Far Cry 3
Game yang amat best bagi kategori FPS First Person Shooter yang biasanya aku x layan sangat, tapi disebabkan review melambung dari pelbagai carta game aku pun ingat nak test. Selesai misi pertama terus ketagih nak main lagi, ketagih biasa jela ikut time lepas keje. Gua dah beranak bini berhemah sikit la layan takdelah sampai tak tido mainnya.
Ok the 'hook' of this game adalah storyline dia gila best, buat ko passionate nak selamatkan kawan2 ko dan friends ko yang telah ditangkap oleh lanun pulau, cerita berkembang sehingga anda akan menjadi jaguh 'rakyat' yes rakyat, literally ayat yang digunakan dalam game ini bagi menggambarkan the people! mereka guna bahasa melayu or indon di dalam game ini. probably bcoz cerita ini di kepulauan melayu agaknya. Ada rasa bangga sket? adalah sket? tang yang merepek tu aku pikir itu orang indon kot, tang kool tu aku pikir Melayu! haha bias gler....
Orang jahat dalam Far Cry 3, mamat ni boleh kata simbolik FC3, sbb dia sgt menonjol sambil pikir bilalah aku nak bunuh mamat ni. menyirap sungguh tgk muka dia |
Dia punyer environment one of the best macam skyrim endless and seamless, ko kena naik satu tower untuk disable scrambler boley buat ko jadi gayat plak rasanya.
penggunaan kenderaan pelbagai macam truck, kereta ATV , glider sangat best takdelah boring layan satu jenis kenderaan je kan. Senjata boleh dipertingkatkan dan macam2 ada dari pistol kecik ke bazooka. anda boleh upgrade kapasiti sehingga menggunakan 4 senjata dalam satu masa. So boleh pakai sniper, M16, bazooka dengan machinegun dlm satu masa, best kan?
side quest dia untuk menambah tattoo pun best. bunuh binatang unik dan orang tertentu. Aku suka attack markas kecik untuk tambah jajahan. release tension bunuh diorang dengan macam2 gaya, plg best pakai machine gun besar atas truck, tak bley challenge punya.
Manage to finish within 2 weeks, now layan Devil May Cry 3 yang dah hampir habis, my favorite fantasy hack slash.