Tips Beli Rumah Belum Siap @ dalam proses

Berdasarkan pengalamn sendiri yang beli rumah dengan Bandacaya. Sign agreement masa rumah ni dah 10%. iaitu dah pecah tanah baru nak start. kiranya aku tgk rumah ni membesar depan mata aku, rupa-rupanya banyak yang aku terlepas pandang.

untuk pengetahuan Bandacaya subkan kerja ini pada kontraktor. (katanya).

TIPS:
1. Bahan Pembinaan: dapatkan S&P dan pastikan developer menyenaraikan bahan pembinaan secara detail. contoh tile kaler ape kualiti aper, kalo boleh brand sekali. Mangkuk jamban brand ape, ape rupanya. supaya anda tak tertipu masa pemasangan dia pasang benda lain. Toilet aku patut pintu tarik tapi dia bagi pintu kayu jenis bukak, abis sempit toilet den.

2. WIRING. dalam S&P tiada pelan letrik dan pelan paip, mintak dari kontraktor atau bandacaya dan make sure diorang buat ikut plan. ataupun jika tak berkenan minta pada kontraktor or pekerja buat ikut kemahuan anda. ini adalah budi bicara la kan, kalo kena tambah duit ke apae ke terpulang la. INI SANGAT PENTING bagi aku sebab aku spend dalam 1500 untuk buat rewiring. yela kalo standard rumah satu bilik satu plug point mana cukup bro. plug point tv kat tempat yg x sepatutnya. plug point water heater ngan aircond lasnsung takde. so kena pikir masak2 apa yang anda nak. nak diingatkan ini adalah BUDI BICARA sebab developer or kontraktor boleh buat donno je. walau apapun ada akan jimat banyak jika buat masa diorang tgh buat wiring tu.