Bistari 2
Medan Damansara
50490 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-2093 3310
Fax: 03-2093 3309
63.
Sekolah Rendah Stella Maris (Caw. Ampang)
Bukit Madonna,Km8.8,
68000 Ampang
Selangor
Tel: 03-4257 2853/4260 3581
Fax: 03-4256 8715
64.
Sekolah Rendah Sunny Hill
Batu 3 Jalan Rock
93250 Kuching
Sarawak
Tel: 082-426 501/237 341
Fax: 082-236 501
65.
Sekolah Rendah Swasta Datuk Simun Fung
Kompleks Pendidikan St Simon
Taman Kingfisherjalan Inanam
88847 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-431 680
Fax: 088-431 676
66.
Sekolah Rendah Swasta St. Joseph
No.2 Jalan Taman Budaya
93700 Kuching
Sarawak
Tel: 014-6956575082-414 575
Fax: 082-414 575
67.
Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi
Lot 2230A, KM.17, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-6185 6704
Fax: 03-6188 6751
68.
Sekolah Rendah Tenby Ipoh
No. 28 Jalan Kelab Golf
30350 Ipoh
Perak
Tel: 05-253 8530
Fax: 05-242 9261
69.
Sekolah Rendah Tunku Putra
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching
Sarawak
Tel: 082-313 900
Fax: 082-313 3970
70.
Sekolah Rendah Visi
Blok C,Bandar Sri Indah
Batu 10Jalan Apas
91000 Tawau
Sabah
Tel: 089-756 811
Fax: 089-756 812
71.
Sekolah Rendah Wadi Sofia
Wadi Sofia Binjai,
Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-764 1724
Fax: 09-764 1187
72.
Sekolah Rendah Wesley Methodist Ipoh
42, Jalan Silibin
30010 Ipoh
Perak
Tel: 05-2545122
Fax: 05-243 2661
73.
Sekolah Seri Bunga Raya
No. 242, Lorong Abdul Samad
Brickfields
50470 Kuala LumpurKuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-2272 3588
Fax: 03-22723649
74.
Sekolah Seri Cahaya
Lot No.5, Jalan Merah Saga
U9/5
40250 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-78463985
Fax: 03-78463980
75.
Sekolah Seri Cahaya (Rendah)
No.5 Jalan Merah Saga U9/5Seksyen 9,
40250 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-7846 3985
Fax: 03-7846 3980
76.
Sekolah Seri Cemerlang
No 7 Jalan Alifah
Jln Sri Kandis, Petra Jaya
93050 Kuching
Sarawak
Tel: 082-312133
77.
Sekolah Seri Suria
Lot 217, Mukim Hulu Langat
Batu 13, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat
Selangor
Tel: 03-90213601
Fax: 03-90214319
78.
Sekolah Sri Acmar
PT 21156, Persiaran Rajawali
Bandar Baru Klang
41150 Klang
Selangor
Tel: 03-33443634
Fax: 03-33447977
79.
Sekolah Sri Acmar (Rendah)
Pt 21156, Persiaran Rajawali
Bandar Baru Klang
41150 Klang
Selangor
Tel: 03-3344 3634
Fax: 03-3344 7977
80.
Sekolah Sri Bestari
No 1 & 1A, Jalan Margosa
Bandar Sri Damansara
52000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-62773856
Fax: 03-62732070
81.
Sekolah Sri Bunga Raya (Rendah)
21 Jalan Sultan Abdul Samad
50470 Brickfields
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-2272 3649
Fax: 03-2273 6849
82.
Sekolah Sri Cempaka
19 Jalan Setia Bakti 1
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-2094 0623
Fax: 03-2095 2660
83.
Sekolah Sri Garden
No. 9C, Jalan 1/75C
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-9876 2668
Fax: 03-9876 6475
84.
Sekolah Sri Inai (Caw PJ)
Lot 1097, Jalan Jenjarum
Off Jalan 23/6, Taman SEA
47400 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-78046025
Fax: 03-78044604
85.
Sekolah Sri Inai Junior K.Lumpur
Lot 516, Batu 7 1/2
Jalan Hulu Klang
68000Selangor
Tel: 03-4108 8939
Fax: 03-4107 5398
86.
Sekolah Sri Labuan
No 5012, Jalan Tanjung Batu
Peti Surat 82192,
Labuan
Wilayah Persekutuan
Tel: 087-410 484
Fax: 087 421 059
87.
Sekolah Sri Lethia
Lot 109, Jalan Limau
Off Jalan Istana
41000 Klang
Selangor
Tel: 03-3373 3771
Fax: 03-3373 3758
88.
Sekolah Sri Murni
Batu 9, Jalan Cheras
43200 Hulu Langat
Selangor
Tel: 03-90751662
Fax: 03-90750662
89.
Sekolah Sri Tenby(Rendah)
No. 1, Jalan Setia Tropika U13/18T
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-3342 1535
Fax: 03-3344 2292
90.
Sekolah Sri Utama Kuala Lumpur (Rendah)
Lot 27, Jalan Usahawan 5
Kawasan Perindustrian Ringan
53200 Setapak
Wilayah Persekutuan
Tel: 03-4021 2490
Fax: 03-4021 2553
91.
Sekolah Swasta Tun Dr.Ismail
No. 23 & 29, Jalan Straits View
80200 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2219112
Fax: 07-221 9113