Tiada Gula-gula untuk Raniah

Gigi Raniah masih selamat @2yrs old :p

Kitorang punya gaya parenting agak bebas dan jarang2 nak marah atau melarang Raniah dari berbuat something, tapi mestilah ada boundary kan.

Tapi pasal gigi ni agak particular sket sebab taknak gigi dia rosak, banyak budak2 kita tengok gigi hitam la, rongak la, x best la kan. nanti camner raniah nak jadi Idol hehe. gigi budak2 ni memang sensitif kerana ia dikira lembut dan lebih terdedah dengan kaviti, karies dan sebagainya. Salah satu punca utama adalah Gula2. So kitorang period berusaha untuk tidak bagi raniah makan gula2
Gigi!! Raniah n mama
Tips elak anak makan gula-gula
Jauhkan dari kedai yang ada gula, tapi kalo kat 7eleven tu gerenti ada gula chupa chups kat kaunter tu kan. reason dengan dia atau alihkan perhatian dia dengan benda yang bukan gula2 like roti ke, air kotak ke.
Kalau dia dah meraung nak gula2 tu sambil berguling, ktorang belikan lepas tu bagi dia main tanpa bukak wrapper plastik, lpas tu dia mungkin leka, ktorang akan amik gula tu dan simpan. kalau dia meraung plak nak bukak wrapper tu, ktorang bukak jugak dan bagi dia rasa. lepas seketika dia mungkin akan bosan dan leka, time tu sambar dan buang je. kalo dia meraung atau sedar gula dia hilang, finally buat bodoh jer demi gigi yang putih bersinar, hehe.
Yang penting kat sini adalah 'alih perhatian'

Gosok gigi dengan ubat gigi berperasa yang boleh dimakan,
kami guna jenama mukmin, dijamin halal katanya, Raniah ni gatal nak buat sendiri, nak gosok sendiri tapi dia bukan gosok tapi dia isap je ubat gigi atas berus gigi tu, sabo jela nengoknya, abih srup srup bunyinya. So ktorang standby 2 berus gigi, satu dia pegang satu kita pegang untuk gosok, cuba untuk suruh dia ketap gigi dia macam kita tapi dia x reti so suruh dia nganga jer, gosoklah abahnya atas bawah gigi tu. lepas kita gosok bagi dia srup srup, lepas 2-3 kali pusingan jadilah.

Anda boleh mengawal anak anda dengan teknik alih perhatian dan reasoning dengan dia sket2 tapi reasoning dengan budak ni penat jugak, last2 alih perhatian jela.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini