Arms sangat suka dengar muzik kalau dekat opis wireless nokia menjadi peneman kemana pergi, lekat dekat tengkuk, opis mate semua dah paham dah. memang teringin nak upgrade nokia ni ke beats wireless tapi tengok review kata wireless ni sound dia kurang sikit dari Solo HD so beralih interest ke Solo HD atau Studio.
Baby Raniah model Monster Diamond Tears Edge by JYP |
Pusing Low Yat kalau you all tahu kat situ banyak fake yang kat kedai2 kecik tepi tu kan. kitorang stop kat satu kedai ni tengok beats, Dia kata original dan harga dia menggambarkan ori punya harga, disebabkan ada beberapa pasang beats yang untuk test kami pun 'try test cuba' TTC bunyinya. bila pegang rasa macam pelik jer, macam nak tertanggal jer. bila pakai test bunyi dia ok jer. harga memang macam ori punyer. macam mana tu? disebabkan build quality dia pelik sket kami pun lari dari situ, kalau ikutkan dari sound quality ktorang rasa ok jer... jalan lagi....
Monster Diamond Tears Edge by JYP |
Kami datang sini pun sebab nak hantar 2 biji laptop Asus ke service centre asus di top level, Pusat servis ini dibuka setiap hari. 1 laptop adik dalam warranty lagi ada masalah display. dan kami punya sebijik ada masalah auto shutdown dan graphic card tak boleh detect. laptop kami abis warranty bulan 6 aritu, padan muka tak hantar awal2 walaupun warranty dah beli utk 2 tahun. untuk pengetahuan antar kat sini tak perlu resit kerana pusat servis ini mempunyai rekod anda. Tak payah risau kalau hilang resit anda.
Perjalanan memburu beats diteruskan ke tingkat G di sebuah kedai yang khas untuk headphone bernama
HOTSPOT. headphone yang tergantung kat situ ada sony dengan sennheiser, arms masuk sebab dengar cerita sennheiser sound ok gak dan lebih murah dari beats, tapi tengok design dia x berkenan dan sound dia biase2 jer harga dalam 2xx - 3xx, tengok sony punyer sound and design much better,
Borak-borak dengan staf kat situ, tanya macam-macam kat dia sambil menunjuk-nunjuk konon terer hasil research beats tu.... hehehehe tapi apa-apa hal dia lagi terer arr dia dah try sumer yang ada kat situ. Antara aspek yang menjadi nak beli tu adalah sebab layanan bagus dari sorang staf Chinese ni dengan baiknya mengoffer kami test try cuba (TTC) Beats Solo HD dan Beats Studio. Walaupun kat situ takder display TTC Beats, dia ambil dari blakang dan offer kat kami untuk TTC. kagum sekejap. Sangat beza plak build dan kualiti muzik dari yang atas tu, perghhh nasib baik tak beli, yang peliknya kenapa yang tadi tu boleh letak harga macam original... gila betul. Disebabkan sikit pening dengan proses TTC pelbagai headphone tu kami excuse ourselve untuk makan.
Bagi cinonet dan diri sendiri makan kat food court, tidak digalakkan makan disini sebab membazir je nasi tu tak sedap. tak abis makan pun. tukar pampers and tukar baju cenonet.
Balik semula ke HOTSPOT di Low Yat kami diskusi sikit lagi dan usha plak kecintaan kegilaan mama iaitu JYP's Diamond Tears. JYP tu adalah Jin Young Park @ Park Jin Young. seperti Dr. Dre buat Beats dia pulak design untuk Diamond Tears(DT). DT ni lebih kepada allrounder. build dia mak aih sesuai sangat ngan harganya, high quality bukan main macam dah jadi satu aksesori plak. Sound pulak all rounder, kalo beats bass tinggi sesuai untuk POP / hip hop song yang banyak bass. DT plak sesuai untuk semua muzik termasuk classical jazz pop dan lain-lain.
Pendek cerita Diamond Tears ada diskaun plak (tadi tak tanya) terus mama melompat2 cheerleader depan arms, mak aih tak serupa mak orang, diskaun tu adalah sebanyak RM300 dari harga asal. Harga asal tu boleh rujuk sendiri di mana-mana semua harga sama jer kat Malaysia ni (kalo original la kan)
Cinonet jadi model Monster Beats by Dr Dre Studio Silver |
Monster Beats by Dr Dre Studio Silver |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini