hello, lepas sahaja pertunangan Abg mir, kami terus balik hotel and di pickup oleh driver sapu JB. sapu2 pun naik Starex Royale tu...bila lagi nak merasa Starex. kami terus bercita2 nak beli satu. besar gler, although suspicious ngan glass bunyi cam nipis kalo diketuk.
modal dan masa hanya cukup utk sightseeing so itulah yg berlaku, ronda keliling singapura gi Chinatown, satu viewpoint yg bole tgk Marina bay sands, merlion ngan opera house (sori kalo tak accurate), lalu orchard road tgk branded co.like Gucci, Prada and the likes. jalan2 tu tgk byk omputih jer, mana melayu nih? yg kami prasan melayu tu biasanye driver bas kerje kat restaurant, others mostly foreigners or chinese. nyuruk kot...
nak souvenir belilah kat chinatown murah sket dari Jalan (apetah dah lupa) byk kedai, nak beli makanan kat sini payah kate driver, penuh was-was. so kami beli buah2an alas perut sajer. cadang nak dinner tapi driver kate tak berbaloi sbb mahal dan bknnyer sedap pun. better makan kat JB jer. kami angguk dan tiba di hotel tepat kul 10 spt dijanjikan drebar. hehe laju die bawak rindu bini kot.
Angah dan merlion
the adults of the party
raniah dan mama
Add caption
amik gambar pun jadiler - SD30 rasenyer sorang adult
Wassup.... hehe akhirnya debut stage tiba dengan peluang shoot engagement cousin wifey Abg Mir. x brape puas ati ngan gambar yg dapat tapi apa kan daya ketereran comes with experience. note to self silalah blaja indoor flash dan cepat skit mengklik. when in doubt just shoot in RAW. haha betulker? editing hanyalah melalui picasa 3. tengah mencari application cs4 or cs5. aku pandai illustrator jer, tapi nak blaja photoshop. smoga ader peluang untuk improve shooting. ader sesape nak assistant? enjoy the pics.... papai....
Azmir dan tunangnya 5 Feb 2012
Angah dan Mak Su
Baju merah kopiah putih Ayah si tunang Azmir
Sarung cincin
Mak Su, bakal menantu dan ibunya
Cam best amik gambar reflection, tapi patut make sure cermin tu clean sket
Huhuhu..... Actually ini entry tertunggak. Mama dan abah dah wish sehari sebelum pun..... Raniah Zawanah seperti biasa, bukan bagi reaction pun..... Tak paham pun yang dia dah setahun....
Birthday Raniah Zawanah kami sambut di rumah maklong nyer, di sungai buluh. Disebabkan masa tu sambutan CNY, makanya tak dapatlah mama nak buat sambutan besar-besaran. Takder orang kat KL. Last-last maklong Raniah cakap kita buat minum petang, beli kek dan sambut dengan keluarga terdekat jer. Alhamdulillah, save bajet.
Kami semua decide nak celebrate 23 hb yang lepas, dibuat bersekali dengan kak cik Ayuni, dan Kak Long Syamimi.... Semua january girls.... Inilah serba sedikit gambar yang mama dan abah sempat snap....
Mama terlewat 6 hari untuk entry ni. Sorry yer, sayang.... 10 tahun lalu, tanggal 11 Januari 2002, jam 5.30 petang, mama terima panggilan dari abang ipar mama, menyatakan kakak kesayangan mama,the one and only, dah bersalin. X salah mama masa tu mama dekat uitm, diploma. Apa lagi, bergegasla mama ke wangsa maju, mana lagi kalau x Pusat Perubatan Naluri, nak menyambut kehadiran anak sedara baru, yang ketiga..... Nursyazlina Ayuni Binti Mursham, secantik nama, anak yang comel. Boleh dikatakan selepas abang ngah dia, inilah anak sedara yang paling manja dengan mama....dan yang muka paling seiras. kalau diletak gambar mama masa kecik,dengan gambar dia, memang x banyak beza. Perangai pun lebih kurang sebenarnya, tapi si kecik ni kasar lagi la dari mama.... hahaha.... iyelah, geng dia adalah abang ngah ngan si kecik ayien, mahu x ganas.... Bila dah ditengah-tengah antara abang dan adik lelaki, haruslah ganas. Jadi kak cik, sayang maksu, selamat hari lahir yang ke-10. moga panjang umur,dimurahkan rezeki dan jadilah anak yang solehah. Dengar cakap umi dan ayah.....Maksu sayang sangat dengan kak cik.....
Sedar tak sedar dah masuk bulan januari 2012.... Cepatnya masa berlalu.... Tahun lepas, pada hari ini, mama dan abah tengah kelam kabut, dan mama tengah mundar mandir dalam opis sebab dah rasa contraction setengah jam sekali. Waktu tu kandungan mencecah minggu ke 34..... Mama dimasukkan ke wad pemantauan di Pusat Perubatan Naluri disebabkan air ketuban dah 'leaking' dan juga contraction dah terasa. Agaknya waktu tu Raniah cuba nak pusing kebawah tapi tak boleh.... Risau nya waktu tuhan ajer yang tahu.....
Tapi itu cerita setahun yang dulu. Sekarang ni, budak comel yang dulu suka tendang2 tummy mama dari dalam itu, sudah hampir menjangkau setahun. *sob...sob*... cepatnya masa berlalu. Disebabkan mama tak rajin nak hapdet blog, maka banyak perkembangan dia tertinggal dan tak terupdate.... Sekarang ni si manja ni dah makin lasak.... Belum boleh berjalan, tapi merangkak sangat laju. Sudah mula tertatih-tatih menyusur dinding, dan berdiri 2,3 saat tanpa bantuan. Sangat kiut, okaayy.....
Tengokla tu.... Sangat aktif. Mulut pun boleh tahan becoknya, kuat membebel macam mama. Hahaha.... Sekarang ni mama, abah dengan mak long tengah pening nak rancang besday untuk all these January girls..... Tak sure nak buat dekat mana..... Tapi, anak mama dah nak setahun.... Terharu....
Ya Allah....terima kasih di atas kurniaan Mu kepada kami... Sesungguhnya aku bersyukur kerana telah kau kurniakan hadiah ini sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami suami isteri.... Amin....
Sekarang ni hampir setiap minggu kami satu family berjalan ke Jusco Bukit Tinggi. Bukan apa, itula tempat yang paling dekat dengan rumah kami. Biasanya kami pergi untuk makan, sebab mama ni kan 'rajin' masak....
Di Jusco Bukit Tinggi ni ada satu restoran faveret mama denganl abah..kedai masakan ala thai. tomyam berapi yang mantopp!!!! Raniah kalau dekat dalam restoran ni mulala melonjak sana sini, seronok..... Kalau sesiapa yang lalu Black Canyon Coffee outlet, mama cadangkan cuba. memang puas hati...
Sabtu lepas, 3/12/2011 mama dengan abah terpaksa tinggalkan Raniah dekat rumah Omma….Huhuhu, sangat jaranglah kami berjalan-jalan tak bawak si comel itu. Tapi sebab kali ini kami tak dibenarkan bawa, terpaksa jugalah kami tinggalkan dia. Huhuhu…. Tapi mak lang dia dah pesan, sila enjoy yer, tak payah risaukan dia…. Uhuhuhu (lagi sekali). Tapi bila difikirkan, agak lama juga kami tak berdating berdua.. Ngeeh (^___^) Naik motor pulak tu........ (Sengih lebar lagi....)
Kemana sebanrnya kami pergi? Hehehe, sebenarnya Jumaat tu mama dapat email dari Groupon, ada offer 50% utk tiket Konsert MOA KPOP 2011 in Malaysia dekat stadium MBPJ, Kelana Jaya. *Wink* *Wink*…. Sukanye saya. Kenapalah dia tak buat offer untuk 2PM... Chansungggg!!!!!! Bergaduh-gaduh jugak la dengan abah nak beli Rock Zone (RM241.50) atau Royal Zone (RM191.50). Abah berkeras nak beli Rock Zone *pengsan*, nak tengok muka Suzy (Miss A) dekat. Oh ya, sebelum mama terlupa, artis malam tu adalah…..
Tak pernah tahu pun kumpulan ni nyanyi lagu apa......
Vic Ummmaaaaa!!!!!!
Suzyyyyy................
Erkkkk!!!!!! (Berdarah hidung!)
Hahaha…. Best tak? Tapi disebabkan kami terlewat, tiket Rock Zone habis, jadinya kami beli Royal Zone jelah…. (Sanggup itu…)
Actually, kami bukanlah peminat kipas-susah-mati kumpulan-kumpulan di atas. Minat memang minat, tapi biasa-biasa je. Mama dengan abah pegi pun, sebab mama nak buat research pasal Hanlyu di Malaysia. Ok, nak kata tak ramai tu, ramai la jugak orang, mostly girls la…. Rata-rata nak tengok SuJu perform. So, cerita banyak tak guna, tengoklah picca yang sempat mama snap kat sana menggunakan kamera kokak mama disebabkan DSLR tak boleh bawak masuk……
Our tiket......
Muka happy.....
Budak-budak pun ada
Miss A....Jauh... Wuahhh....
SuuuJuuuuuu............................
Secara jujur, artis-artis Korea sekarang mostly dikenali sebab sangat terer nyanyi live... Serius , ternganga nasib baik takder lalat mama dengar Yeesung nyanyi OST Cinderella Stepsister... Bukan apa, dia penyanyi POP, tapi suara dia sesedap 2AM..... Mana boleh lawan 2AM di hati mama. Menyesal giler lambat buat keputusan nak beli Rock Zone, kot tak maybe boleh salam berangan dengan SuJu......
Lain kali kalau ada konsert, nak pegi lagi. Seronok tengok artis nyanyi live, lagi sedap dari recording. Hopefully artis Malaysia dapat ikut contoh Korean artis...
Media tak banyak buat coverage, bila semalam keluar paper tentang konsert ni, tergelak baca bila dlm artikel tu diberitahu, Kim Hee Chul ada, sedangkan Hee Chul dah masuk military training.... Takder cover pasal Miss A dan B1A4.....
P/S : Seronok sebenarnya dapat tengok gelagat ramai orang..... Respek tengok ibu bapa yang hantar anak-anak ke konsert tersebut... Pada pandangan mama dan abah, walaupun nampak macam sangat menggalakkan anak-anak ke konsert macam tu, sekurang-kurangnya ibu bapa tersebut dapat memantau ke mana anak-anak pergi... Anak-anak zaman sekarang ni bukan boleh disekat kemahuan, lebih baik buat begitu dari kemudian hari dengar anak-anak buat perangai bukan-bukan hanya kerana kita terlalu menyekat kebebasan mereka.... Zaman Rebel lah katakan.....
Berat sebenarnya hati nak menulis tentang ini. Bukan apa, takut nanti ada yang berfikir bahawa kami tidak ikhlas menjalankan amanah Allah, menjadi ibu bapa. Tidak....Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami, malahan, pada kami, Raniah Zawanah merupakan hadiah, amanah yang terindah yang Allah kurniakan kepada kami.
Menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, dalam waktu yang sama, bekerja serta menggalas gelaran sebagai pelajar separuh masa sangat mencabar, adakala sangat melelahkan. Secara jujur, kami berdua sangat kasihan melihat Raniah, apatah apabila hari Rabu, kami berdua ada kelas hingga jam 10.00 malam. Berjumpa dengan little princess bila waktu hampir mencecah tengah malam, dengan tenaga yang hanya berbaki 20 peratus, melihat si kecil itu merengek nak bermain melepaskan rindu, sangat meruntun hati. Kadangkala tanpa sedar, mama 'ter'tinggikan suara, dan kadang-kadang terlelap semasa bermain atau menyusukan dia, sedar2 dia merengek (sambil tepuk2 muka).... Sangatlah kasihan, dan rasa sangat hopeless...... Penat, sedih semua bercampur baur....Kalau setengah keluarga hanya salah seorang belajar, kami ni betul-betul gila, dua-dua bekerja dan belajar..... (Lagi sekali, sian Raniah....) (T_T)
Mama dan abah sekarang ni sedaya upaya cuba menyelaraskan jadual kelas kami. Akhirnya, hanya hari rabu sahaja yang Raniah kena tinggal dengan Opah Yong sampai tengah malam, hari Rabu. Runtun betul hati mama, dahlah hari-hari lain, mama keluar bekerja jam 7.00 pagi dan balik paling awal dapat jumpa jam 6.15 petang, berapa jam saja dapat luangkan masa dengan Raniah........
Tapi, apabila memikirkan, apa yang kami tempuhi ini adalah hanya sedikit cabaran demi menjamin masa depan yang lebih baik (InsyaAllah), mama tetapkan juga hati. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan semua, dan Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk meneruskan pengajian yang berbaki lagi satu semester lagi....
Mode : Hati tengah rasa macam nak berhenti belajar bila terasa betapa letihnya badan, beratnya kepala otak ni bila nak juggle antara kerja dan assignment...