It's been a year....

(A backdated post)

Happy anniversary to my love, mr armseeker.... 
It's been a year we live as husband and wife.
Alhamdulillah, kerana dalam masa setahun ni, Allah kurniakan kita kebahagian yang sering kita harapkan. 
Mungkin kita masih belum sempurna, tetapi apa yang penting, kita saling memahami antara satu sama lain, bertolak ansur dan saling mencintai. 
Terasa masa setahun itu sangat singkat berlalu, dan masih terasa lagi macamana berdebarnya hati sewaktu mendengar lafaz nikah ujabkabul kita setahun yang dulu. Rasa macam baru semalam. 

Mr. Armseeker, I love you so much.
Thanks for loving me unconditionally for all these years......


Annoyed!!!

Annoyed bila orang suka bermuka-muka!!!

Annoyed bila ada orang lebih pentingkan keje part-time dari tugas hakiki!!!!

Annoyed bila ada mangkuk yang suka tolak kije!!!!

Dan annoyed bila sumer benda kita kena buat sendiri!!!!!

Honestly, my mood is ruined now!!!! DARN!!!!

Ekspresi paling Comel????

Nur Adeliya Qaisara nama diberi, anak buah yang suka berlari ke sana ke mari. baru dapat kaki la kan.
ekspresi slenger' ni ditangkap oleh Abg At di Rumah mentuanya di Sepang.
Haha x tahan tgk ekspresi muka die ni. mahal tul.
-armseeker-








Posted by Picasa

Berhuru-hara bersama anak-anak sedara di I-City

Actually cerita ni dah lama. 2 weeks before Ramadhan. Memang berkeinginan nak cerita, tapi takder kesempatan nak update gambar-gambar. Anak sedaraku yang paling bongsu (+ paling nakal) selalu tanya, "Bila maksu nak bawak kiter pegi rumah maksu?" So, disebabkan minggu tu ummi@ kaklongku tak pegi mana2, dan paksu dia pun dah tanya, bila budak2 tu nak datang, ku pujuk kaklongku untuk hantar anak-anak dia ke rumahku. Jadi minggu itu, riuhla rumah dengan derang, Aiman, Ayuni ngan Ayien -> ini paling sakit kepala nak layan.

Disebabkan kakak iparku datang secara mengejut, maka secara tak rasminya dia menjadi pembantuku untuk kontrol bebudak tu.... Disebabkan ada swimming pool kat apartment, petang tu bawakla 3 beradik tu swimming, sebelum paksu balik untuk makan. Tapi si bongsu tu, aduhai, mencabar kesabaran betulla. Macam-macam diminta ni... Lepas tu kalau tak nak layan, mulala buat aegyo.....

Malam tu, bawak semua makan dekat Restoran Qaseh. Restoran ni makanannya sedap, tapi harganya, boleh nangis dibuatnya. Tapi sekali sekala, oklah. Tak kisah pun. Lepas makan, bawak semua pergi I-City.

Sebenarnya dah lama teringin nak ke I-City, yang terletak 3,4 kangkang monyet dari rumah. Kat seksyen 7, tapi setiap kali nak pegi, mesti kitaorg patah balik disebabkan tengok terlampau banyak kereta beratur nak masuk i-City.... Huhuhu... Kali ni kami tekad, lagipun tengok semua orang dah excited nak pegi kan? Sampai je kat sana, tengok parking kena bayar. Nak tahu berapa bayaran masuk sana? RM10.00.... Huhuhu... Masing-masing tergamam. Tapi sebab dah sampai, kami redahkan jugak.....

Ini sedikit sebanyak memori kat i-City.... Nak tengok full picca, please see at my facebook page, kay???

Mr Armseeker....  

Budak-budak nakal kesayangan
Muka-muka ngantuk.....
Tengok mana tu yang??
Rasa macam kat obersea....
Tengoklah nakalnya derang....
Ayiennn....Where are you????

Tapi, both of us sangat enjoy minggu tu..... Lain kali, kalau maksu dapat gaji, datang lagi yer sayang??? Maksu bawak jalan-jalan lagi.....

Bila Armseeker's mula tengok......


Hehehe.....Sabtu malam ahad lepas, Mrs. Armseeker merengek pada Mr. Armseeker tentang seluar yg dah tak muat... Yela, perut dah semakin hari semakin membesar, walaupun masih dikira kecik lagi sebenarnya....Tapi seluar memang hampir kesemuanya x leh pakai zip kalau duduk. Hehehe.....

Lepas berbuka, kami pun bergegas ke Jusco Bukit Tinggi... huhu....Seobang, mentang2la org dah boleh jalan ngan bangun dari katil, ek? Lepas have our second iftar, heading directly to the store. Takder nak gi kedai yg berlambak kat luar sebab masa dah suntuk. 

Disebabkan Mrs. Armseeker pemegang JCard, maka Mrs. Armseeker decided nak redeem rebate.... Tempat untuk redemption tu berdekatan dengan maternity clothing ngan barangan baby. Armseeker's pun decided untuk pusing2 kat kawasan baby dulu.... Tgk stroller, cradle dan sebagainya... Lepas tu Mrs. Armseeker pun pegila redemtion counter, tinggalkan Mr. Armseeker. Ingatkan tak lama lepas tu, dia akan datang dekat Mrs. Armseeker ataupun pg kawasan faveret dia, barangan elektrik....Alih-alih, batang hidung pun tak nampak.

Selesai proses redemption, Mrs. Armseeker pun pegi balik ke tempat tadi, rupa-rupanya Mr. Armseeker tengah ralit tengok stroller ngan car seat. Huhuhu...Sungguh ajaib but Mrs. Armseeker sangat happy. Rasa bahagia sangat. Emo sungguh diriku ini. Tak tahu kenapa.... Tak tegur aper, tapi senyum je la, sambil pilih seluar maternity. Ader stroller dari Sweet Cherry yang berkenan di hati, ingat nak rembat, tapi sabar dulu ler. Awal sangat lagi.


Ini stroller dari Anakku..... Cantik kan? Mrs. Armseeker sangat berkenan dengan design dia, tapi kaler tu taklah. Takut nanti beli kaler ni, yang kuar boy... Kesian pulak budak tu. Prefer warna yang natural..... So, kalu boy ker, girl ker, 2-2 boleh pakai.






































Ini pulak dari Sweet Cherry, jenama yang banyak dijual di Jusco. Harga agak berpatutan. Anyway, thanks to Mr. Google for all this picca. Armseeker's tengah pening paler nak pilih sebenarnya. Rambang mata. Mrs. Armseeker sangat suka design yang warna biru kat atas ni, three-wheel stroller, macam cool jer... Tapi, sesuai ker utk newborn hingga 4 years old? Any opinion?
Ini warna kesukaan Mr. Armseeker. Tapi patern three wheel. Dia cakap macam kacak jer... Ape-aper jela seobang, asalkan baby selesa... Dan within bajet kiter, kan? Huhuhu... Yo yo oyo je Mrs. Armseeker ni. Actually berminat dengan jenama Graco, ader yang one-click...Stroller+Cradle+Car Seat.... Tapi harga.... nangis nak membelinya......

Ini pulak sedikit Cradle yang lebih kurang dekat Jusco yang menarik perhatian Armseeker's..... 

Sweet kan?

Untuk car seat pulak, ini dua tiga patern yang menarik perhatian. Disebabkan bajet kami yang agak tight, Mrs. Armseeker prefer carseat yang combination...... Just need opinion supaya bila dah nak dekat nanti, tak terkial-kial untuk membeli.

Barang-barang lain yang akan dipau dari opah Sitiawan pulak adalah;
Ini bila baby dah over 6 months........Tapi nak avoid dari guna roda.
Sweet je kalau ader baby tido dalam ni....
Any opinion my friends???? Bantulah sahabatmu yang terover excited ni.... hehehe.......

My life as mom to be...part 2....

Alhamdulillah, kandungan mencecah hampir 16 minggu (meaning 4 bulan). Pergerakan baby dah mula terasa, walaupun sangat sedikit. Last week Mrs. Armseeker suddenly bleeding. Panik kau. Terus pergi klinik yang terdekat, Klinik Bersalin An-Nur. Dr. Rosmani check, baby tengah bangun and stretching, tetapi sickness Mrs. Armseeker hilang terus. Perut rasa sangat cramp. Mr. Armseeker dah nak gugur jantung dia, takut kejadian lama berulang kembali. Maka duduklah Mrs. Armseeker dalam wad untuk pemerhatian dan pemantauan, takut bleeding. Dapat MC seminggu, yang mana Mrs. Armseeker habiskan dengan terbaring kat katil disebabkan tak boleh duduk lama, sebab pinggang rasa macam nak patah.Cuma hari Jumaat baru Mrs. Armseeker dah ada tenaga dan boleh start duduk dan surfing internet. Seminggu tak ke ofis, 2 minggu tak ke kelas....

19/8/2010 check up kat government klinik. Nurse dia alhamdulillah, sangat baik. Tapi Doktor, MasyaAllah, sangat kasar dan takder empati apatah lagi simpati langsung. Kata-kata yang keluar dari mulut dia sangat menyakitkan hati. Mrs. Armseeker ingat sampai sekarang, "kalau awak gugur pun, saya boleh buat apa?" At least tak boleh ker kau buat surat reference ke hospital besar untuk Mrs. Armseeker further check up sebab baby x gerak?? Aduhai, doktor-doktor begini benar-benar menghabiskan wang kerajaan yang diambil dari hasil pembayar cukai untuk menampung perbelanjaan mereka dalam bidang perubatan. Tidakkah mereka tahu semua itu, bahawa wang tajaan mereka itu diambil dari duit rakyat? Mempertikaikan beban kerja, gaji yang kononnya sedikit dan kontrak mereka dengan kerajaan, sedangkan semasa mereka belajar, wang tajaan itu bukan sedikit telah dilaburkan kepada mereka. Benar kata orang, doktor2 kerajaan ini bagaikan kacang lupakan kulit, berkhidmat semata-mata kontrak dan terpaksa, sedangkan mereka tidak sedar berapa banyak jasa kerajaan dan wang rakyat yang kerajaan laburkan untuk memberi pendidikan kepada mereka.

Akhirnya kakak Mrs. Armseeker paksa pergi check up di Pusat Perubatan Naluri. Dr. Kay, dr. yang sering merawat Mrs. Armseeker sangat risaukan keadaan Mrs. Armseeker. Alhamdulillah, semua selamat, baby pun ok, tapi pesannya, kalau sakit atau bleeding lagi, tolonglah datang ke Naluri secepat mungkin. Huhuhu...Jauh. Tapi nasib baik ok....

Sekarang, baru Mrs. Armseeker sedar, walaupun kesihatan Mrs. Armseeker sangat lemah, tapi menjadi ibu itu sangat indah. Mengetahui ada insan lain yang bergantung kepada Mrs. Armseeker, kehadirannya sangat indah dan moga menjadi penyeri dalam hidup kami berdua. InsyaAllah.....

Selamat datang Ramdhan.....

Ramadhan tiba lagi.... Untuk pertama kalinya Armseeker's berpuasa berdua, sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah. InsyaAllah raya ni, Armseeker's akan beraya dahulu di Selayang, then baru balik Sitiawan. Ikut giliran Kak Long Mrs. Armseeker. Macamanalah agaknya? Jangan ku bercucuran airmata, sudah.

Hari ni percubaan pertama Mrs. Armseeker untuk berpuasa, dalam keadaan morning sickness yang teruk. Mrs. Armseeker cuba untuk tidak muntah, walaupun ada rasa loya.... Perut pun x berapa sedap, sabar yer baby..... Bagi mama cuba untuk jalani ibadah ini sebaik mungkin, yer? Pagi-pagi, jam 4.00 pagi, mrs. armseeker kejutkan mr. armseeker. Nasib baik dia senang bangun... Huhu...Buat French toast, dalam 5 keping. Tapi last2 yang luak, 3 keping jer. Mrs. Armseeker minum susu coklat, hopefully dapat bertahan hingga ke petang.

Di opis ni, Mrs. Armseeker sangat pening, inipun gagahkan jugak untuk bekerja. Naik segan juga Mrs. Armseeker asyik MC dua tiga menjak ni. Tapi, apa nak buat, tak boleh dielakkan. Mrs. Armseeker mengalami morning sickness dan kekurangan zat nutrien yang sangat teruk sejak kandungan mencecah ke minggu ke-10. Moga selepas first trimester, bada mrs. Armeseeker dah kuat, dan morning sickness pun dah berkurangan.....Sekurang-kurangnya, morning sickness ni menandakan baby selamat.

Kepada semua rakan-rakan, selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan berlumba-lumba dalam mengambil keberkatan dan keRedhaan-Nya. Semoga amalan kita ini diterima oleh Yang Esa.....-end-

Kempunan.....

Huhu..... Mrs Armseeker sangat sedih semalam..... Keinginan nak makan telah  terbantut.... Sedihnya.... Rasa nak mengamuk pun ada......

Ceritanya macam ni. Semalam Armseeker's ke Seksyen 2, untuk dinner. Biasala, sebelum ke kelas, kami akan singgah di Seksyen 2 untuk makan malam dulu.... Semalam, Mrs. Armseeker sangat teringin nak makan lakasa dengan ABC. Jadi, disebabkan dah familiar dengan foodcourt Seksyen 2 tu, Mrs Armseeker pun terus la menuju ke satu kedai yang memang ada jual laksa.

Owhh....Sedapnya.... Rindu nak makan laksa Cik Bakar yang sedap kat Sitiawan.....
Thanx Mr Google 4 the picca...

"Laksa x der dik, hari ni buat char kuey tiao jer", serta merta darah rasa menyirap ke muka.... Rasa nak baling je tuan kedai tu dengan handbag.... Kalau dah takder, yang ko gi tulis kat kedai ko tu, buat aper.???? Huhuhu.... Cerdik sungguuh.... Okla, cool down balik sebab Mr. Armseeker pujuk. Makanlah Char Koey tiau. Sebelum tu ade order Abc. Dah terbayang-bayang betapa sedapnya ABC itu, walaupun agak sejuk....

Ini ABC standard kat Seksyen 2..........
Thanx again Mr. Google........

Tapi......sampai sudah, ABC Mrs. Armseeker tak sampai-sampai..... "Sekejap yer, kak," sampai pukul 6 petang ko punya sekejap tak abih.... WUAAAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kempunan lagi........ Mrs. Armseeker kena berkejar ke kelas sebab ada presentation... Tak baik betul korang ni.....  Rasa nak mengamuk ada, nak bakar kedai tu pun ada....(ayat propa je ni...Tak bermaksud tau!!!)  Mr. Armseeker cakap muka Mrs. Armseeker dah macam singa. Wuwuwuwu....Dahla Mrs. Armseeker sekarang dah masuk golongan Mak Yong, tau!!!! Kalau baby dah lahir nanti, air liur meleleh, Mrs. Armseeker salahkan korang..... Wuwuwuwu......

Tiba2 time kelas, cafe fakulti tutup. Perut Mrs. Armseeker lapar balik.... Boleh tak??? Wuwuwu.... Last sekali, abih jer kelas, parking keta ikut suka hati kat bus stop DC, pegi beli waffle..... Tapi, sampai rumah, dah suam ngan waffle tu pun tak garing..... Huhuhu.... Apala nasib....Kempunan ajer semalam... Sian baby.....


Takperla baby....Tak dapat makan laksa ngan ABC, makan waffle pun jadila yer...... Huhuhu.... Nanti petang ni mama carila ABC tu kalau rasa teringin lagi.........Okay??

My new experience as a mum to be..... Part 1

Huhu.... Yes, my dear friends. I'm ten weeks pregnant now. Alhamdulillah. In the middle of the first trimester... Caught a minor fever but still can endure it. Morning sickness...........Whoa!!! Really i didn't imagine that i would have quite heavy sickness.... Dia akan start pada seawal jam 5.30 pagi hinggalah kadang-kadang melarat ke petang. Ini pun dah dua hari MC, pagi tadi datang ofis sekejap, dah melepek depan komputer semacam, cc ku suruh balik. Nasib baik Dr. Kay bagi MC 2 hari. 

The Chronology

First month when my menstrual cycle missed, after a month of the tragedy, i tried to consult to one of the famous maternity and gynae centre in Shah Alam. Masa tu Doc diagnose me as having Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). 

According to wikipedia, PCOS is one of the most common female endocrine disorders affecting approximately 5%-10% of women of reproductive age (12–45 years old) and is thought to be one of the leading causes of female infertility. The principal features are obesity, anovulation (resulting in irregular menstruation) or amenorrhea, acne, and excessive amounts or effects of androgenic (masculinizing) hormones. The symptoms and severity of the syndrome vary greatly among women. While the causes are unknown, insulin resistance, diabetes, and obesity are all strongly correlated with PCOS.

Masa dengar diagnose tu, i feel very demotivated. Bayangkan, bila doc diagnose that percentage for both of us having a child a re very low, despite yang diri sendiri actually tak der simptom PCOS, serta diri sendiri puncanya. Macam rasa kena tembak dengan machine-gun tapi nyawa masih ada. Macam-macam yang terfikir waktu tu....What if.... Mr. Armseeker get frustracted of my incapability.... Apa pula pandangan In-Laws, dan macam-macam lah. Pertanyaan dari kawan-kawan, lagi la pulak. Cuma mummy Aqil ngan Madam Sasa je la tempat mengadu. Waktu tu, persekitaran tempat kerja juga sangat tidak menggembirakan, membuatkan  Mrs. Armseeker bertambah stress..... Until a friend of mine tegur, "why don't you wait another month, tengok keadaan macammana. Klinik tu actually diagnosis dia tak begitu tepat. Sometimes ikut suka dia jer," And Mrs. Armseeker tergerak hati nak ikut advise kawan itu.

Alhamdullillah, a month later, I started to feel something that quite uncomfortable in my stomach. I have abs pain, same like when i was miscarriaged, but luckily no bleeding. Try to take the test, and Alhamdulillah, the result was positive. Masa tu menjerit-jerit jugaklah happy pada Mr. Hubby yang tengah tido (pukul 5.30 pagi, memanglah Mr. Armseeker mamai lagi), then sampai ofis, terus pegi Klinik Newton untuk sahkan. Alhamdulillah, positif jugak.

Minggu tu juga, my beloved sister bawak ke Pusat Perubatan Naluri, tempat dia selalu pergi untuk bersalin dan check up, from her first daughter until her youngest son. Masa nak check up tu, masuklah kami beramai-ramai beserta anak-anak sedara kesayangan, riuhla kat dalam bilik tu. Masa first scan, Dr. Kay sahkan memang ada, but terlalu kecik, within 5 weeks. Mr. Armseeker senyum sepanjang scan tu. Rasa bahagia sangat. And Dr. Kay also try other test to make sure that i have no other complications dan Alhamdulillah, actually I am healthy. All the simptoms, all the diagnose before, are just false alarm. Both of us are relieved.......

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana kau kurniakan kami rezeki ini, kerana kami akan cuba untuk menjaganya sebaik mungkin. InsyaAllah. Sesungguhnya RahmatMu adalah sangat berharga dan tidak ternilai kepada kami.

P/s : Sorry kalau entry ni bahasa rojak.......

A glimpse to the person whom i called them friends....

Dear Friends,
 
The person who is always smiling does not mean that he has no problem.....
But the smile show that he has ability to over come all those problems.....
Keep smiling and keep in touch...... !!!!!
 

Konsert Usher.....

7 Julai yang lepas, Armseeker's pegi tengok konsert Usher. This is the first concert that both of us ever attended. Happening dan best. Tapi disebabkan bajet kami yang ciput, kami cuma mampu untuk membeli tiket yang paling murah sekali....dan kami pun duduk di tempat yang atas sekali. Maka Usher tu kami nampak macam semut. Huhuhu....... However, lepas ni, kalau ada konsert, kami akan pikir 2 kali kalau nak pegi. Bukan ape, Usher tak banyak nyanyi pun..... Menari jer..... Rasa cam x puas tengok. Kalau Korean group yang datang, macam C.N Blue, 2am or SS501, ataupun SNSD, baru Mrs. Armseeker nak pegi. Ekeke.....



Itula serba sedikit kenangan Armsekeer's sewaktu konsert Usher.... Ape2 hal pun, meluangkan masa bersama adalah kenangan yang indah untuk kami berdua.......

Happy Birthday Mr. Armseeker


Setahun dah berlalu selepas entry Mrs. Armseeker tentang ulangtahun kelahiran mr. armseeker. Dan Mrs. Armseeker pun terlewat 2 bulan untuk menceritakan birthday celebration mr. armseeker. Untuk tahun ni, kami celebrate di Hotel Istana, KL. Kelakar jer rasanya sebab dalam KL tp tido hotel. Hehehe.

Actually Mrs. Armseeker dapat membership dari Hotel Istana, which Privilege@Istana. Luckily, dalam tu dia ada free 1 night stay dekat Hotel Istana or Mutiara Hotel, JB, free dinner for 2 person ngan free kek. So, Mrs. Armseeker mengambil kesempatan atas semua kemudahan itu. Thanx to Jaja and Azam for helping me to arrange this memorable celebration. And to Istana Hotel, thanx to the superb hospitality and nice, delicious cake..... Really enjoy it and it also being our 2nd honeymoon. And Alhamdulillah, maybe berkat Mr. Armseeker enjoy, kami benar2 menikmati percutian kali ini.

Mr. Armseeker sedang menikmati dinnernye.....

Me and my desert........

Our dinner....Yummy..........

Cake courtesy from Istana Hotel for Istana@Privilege Members.......

Happy Birthday My beloved Mr. Armseeker....

Final Celebration At Selayang....


Balik dari Hotel Istana, kitaorang balik selayang sekejap. As usual, my beloved mum in laws dah masak yang sedap-sedap untuk besday her beloved sons.... Yang paling excited, our beloved little girl, adeliya sebab dia dah nampak kek..... Really, a birthday celebration, as husband and wife is the most memorable moments since our relationship..... Arm Seobang.... Saranghae!!!!!!!!!!

Pemecah kesunyian

Lamanya tak update blog ni…. Kembali bersawang nampaknya. Mrs. Armseeker ingat nak cerita tentang Mr. Armseeker birthday celebration at Istana Hotel pada Mei lepas, tapi asyik terperuk dalam draft punya bin. Asyik x abih jer…. Nantila, bila Mrs. Armseeker ada mood nanti, barula sambung cerita.

Cuma….apa yang Mrs. Arsmeseeker nak share sedikit di sini, adalah di mana Mrs. Armseeker kini dah berpindah bahagian di tempat kerja. Dari Sektor Pengurusan ke Sektor Jaminan Kualiti. Menyesal sebenarnya berdegil selama setahun di Sektor Pengurusan selama setahun walaupun Mrs. Armseeker tak dapat kepuasan bekerja di situ. Alhamdulillah, di SJK ni, Mrs. Armseeker akan cuba buat yang terbaik. Walaupun fail banyak, tapi Mrs. Armseeker seronok.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita, dan Allah sentiasa memakbulkan permintaan hambanya….. Itulah yang Mrs. Armseeker rasa sekarang. Dan….. Ada berita lain sebenarnya, tapi nantilah. Mata makin berat. Petang ni ada kelas pulak. Aigoo…. –end-

Down to the drain.....

Huu..... Really a mess up emotion right now.... Missing all my best buddies. It's already a year i'm working here, but still, i  do not have a really best friend. Day to day, i'm missing wani and apis so much. As well as a'ie and Aja. Persons that used to work with me. Who will be my strength whenever i'm feeling down. Here, i can't really trust anyone. Even the friend who in same department with me. I'm nearly invisible, nearly disappear. Wish I could run away, disappear in the dark corner, so that no one would ever see my tears. Damn!!!I really do not need this anymore. Wanted to run away, wanted to scream all my heart out, wanted to do bad things, good things, nice things. All messed up. Hate it, love it..... Not sure what emotion should i show, what kind of reaction should i give. Depressed, unfocus and all... Only to this blog, is where can i put it up. Knowing this would be publicise, but at least, i'm being honest to my self. Started to write again, as i'm being solemn. i'm being moody. Think that my idea would came out like this. Hushhh.... What is this feeling. I think that all my happiness have been pour down to the drain.....-end-

Exam Month.....

Huhu....best kan tajuk tu? 

This month adalah bulan yang sangat menghuru harakan mr. and mrs. armseeker's. Yess,,, exam month. Luckily, mrs armseeker tinggal 1 lagi paper this week. Paper theories. Barulah sekarang kelam kabut nak cari buku kat PTAR. cuti jangan dikira banyaknya. Lepas tu mulalah kelam kabut kejer dekat opis. Owh...besok kena siapkan minit. Itu wajib.

Mr. Armseeker pula dah masuk 2nd paper. Besok. Yang tak pahamnya, kenapala Uitm suka buat exam ari ahad? Kesudahannya, ku x dapat balik sitiawan. Huhu... Anyway, kengkawan semua, wish us all the best, kay? Serabut sangat 2,3 minggu ni... Ngan Mrs. Armseeker yang kerap sakit kepala ngan demam lagi... Adoiya.... -end-

Sudah begitu takdirnya......

After nearly two months, barulah kini aku dapat kekuatan untuk menulis semula. Menulis untuk meluah perasaan, to spilt out what within me. My sadness, my grief, all and everything.... If only...... Nak diluahkan, tak tahu pada saper.....

Yes, after 5 months trying to have a baby, I've suspected being pregnant. However, it was too late. Masa pegi ke klinik untuk check, i thought it was a normal period pain, but for me, the pain was unbearable. Two nights in a row I dreamt of sleeping in a pool of blood, the 2nd day I've realized that it is all true. Went to the clinic, and found out that it was miscarriages, and due to the calculation, it was already 6 weeks... Gosh, shocked, frustrated, angry with myself, all in one. The emotion, was highly unstable. I wanted to cry, but no tears in my eyes. Feels so empty, so imperfect. Feels like I've failed, etc....

7 days of medical leave, i've done nothing. Just looking to the computer, surfing, chatting, finding info bout what exactly happen, the cause of my illnes, my failures. Mr. Hubby is a tough man. He really support me, knowing that i'm struggling alone with my emotion. Trying to makes me feel that I'm not alone, trying hard to make me not to think sad things. He really cheer me up Katanya, "sudah takdir yang. Yang penting ayang selamat. Nanti kita cuba lagi, yer?"*cakap sambil smirking*

Sebulan menahan sakit, sebab ku tak buat D&C. Sikit punya lama tunggu untuk berjumpa  Gynae, sampai keluar semuanya (nurse classified bukan kecemasan sebab masih boleh berjalan-> bengong). Bila cek, tinggal kantung dan akhirnya jatuh sendiri..... Pergi induction, dalam keadaan yang masih sakit. Ada juga suara-suara yang memadankan muka aku (bila aku tersalah waktu makan ubat), maybe try to be outspoken, but for me, its sarcastic and rude. Berperang dengan emosi seorang diri, nak luahkan, tak siapa yang ku boleh percaya. Nasib baik Encik Hafiz RMC datang, sekurang-kurangnya, kurang beban aku waktu tu. Thanx Apis, ko memang kawan yang baik.

2 bulan berlalu.... Bila aku tengok baby jer, hati meronta-ronta.... Namun rezeki belum ada. Ramai yang kata, baru lagi berkahwin, rilek dulu. Masih lagi musim bulan madu. Tapi, entahlah. Bila ku pandang Mr. Hubby, ku akan dihantui rasa bersalah. Bila kulihat kakakku dan ipar-iparku, ku dihantui rasa cemburu. Bila kudengar rakan-rakan yang kendurinya sama denganku atau lebih lewat dariku sudah ada tanda-tanda menjadi ibu, ku rasa sangat ketinggalan dan tidak berupaya. Hanya senyuman, tawa riangku yang mengkaburi semua kerunsingan dan kesedihanku.... Bak kata Mr. Armseeker.... Sudah begitu takdirnya, mungkin masa untuk kita menjadi ibu bapa belum tiba.... Namun masih,ku rasa sangat tidak berdaya.......

Semoga hari-hari mendatang, masih ada rezeki yang terbentang buat kami. Kerna ku percaya, tiap yang berlaku ada hikmahnya.



Tiada tajuk....

Maka....

Hari ke hari......

Blogku kesayanganku......

makin dihinggapi labah-labah kecil yang banyak.....

untuk membuat sarang......

dan menjadi sawang.........

Ingat pasir tu boleh dimakan ker????

Okay this post is actually a reflection how frustracted I am when both of us opened our account. If there are friends who worked in gov. sector, surely they would face the same problem when they started their work.

R&R (for yourselves) for those who wanted to work permanently in gov sector:

1. If you just being accepted to work there, you have to have at least to have your contingency savings for at least 5 months in your account.

2. Be prepared for bureaucracy..... (and also nonsense crap answers when you asked about your paycheck after 3 months)

3. Make sure that your bank is the one that your company thinks could give benefit to them (or else it would be so damn late or you youselves have to ask the bank where did your money go...)

4. If you have answer like this from your payroll officer; "awak kn tanya sendiri kat bank kenapa gaji tak masuk," make sure that you balas balik like this; "Kak, mana salinan voucher yang dah dihantar ke bank? Takkan saya bodoh2 nak gi tanya, karang buat kena gelak dekat bank jer....." ->ini stail orang malas nak buat kerja....

Actually, these condition does not applied to all government sector or ministry, but most of the gov. worker faced this issues. Have to be prepared for the first 3 months of no pay.... the pay check will be given on the third month or if unlucky, only received on the 4th month of work.....WTH??? Ingat selama ni pasir tu boleh dimakan ker?

I admit, both of us are working as government servant. I am lucky coz my beloved workplace does not imply to that nonsense. But mr hubby office do imply that, although when on 'taklimat', they told them that it is all lie.... I am frustracted when he told me that all that i wrote above happened to us.... And we are unlucky when bureucracy took place.... Sometimes, the officer have instruct to their assistant in-charge, but the assistant that lengthen the processes, and sometimes its vice-versa.... Working in the environment, makes me understand what happened, and its really makes us frustracted to the way how it done.....

To the person in-charge, I am really begging you.... Pay check is not something that you can ignore or take for granted. Orang mengharap, jangan bagi janji palsu...... Jangan buat, 'oh, aku dah kena macam tu dulu, korang pun kena rasa jugak!' Itu menganiaya namanya, kalau perkara tu boleh dipercepatkan, tapi sengaja dilengahkan kerana nak orang lain jugak rasa apa yang korang rasa. Some people have tendency to do that to other people. Cuba amalkan 'aku dah rasa, aku tak nak orang lain pun kena jugak,' . Kan besar pahalanya.

Sigh!!! Its hard to change other people perception and attitude!!! But, kalau ikut hati, nak jer pegi ke sana, jerkah kat bahagian berkenaan!!!

"KORANG INGAT PASIR TU BOLEH MAKAN, DENGAN KERETA TU BOLEH ISI PAKAI AIR KER?? TAKDER HATI PERUT PUNYA MANUSIA!!!!!!!!!!!"

Sepi dan Ketawa

Diambil dari inbox Mrs. Armseeker...... Reflects pada hati Mrs. Armseeker sendiri. Sakit sangat sekarang hati ni, tapi tak tahu nak luah pada saper.... Mr. Armseeker selalunya diam jer (dah tabiat dia cenggitu....)

Sepi dan ketawa
beriringan
satu hala tuju
arah berasingan
sepi menjeling
ketawa memasang angan2

Ketawa terus berdekah
sepi masih menyepi
ketawa melangkah
tampak seperti riang
namun siapa tahu hatinya bergolak bukan???

Sepi membisu
ketawa masih begitu
sepi menapak satu persatu
tunduk kelu
bagai semalu
Namun siapa tahu hatinya pilu bukan???


nukilan abi umarhaikal : http://ustazmuda.blogspot.com/
-Thanx for this- 

Penceria hidupku...anak-anak saudara kesayanganku....