Sijil derma darah, menyimpan maklumat anda bila menderma. |
Tak sangka dalam ramai orang yang datang derma darah aku plak terkena pening dan loya lepas derma darah, ini mungkin kerana kurang tidur atau rehat. Sebaik jarum itu ditanggalkan rasa pening macam nak pitam nurse nampak aku macam nak pitam dia tinggikan kerusi kat bahagian kaki supaya aku sedikit terbaring, cuak jugak rasa cam nak pitam, nurse suruh tarik nafas dalam2 dan after tak sampai seminit starting to feel better. barulah boleh tgk kiri kanan rasa lega sikit. Tiba2 start badan rasa sejuk plak sampai peluh sejuk pun keluar, cuak jugak aku. tapi ini pun sekejap jer, masa sakit tu mmg terase lame la kan.
Derma darah 'O' untuk yang memerlukan |
masa darah keluar tu masih tersenyum lagi, nurse yang amikkan gambar ni ;) |
ingin dinyatakan disini kondisi aku yang loya2 jarang2 berlaku dan biasanya yang lain semua sihat walafiat je aku tgk. Nanti dia bagi pil utk tambah darah so lepas makan teruslah makan pil itu selama 5 hari. Kalo lambat makan cam member aku on the 1st day rasa pening plak. aku makan pil tu 2 hari je, sebab tertinggal dekat opis cuti hari sabtu ahad tu. Takder apepun rasa ok je.
Tahniah pada yang dah derma di JPN Selangor!! anda yang membaca ni bila pulak?!! ;p
Antara faedah derma darah (copy paste dari http://anizyn.blogspot.com/2012/06/derma-darah-dan-faedah-kebaikan.html#ixzz2M9OjS0FG)
Berikut antara faedah derma darah:
* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.
* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.
* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.
* Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
* Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
* Tingkat tahap kesihatan.
Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.
"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.
* Ujian asas darah
Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.
Derma darah
* Sebanyak 450 ml darah diambil, iaitu kurang dari 1 pain (586 ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.
* Proses menderma darah ini akan mengambil masa 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.
* Mereka yang layak menderma darah berusia 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila maklumkan sebelum menderma darah.
* Maklumat lanjut Pusat Darah Negara di nombor telefon, 03-2693 3888 atau www.pdn.gov.my.
Keistimewaan Penderma Darah
Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital
Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
- Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
KEKERAPAN MENDERMA KEISTIMEWAAN RAWATAN
|
|
1 kali
|
Percuma
rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran
X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
|
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
|
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
|
2 ~ 5 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
|
6 ~ 10 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
|
11 ~ 15 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
|
16 ~ 20 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
|
21 ~ 30 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
|
31 ~ 40 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
|
41 ~ 50 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
|
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
|
Percuma
rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk
tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad
kelas satu
|