Mama not-so-perfect breastfeeding journey.....

Assalammualaikum.....

I've got the idea to write this entry after i read Hannah Johary latest entry. Uhuhu.. Stumble HJ blog after blogwalking, and found her blog quite interesting. I like the way she writes, and envy her spirit so much. :D 

Okay, back to my story....

Alhamdulillah, Raniah Zawanah turns out to be 1 year and 3 months today. Pejam-celik pejam-celik, anak mama dah besar. Dah pandai berjalan pun sekarang ni. How fast time flies.... (Mind my broken english, and bahasa rojak). Dan mama sangat tak sangka mama berjaya untuk fully breastfeed Raniah Zawanah hingga saat ini.

Dalam masa setahun tiga bulan ni, macam-macam cabaran mama hadapi untuk menyusukan Raniah Zawanah. Untuk mama claim bahawa Raniah Zawanah adalah benar-benar bebas daripada susu formula, rasanya tidak bolehlah. Mama hanya dapat berjumpa si buah hati pengarang jantung itu setelah hari kedua, tengah hari selepas dilahirkan... Bukan sejurus selepas dilahirkan. Sedih sangat waktu tu. Dan in between, of course lah hospital bagi FM pada dia. 

Mama rasa mama sangat bertuah kerana mama punya kawan-kawan rapat yang sangat supportive tentang breastfeeding. Bonda Farah Farhan -> haruslah kerana she is a well-known lactation counsellor. Mummy Ila Mykhalish, mama salizawati rakan-rakan sepejabat dan juga yang paling penting, BS Raniah sendiri support breasfeeding. Alhamdulillah, Allah perkenankan hasrat mama semasa mengandung untuk cuba fully bf Raniah selama yang boleh dengan beberapa ujian untuk lihat samada mama betul-betul komited atau tidak.

Ada orang pernah tanya dengan mama, pernah tak mama rasa putus asa untuk teruskan journey ni? Honestly, PERNAH!!! Hey, I'm not an angel. Memang kadang-kadang bila mama stress, mama akan fikir, "boleh tak kalau aku bagi susu tepung jer? lagi senang. Tak delah aku sakit-sakit belakang nak nyusukan dia tengah-tengah malam," geleng-geleng kepala cuba hilangkan pemikiran itu.....

The first 6 months is the most crucial part utk bf Raniah. Ye la, as expertise mention, babies should be exclusively breastfeed until they reach 6 months....because their only food is milk... They don't need any other food, tak perlu AIR SUAM, x perlu NESTUM. Jadinya, stok yang sangat banyak adalah SANGAT diperlukan si kecik ini. Sekali minum 3oz, minum kat rumah opah 4 kali bersamaan 12oz.... Mama selalu bekalkan setiap hari dalam 12-18 oz, sedangkan production sehari-hari hanyalah maksimum 16oz. Kalau opah Sitiawan yang jaga, stok untuk 5 hari, boleh habis dalam masa 3 hari... Menangis!!! Akhirnya, Raniah Zawanah terpaksalah cari ibu susuan. Kisah itu boleh baca DI SINI.

Disebabkan 6 bulan pertama itu mama agak stress dengan production, kawan-kawan seperjuangan di opis sarankan pada mama, cuba target sikit-sikit dulu. For the first 4 month, target just until 6 months... Jangan terus target sampai 1,2 tahun. Then, bila dah achieve 6 bulan, cuba pula untuk 9 bulan..... dan seterusnya. Jadinya bila target kita untuk BF short term, kita pun tak akan stress dan terlalu paksa diri. Bila tak stress, production pun akan jadi lebih ok... :D


Raniah at 5 months old. BF at anywhere....
Mama cuti pantang 3 bulan, jadi disebabkan asyik berfoya-foya selama 3 bulan tu, stok yang mama sediakan sangat sikit. Al-maklumlah orang takder pengalaman. Mummy Ila Mykhalish pula sangat gigih, dalam masa 2 bulan, dah cecah 1k lebih susu dia, yer? Orang dah pernah melalui, jadi dia tahu apa yang perlu dilakukan. Bila mama masuk kerja, gigih mama pam 2 jam sekali, 3-4 kali sehari. Kalau mama ada visit, terpaksa tebalkan muka di PPT untuk tumpang mana-mana bilik yang kosong untuk mengepam. Selepas 6 bulan, mama dah mula kurangkan waktu mengepam kepada 2 kali, hinggalah sekarang.

Tentang pumping gajet pula, mama sarankan supaya test dulu kat kedai yang ada testing kit. Bukan apa, mama pernah terkena, 1st pump mama iaitu Spectra 3 tak sesuai dengan mama. Memang sikit je susu yang keluar, walaupun mama dah beli extension. Last-last mama try beli medela harmony. Alhamdulillah, walaupun Harmony tu pam manual, production dia sangatlah memberangsangkan. Akhirnya, setelah berbincang dengan abah, mama ambil keputusan untuk beli Medela Freestyle. Mahal sedikit, tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah...

Ramai yang tanya mama, mama pump kat ofis, di mana? Mama pump di surau. Ada juga yang cakap, kalau dah pakai FS, pump je la di meja atau cubicle. Bukan tak boleh, tapi cubicle mama open, dan colleague depan meja mama adalah lelaki. Bukan lelaki yang jenis diam dan senyap yer? Yang jenis suka mengusik, hokay!!!! Kalau sesiapa yang ingat poncho atau kain aper sumer boleh cover, ini dia rupa meja mama....
Err......maafkan kesepahan meja itu.
Sangat open okay!!!! Saya sangat cemburu tengok cubicle di department lain yang sangat tertutup, dan colleague saya yang berpeluang pump di meja, menggunakan pump MODU dan memakai pumping pal sambil buat kerja dan bersembang dengan senang hati serta berupaya mengepam 3 kali sehari..... Owh, heaven!!!

Baru-baru ni, mama hampir tewas sekali lagi, bila mama buka ice box tgk ader 3 paket 8 oz jer yang tinggal stok untuk Raniah. Siap mama dah beli susu AnMum buat spare takut susu tak cukup. Itupun lepas berjam-jam termenung depan rak susu kat carrefour dan giant membaca ingredient semua susu untuk elakkan gula tambahan. Susah rupernyer beli susu tepung ni. Magicnya, minggu tu Opah Yong bagitahu Raniah dah start kurang minum susu. Lebih suka makan dan minum air suam dari minum EBM. Tapi dia top up balik malam, lepas mama balik dari kelas atau habis kerja. Penat, tapi rasa sangat bahagia... Sesungguhnya mama bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan mama dalam cuba menyusukan Raniah Zawanah selama ini.

To HJ, if you read this entry, dear... As I tweet you, try to aim for 6 months first. Selain dari itu, doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan perjalanan kita. Apa yang mama belajar selama ni, cuba redha dan ikhlas sehabis mungkin, biar sesibuk mana pun kita, kita cuba dan usaha untuk pam setiap hari di pejabat. Kalau tak sempat waktu pejabat pam 3 kali sehari, kita cuba 2 kali atau sekali di pejabat, tapi top up balik di rumah dan waktu malam. Memang letih, tapi kalau kita istiqamah, InsyaAllah kita akan berjaya. I always pray you could BF Nur Tihani dan semoga Allah permudahkan your BF journey, same as mine. 

P/S : I really hope that I could help to encourage other mothers to breastfeed their babies, as my dear friends Bonda Farah Farhan, Memi Ila MyKhalish always hope for..... Aminn......

1 comment:

  1. Thanks for this entry! Sangat memotivasikan saya untuk breastfeed juga. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini