Adik kawasan @Gyeongbokgung Castle |
9-16 November 2014 menjadi satu lagi tarikh bermakna bila kami akhirnya sampai ke Korea Selatan ini selepas setahun research dan kumpul duit. Duit takde tapi nak pegi melancong korea? macam mana tu? simple je beli tiket untuk fly tahun depan dan kumpul duit sampailah ke hari nak fly. akhirnya menjadi jugak plan kami. walaupun agak goyang dan duit habis ke sana sinun almaklumlah ada bisnes dan family yang memerlukan perhatian, tapi target berjaya juga dicapai.
Kami tukar duit ke 1,000,000 won / sejuta bersamaaan RM3200 berjaya dikumpulkan, untuk 4 orang. sesetengah orang mungkin rasa ini banyak(atau sikit) tapi actually ini adalah agak budget untuk 2 adult and 2 kids. masa tukar duit tu cam konpiden jer, sejuta kot. tapi dah sampai sana, harga barang-barang sana dah main puluhan ribu. terus rasa goyang sekejap tapi maintain composure dan cubalah berjimat selagi boleh. Itu yang rasa kurang sikit sebab budget utk shopping dan souvenir dah melencong ke lain. bukanlah melencong ke mana pun, kami manfaatkan sepenuhnya pengalaman di sana dengan bungee, zipline flying fox, Namsan tower, Jeju and Busan. ini baru belanja di sana. tiket fly yang dibooking akan dibreakdownkan dalam post2 lain
Mula-mula nak honeymoon 2 orang, lepas tu cam kesian nak tinggalkan 2 kenit tu. Kesian depa kena tinggal dengan omma nyer (nenek selayang). terpikir nak bawak bibik iaitu my sister Kaklang. pastu alang2 nak bawak org lain ajakla anak sedare yang dalam masa yang sama tgh kerja dekat my taska in Shah Alam ni, pung pang pung pang org ni ajak orang tu, orang tu ajak orang ni, jadilah kami 12 adult and 2 kids, amek ko 10 bibik aku bawak. haha bagus-bagus kat sana bergilir-gilir diorang angkat anak aku. walaupun raniah hanyalah seberat guni beras 10kg kalo dah banyak berjalan tu mau tercabut tangan jugaklah rasanya. bergilir-gilir la kome hoho. mekasih banyak-banyak tu my bibik sumer :).
Siapa yang poie Korea la tu? Abang ngah(me), Kak Ngah(rini,zu), Raniah, Zaim, Kaklang, Bad, Alin, Toyoi, Naem, Fara, Anis, Wani, Lokman and Asma.
@ Teddy Bear Safari entrance, Standing from left: Naem, Fara, Lokman, Farid, Zue, Ahmad(me) Bad and Zaim , Asma Sitting from left: Alin, Wani, Kaklang, Anis and Raniah |
Ini antara gambar rare sebab kami semua dalam satu gambar di Jeju Island, Teddy Bear Safari or Teseum diambil oleh driver taxi yang sempoi.
Di bawah ini itinerary cadangan sahaja sebelum fly, bila kita dah kat sana mungkin kita akan tukar plan.
Itinerary/ jadual cadangan asal Korea Autumn 2014 |
Ini adalah aktiviti sebenar, rasanya tak banyak beza pun. paling penting all the important must visit place dah disetelkan for us at least.
Itinerary South Korea Autumn 2014 - the actual activity we have done |
Tengok dari jadual ini mungkin anda pelik kenapa banyak sangat fly, espescially kenapa tak pegi Incheon, Seoul je kan from 1st day. seperti disebutkan tadi cadangan asal nak pergi berdua sahaja honeymooners nak lepak busan dulu 2 hari pastu gi seoul n last day baru balik busan n fly to Malaysia balik. kami nak rasa naik KTX train yang 4 jam tu. tapi bila dah melibatkan anak-anak dan kawan-kawan keselesaan. masa dan PULUS diutamakan ;). KTX train adalah 200++ seorang dan ambil masa 4 jam. padahal fly 45 min dan harga 90++ seorang shj. Well plan changes from time to time sebab yelah planning setahun kan.
Geng Korea Autumn 2014 - outside Cozy Itaewon Lodging House |
emm nak sambung ke nak ke post lain......
meh publish dulu la.
to be continued....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini