KEBAHAGIAAN YANG KU CARI……

Dulu… masa seorang yang ku anggap sebagai bapa aku mentafsirkan erti mencari kebahagiaannya sendiri, aku selalu tidak setuju. Aku tidak setuju dengan cara dia mencipta kebahagiaannya…Pandanganku berbeza dan tafsiran terhadap erti kebahagiaan sangat berbeza dengannya. Katanya "kita tidak boleh mengharapkan org lain memberikan kita kebahagiaan…kita kena cipta sendiri kebahagiaan itu". Masa tu aku marah, meluat pun ada. Padaku caranya salah… tapi tidak sampai hati utuk menempelaknya, aku cuma mendiamkan diri. Agak lama aku menyepi, dan membiarkan sahaja, kerana aku sendiri memerlukan secebis kebahagiaan untuk diriku sendiri.

Setelah beberapa tahun berlalu…dan bermacam-macam liku-liku kehidupan yang aku tempuh, namun, setelah aku menyedari pelangi yang ingin ku gapai masih jauh dari genggaman, akhirnya aku memahami erti tersirat dari kata-kata 'bapa'ku itu. Ya, setelah perpisahan yang kesekian kalinya, aku akhirnya menemui kebahagian dan cinta sejatiku. Kala ini, aku semakin tidak peduli tohmahan dan kutukan dari orang lain. Aku tidak lagi peduli faktor umur, dan dia juga tidak menjadikan itu alas an untuk tidak menyukai aku… "You are the only person that I can be my ownself,besides my family". Itu ayat yang sering digunapakai apabila aku bertanyakan mengapa aku pilihannya.

Pernah aku ditanya, adakah ini pilihanku yang terakhir, atau aku sekadar ingin mencuba nasib…. Terkedu aku seketika. Begitu terukkah aku, hingga pilihanku dalam mencari secebis kebahagiaan bersama bakal suamiku disalah erti? Umur? Persetankan dengan perbezaan umur itu…Sedangkan kedua ibu bapa kami merestui hubungan ini, mengapa orang-orang begitu cemburu dengan kebahagiaan yang ingin kami cipta? Hai, hati orang, pandangan orang…Kalau diturutkan, sampai bila aku takkan jumpa dengan 'My True Love'.

Kagum dengan dirinya, betapa cekalnya dia, menahan segala kutukan orang (walaupun di belakang, kami tetap mengetahuinya). Dianggap perampas, perosak hubungan orang lain, dan aku dituduh curang. Tapi, hati ini bukan boleh dipaksa. Untuk apa aku bertahan andai si lelaki (hubungan dahulu) tidak bersedia untuk berkahwin… Dan untuk apa aku bertahan andai aku terasa seperti diri ini kurang dihargai dan dihormati. Biarlah orang tuduh aku curang, walau sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berada di dalam hati ini.

Hanya dia (yang kini menjadi tunangku), mampu untuk menahan segala dugaan itu bersamaku. Dan buat pertama kali, aku mendengar ucapan dari seorang lelaki, yang pada pandangan orang lain masih muda, mengakui bahawa dia bersedia untuk mengambil aku sebagai suri hidupnya, bersedia untuk menjalinkan satu ikatan yang sah bersamaku. Faktor-faktor seperti pekerjaan, wang dan lain-lain, akan diusahakan. Hanya pintanya, biar hubungan kami ini diredhai oleh Yang Maha Esa….kerana, itu yang sebaik-baiknya. Kekurangan wang, bukan halangan untuk kami. Dia yakin, bahawa rezeki ada di mana-mana. Hanya kami yang perlu berusaha… Dan Yang Maha Esa Maha Pemurah dan Penyayang…..

Kini, aku semakin bersemangat setelah ku rasakan bahawa aku semakin mendekati kebahagiaan (tafsiranku). Dan aku berdoa agar dan dia sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam persediaan kami menempuh hidup berdua. Amin….